Tuesday 21 June 2011

Mee kari maggi kungfu!! wacca!!


gua dah lama tak memasak... dah dua bulan kot... kenapa? suka hati gua lah!! dah duk kat kampung mak kan ada..ehe.. tenkiu mama l luv u muahh muahh muahhh =.= watever~

hari ini sebab kebosanan dan keinginan untuk memasak...oleh itu gua nak kongsikan masakan istimewa yang gua masak tadi.... dengan ini marilah kita bersama-sama kita melihat resepi dibawah

Mee kari megi kungfu..wacca!!

Bahan-bahan
  • Bawang merah dihiris nipis
  • bawang putih dipenyek penyek
  • lobak merah dikerat 18
  • cili api dicincang halus
  • daging ayam dipotong dadu
  • tomato dipotong sesuka hati
  • daun kari setangkai

Penyediaan:
  • pansakan kuali ..isi minyak sedikit sahaja ya.
  • tumis bawang merah..bawang putih dan cili sampai dia kembang*jangan bagi bawang putih hangit kalau tak tak sedap
  • letakkan ayam yang telah dipotong tadi...kacau dan ratakan
  • letakkan air dalam secawan *200 ml dan campakkan lobak merah dan daun kari . tunggu sampai air mendidih
  • campak megi dan perencah di dalamnya... biarkan ia kembang sambil ratakan ia.. letakkan tomato tadi..
  • tutup kuali..dan hidangkan
  • kalau nak sedap lagi...bolehla isi telur..




ok dah siap!! selamat mencuba!!  selamat menjamu selera!!