Wednesday 13 April 2011

Eh kakak, saya ni pelanggan la..sentap tau

Ini pengalaman aku...semalam, bukan kelmarin, bukan minggu lepas dan yang pasti bukan tahun hadapan. Hari itu aku bermula kerja tolong kawan aku buat kerangka bumbung. olehh itu korang faham-faham la...dah lama tak  wat kerja, badan letih...dan jangkitannya memang mood aku tak baik hari tu...letihh.

malam tu lepas habis kerja...aku dan kawan aku macam biasa la...pergi kedai makan....nak makan ..sambil tu cuci-cuit mata kat situ...hahahaha..alhamdulillah kedai makan tu layanan mesra, kakak tu ambik pesanan bereh, sampai makanan bereh,.....walaupun aku makan nasi bujang dan air teh o ais je...huhuhuhuhu

lepas sahaja selesai sesi meketendarah di kedai makan ...aku pun pergi la cuci pinggan kat belakang kedai.....eh eh..pekejadah aku cuci pinggan kat situ...aku masih ada duit la kak...siap bayar berambusla....orang lain nak makan gak der...lu lepak lama-lama apahal?

lepas itu aku singgah kat kedai runcit tu.....niat dihati rasa nak beli megi..nak wat ngunyah-ngunyah disaat kelaparan pagi-pagi nanti... masuk kat kedai dengan muka innesen...pergi kat bahagian mee segera...dan dengan selamba je mengambil sepeket megi kari..

nak bayar...jap jap..lupa satu benda ni...kak, bagi dunhill sebat...cek cek kat dompet..aiseh ada 50 hinggit...yang lain duit haluss je...singgit..naktaknak hulur je la 50 hinhit tu...pastu kakak tu dengan muka ketat jawab dengan selambanya..."duit lima hinhit lima puluh sen ado?" -ceh kan aku dah kata aku ni takda duit halus...apasal kau tanya lagi.  nasib baik member aku ada...pinjam duit kau la. ok fine bereh dah part yang tu..

masa nak membako dunhill tu...-aduii meceh tertinggal la pulak... macam biasa la aku kalau xda lighter. "kak, meceh ada tak?" ..lepas tu kakak tu jawab macam ni..."meceh xde..kalau nak api ambik batu kat luar ketuk-ketuk" - pehh lepas aku dengar je ayat tu memang tersentap la hati aku yang innesen ni. dengan muka kechiwa+sentap+rezak aku pun blahh dari kedai tu..cett

ceh kata takda meceh    ..padahal belambak kat atas tu cap criket..wahai kakak, kalau takda pun cakap macam ni kan lebih elok." xda la..pakai yang ni la..( sambil bagi pinjam lighter cap criket kat aku)"-sebab kat kedai lain kebiasaannya casher buat macam tu. saya ni customer kak...bukan penjenayahh..apasal lu layan gua macam nih??

ada pepatah inggeris mengatakan "customer always right" so kalau nak kedai ko tu laku...puaskanlah hati pelanggan...pelanggan kalau dah mark kedai ko tu takbest...habislahhh..hancuss

mood: malas dah pergi kedai tu...blacklist!