Sebut sahaja perkataan mat rempit ataupun dalam bahasa yang media katakan, samseng jalanan..mesti korang akan memikirkan seperti begini:
- pakai motosikal.contoh yang femes ialah honda ex5, yamaha rxz, yamaha 125, suzuki panther
- memandu pada waktu malam sampai ke subuh
- nak advance bawak motor tu mesti bonceng awek cekci.(ngepong)
- ada yang jenis suka minum arak dan main pil..
- mesti ada kemahiran memandu yang hebat kerana mereka pelumba jalanraya
- mesti pandai bermain-main dengan pegawai polis.dan cekap melihat pergerakan polis termasuklah barua polis
- biasa lepak kat tepi jalan bawah lampu,tengah pembahagi jalan, ataupun kedai makan tepi jalanraya
- kawasan bermain-main di sekitar bandar untuk melakukan lagak ngeri
- kawasan berlumba adalah di jalan yang lurus , jambatan pun boleh.
lepas itu polis sibuk buat kacau..roadblock di merata-rata.keadaan menjadi huru-hara dan tak terkawal ..dan akhirnya ada yang sampai mati akal dengan melarikan diri mengikut arah jalan bertentangan...ada lagi parah..polis yang menjaga sekatan tu dilanggar camtu je.. cilok sana..cilok sini....jatuh tersungkur padan muka..haha
ok titttttttttttttttttttttttttttttttt!!!
itu merupakan sedikit info mengenai mat rempit . kalau nak dihuraikan korang pun memang tanak baca kan...haha... kita lihat sudah bermacam-macam langkah digunapakai untuk membanteras gejala mat rempit ini..contoh terdekat ialah kempen kesedaran dan penguatkuasaan undang undang jalanraya..tetapi tiada penyelesaian yang diperolehi kecuali:
- kompaun semakin banyak..sapa dapat duit tu..?
- motosikal banyak yang disita dan menjadi besi buruk di balai..membazir kan?
- polis makin ramai yang bekerja..kesian dia macam xde kerja lain nak buat.
oleh itu...mengikut pendapat aku..ada beberapa mekanisma yang boleh digunakan untuk membanteras masalah mat rempit ini .tetapi memang kejam la langkah ini..hahaha:
- haramkan motosikal berkuasa melebihi 100 cc. bagi yang memiliki motosikal melebihi 100cc boleh menukarnya di ejen-ejen yang dilantik kerajaan. motosikal itu pula akan dijual semula ke luar negara
- seluruh negeri akan mempunyai lrt dan monorail yang beroperasi 24 jam. dengan itu korang tak payah dah nak sibuk-sibuk naik moto.
- haramkan penjualan sparepart motosikal yang tidak mengikut spesifikasi. sapa yang tak buat kita sita kedai dia..hahahaha.
- hadiahkan setiap isi rumah sekurang-kurangnya 3 buah fixie ..naik fixie je senang,,,hahahaha
ehehehe...mengarutkan mekanisma ini...? masalahnya mampu ke nak laksanakan?....hahahaha okbai