Thursday, 14 July 2011

perjalanan



wahh takda idea xda idea....grrrr....



Berjalan jalan kumerantau
aku tiada gps, kompas malahan peta sekalipun
gerak hati dan situasi penggerak perjalananku
terserah padanya takdir hidupku ini

berhenti dipersimpangan tiga
kekanan menghala onak dan duri
kekiri  menghala haluan panjang
perjudikan nasib haluan kanan kuredahi

luka gatal sakit tegar biasa
panas terik berjeruk apalah lagi
kalau itu yang perlu dilalui
usahlah gentar teruskanlah

sinar suria memancar kelihatan
sang pelangi juga turut serta
indahnya dunia meraikan
kutarik nafas menghembus kelegaan

lihat kanan lihat kiri 
pandang kehadapan dan tenunglah
percaya tanpa usaha dan semangat
katakan pada diri adakah kamu sedang bermimpi



kemana harus dituju





mood: mengarut =.=


Dewi hati




Bila kau tiada disisi
Dunia ibarat terhenti
Tak terlengkap, pusingan paksinya
Begitulah ku gambarkan,
saat ketiadaamu
Begitulah sempurnanya dirimu,
hingga terpejam mataku
Senyum manis bibirmu
Menemani hariku
Cemburui waktu yang pantas berlalu
Takkan ku persia, saat-saat yang ada





Spontaneous Thusday say it! #4







Hah tido lama-lama macam bayi je ...bangun lah 











Jantung




seindahnya malam itu 
membuatkan hatiku rasa terharu 
apabila ku ingatkan 
semua yang telah berlaku 
apa mungkin akan terjadi 
semua yang kita impikan 
hingga kecapi bahagia 
ohh indahnya 

apabila jantung berhenti tiada lagi bisikanku ini 
apabila jantung berhenti 

seheningnya malam itu 
membuatkan jiwaku menusuki kalbu
apabila ku nyanyikan 
segala resah di dalam hatiku 
apa mungkin akan terjadi 
segala yang kita igaukan 
hingga terasa pedihnya 
ohh pedihnya







Tuesday, 12 July 2011

Durian disukai ramai nyum nyumm....


wah lamanya aku tak update entri... so you know me... so lazy so malas blablabla....hahh!! ....

petang tadi nak diceritakan aku baru balik dari kelas kursus kahwin....eh silap kelas memandu.. dalam letih letih tu *poyo je letih padahal sempat lagi pergi jalan-jalan beli cendol kat pasar tani  ... sampai je kat rumah ..campak helmet, campak kunci, campak segala-galanya melainkan maruah diri ini...aku pun bergerak ke bilik air untuk mandi....melekit woii berpeluhh...tiba tiba aku terbau aroma yang agak familiar.....aha!! bau durian...wahhh abang aku beli durian...i laik its!!.... tak sabarnya nak makan...lalala





oleh itu aku nak bagi info sikit mengenai durian..
  • durian ini sedap
  • durian ini lagi sedap kalau isi dia kuning dan banyak isi
  • makan durian banyak-banyak boleh buat badan panas
  • sebab dia bergas~ maka sapa yang makan ubat jangan ngada-ngada nak makan durian ..mau mati ka?
  • orang kata kalau minum air masak dalam kulit durian tu badan jadi sejuk *betul ke
  • abang ipar aku ada kebun durian kat perak *perlu ke bagi tau
durian juga boleh diolah dalam dunia masakan. masakan berasaskan durian ialah:
  • pengat durian@serawa durian
  • lempok durian
  • tempoyak
  • cekodok durian@jemput durian
  • kek durian
  • kuih bingka durian
  • bubur kacang durian
  • jem durian
  • aiskrim durian

tapi ada juga yang kata  durian ini bau dia busuk la apa la ini la...haishh tak paham aku ...xpe pendapat dia kan


mood: makan sampai panas badan....hahahaahahaaha


Monday, 11 July 2011

Mari Sokong Riben Putih...


Hari ini taknak cakap banyak..so terus pergi ke point...



Mari!! mari undi isteri saya blogger ini!! 






nak undi senang je,,,,sila pergi ke laman ini!! 



sekian terima kasih~ ^^