Sunday 22 May 2011

Langkah drastik pelan rancangan kes kecurian

Hari ni aku taknak cerita panjang.. untuk sedia maklum korang perlu tahu yang hari ini sudah tiga bulan motosikal aku hilang.. alhamdulillah raut wajah aku yang pada mula-mula hilang moto dulu yang macam zombie kini dah semakin pulih..dah semakin tampan apatah lagi setelah memakai silky face powder~hensen+macho ... ahakz

ada rupa macam zombie tak? haha siyez gambar ni ditangkap pada masa hari moto aku hilang..=.=


oleh itu berdasarkan pengalaman aku mengenai kes kecurian kenderaan ini, aku nak bagitau apa pelan tindakan yang korang perlu lakukan sejurus sahaja mengetahui yang kenderaan korang itu telah hilang:

  • Pastikan korang dah ada geran kenderaan yang hilang itu..salinan geran pun sudah memadai
  • pastikan korang punya insuran kenderaan itu masih hidup dan bernyawa..nak elok lagi pastikan ia 1st party
  • silalah ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan kecurian kenderaan.
  • masa kat balai polis, nanti pegawai tu tanya lokasi kecurian tersebut. oleh itu pastikan korang mencatit alamat/tempat lokasi kecurian tersebut. 
  • mintak salinan laporan tersebut sebab nanti kita perlukan ia masa nak buat tuntutan insuran. sediakan rm2 untuk bayar kat pegawai tu(harga bergantung kepada jenis report)
  • dah siap buat laporan kat balai polis, sila pergi ke syarikat insurans untuk membuat tuntutan pampasan.
  • masa kat syarikat insuran tu..sediakan salinan kad pengenalan, geran, lesen memandu dan laporan polis.
  • jangan lewat buat tuntutan insuran (had limit seminggu) sebab kalau lambat jadi makin susah nak claim. dah lewat korang kena buat surat tunjuk sebab dan lepas tu korang sendiri yang kena hantar kat pusat insuran tu.. bukan hantar kat wakil insuran yek.

dan selepas itu korang tunggu je la maklumbalas dari pihak polis dan insuran.


akan tetapi rasanya ada lagi cara yang agak konvensional/terkini yang masih ramai juga yang lakukannya seperti:
  • post kat laman sosial, letak gambar kenderaan tu.. bagitau ciri-ciri dia macammana masa dan tempat kejadian tersebut pastu spam dimerata tempat selagi boleh
  • tepon member-member yang ada kabel dengan geng-geng motor..mana tau silap-silap tercuri moto genk sendiri. *kes kawan makan kawan
  • berjumpa dengan pakar psikik aka bomoh aka dukun dengan mengharapkan pencuri tersebut memulangkan kembali barang yang dicuri ataupun nak bagi pedajal orang yang curi tu agak hidup dia tak tenteram..dapat bala dan dapat sakit seumur hidup.. padahal dah tau menda tu syirik.. 

erm.sekian info masyarakat kali ini..renung renungkan selamat bertindak~ okbai