Friday 22 April 2011

Jalan segamat-kuantan...bahaya ke?

bagi yang dah tau jalan ni kat mana ok fine korang boleh tolong jelaskan lagi di ruangan komen..pada sesiapa yang tak tahu meh aku nak story sikit jalan ni.


imagine kalau korang dari  kuantan-gambang akan ada simpang empat yang besar...di sebelah kiri sebelum korang nak menyambung perjalanan korang bolehlah isi minyak petrol di stesen minyak caltex. Daripada simpang empat itu :

  • belok ke kanan untuk memasuki lebuhraya pantai timur dan dalam satu kilometer korang akan jumpa ump
  • jalan terus kalau korang nak ke gambang waterpark, matrikulasi gambang,kolej komuniti pahang.. srijaya dan maran
  • belok ke kiri untuk pergi ke muadzam, chini, keratong dll.
Untuk belok ke kiri lah yang orang biasa panggil jalan segamat - kuantan.  jalan ini juga kalau korang pandai selok belok dia korang boleh tembus negeri sembilan-kuala pilah- kuala lumpur? orang panggil apa ya...ikut bahau? mungkin kot

*********

tadi seperti biasa la ..untuk menambah ilmu isu semasa aku memaksa diri ini untuk menonton berita utama di stesen kegemaran orang ramai. tv3. alhamdulillah cerita lucah  bla bla bla politik tidak disiarkan (pilihanraya dah habis tutup cerita la der).

dalam banyak-banyak berita yang disiarkan, aku tertarik dengan berita ini:

"kemalangan ngeri di jalan segambut-kuantan"

kemalangan ini melibatkan kenderaan perodua myvi dan sebuah lori tangki di kilometer xxx jalan segamat-kuantan. kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi semalam dikatakan disebabkan kenderaan lori tangki minyak tersebut yang memandu dengan memakan jalan sebelah merempuh kenderaan myvi tersebut dan mengheretnya sepanjang 300 meter. mangsa dikatakan mati ditempat kejadian

lebih kurang begitulah berita yang aku tonton di berita utama tadi. korang mesti rasa kan..." apahal ko nak bagitau aku? macam tak biasa je tengok berita macamni kat tv"

ok der aku nak bgtau ni...aku dulu pernah gak lalu jalan ni.. nak diceritakan aku dengan member aku tengah kejar masa nak pergi kl. Pasal apa kitorang pegi kl korang boleh baca entri ini. Dari keratong-kuala lumpur kira-kira jam 9 malam kitaorang gerak. korang bayangkan jalan segamat -kuantan ni macam ni masa aku lalu:

  • jalan kecil
  • takda lampu langsung
  • lori berlambak-lambak lalu
  • orang kata kuat samun kat sini

masa dalam perjalanan aku hairan tengok kereta di depan...aku tanya kat kawan aku " eh pahal keter depan tu kalau ada lori selisih je..dia bagi signal ke kanan?".. dan member aku dengan relex je jawab..."ko paham-paham la wei..jalan kecik...lori ni suka makan jalan..dah la gelap..kalau ko tak bagi signal silap-silap kena langgar la kita.." masa tu aku tengok member aku buat gak macam tu...ada apa jenis kenderaan selisih pun mesti dia bagi signal ke kanan.. alhamdulillah selamat aku ngan member aku sampai ke kl.

berbalik kepada kemalangan tadi ...lori tangki minyak tu dikatakan merempuh kereta myvi tu...korang rasa adakah disebabkan pemandu kereta myvi tu tidak mengamalkan petua signal kanan masa menggunakan jalan ini? renung-renungkan...selamat memandu