Sunday 19 June 2011

Cyrano Agency


sacrifice yourself  to their happines 

semalam atas faktor taktau nak buat apa dan keinginan tetiba nak layan k-movie, gua pun mendownload movie dan menontonnya dalam hening pagi yang sunyi ini..takda hujan apatah lagi guruh..cuma yang ada bunyi cicak dan cengkerik ditambah ngiauan kucing yang mahu bersenggama.. ok gua dah termelalut ni..mari berbalik kepada topik asal..gua tengok citer korea yang berjudul Cyrano Agency

park shin hye berlakon~ woot woott ^^

cerita ini mengisahkan sekumpulan geng teater yang dianggotai 4 orang ahli .. dalam mengumpulkan duit untuk mengadakan pementasan teater..mereka bertindak dengan bekerja sebagai agensi memikat wanita dengan nama cyrano agency top secret. caranya mudah saja..macam korang ni lelaki...pergi kat agensi ni bagi maklumat yang berkenaan dan mereka akan menolong anda untuk memikat wanita tersebut..segala skrip, plot ,prop segala bagai sudah disediakan agensi ini..yang perlu anda buat ialah bertindak..

dalam banyak job yang agensi ini lakukan..Dijadikan cerita ..mereka diberi kerja untuk memikat seorang wanita ini..tetapi yang menyakitkan hati ialah wanita tersebut merupakan bekas teman wanita salah seorang ahli agensi itu. dilema telah timbul samada peribadi ataupun kerjaya yang harus diutamakan..dan adakah dia akan menjadi seperti cyrano? menolong sahabat sendiri menulis surat cinta untuk diberikan kepada wanita yang dia cintai? ....korang tengok ajelah ^^.



mood: lama tak tengok k-movie