Showing posts with label Celoteh. Show all posts
Showing posts with label Celoteh. Show all posts

Monday, 5 December 2011

15 petua untuk dikongsi


Korang ini memang agak terbiasa juga kan dengan petua-petua ini kan... petua hilang jerawat la...petua lepas bersalin la..petua awet muda la... hahh apa saja lah...yang penting korang memang suka dengan petua2 ini!! hoho. Aku memang suka nak berkongsi petua-petua terbaikk yang aku dapat dari member bebudak cekolah dolu-dolu aku tu....hoho ...ok abaikan bebelan aku ini...jom baca petua di bawah ^^

15 PETUA TERBAIK!!

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tu..
3.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
6..Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
8.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
9.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
12.Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...
13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
14.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
15.Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga

Friday, 14 October 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Mengapa cincin perkahwinan perlu disarungkan di jari manis?. kadang kala admin tertanya tanya juga.. apakah rasionalnya.. kenapa perlu pada jari manis.. kenapa tidak disarungkan  pada jari kelinking.. ataupun jari telunjuk.. ahaha sekadar hiburan jawapan santai mari kita cuba permainan di bawah :)


satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).
permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

**credit Alif

Monday, 1 August 2011

Teringat kali pertama aku membayar zakat fitrah

Aha baru lepas terawih sampai rumah terus je update enntri.. wahh bersemangat betul aku ni ya? ahahaa...ermm kita baru sahaja memasuki bulan ramadhan al mubarak, bulan penuh keberkatan ..maka amalan dan tingkah laku  perlu dijaga niat sahur jangan lupa ya.. kalau tak...err.. :p



aha aku teringatlah pula satu benda yang patut korang lakukan pada bulan ramadhan ini iaitu membayar zakat fitrah. bagi yang wanita itu talpelah...ade orang bayarkan akan tetapi  silalah ingatkan suami korang ataupun ayah korang untuk membayar zakat fitrah ini ya

Kadar zakat fitrah 2011


meningkat lagi rupanya...err


aku teringat masa aku mula-mula bayar zakat.. waktu tu umur aku 18 tahun.. ahahaha ..masa tu ayah aku paksa untuk membayar sendiri..wahh benda kita tak pernah buat ni memang la macam susah je.. padahal senang je...pergi bayar dan beres.. 

masa tu aku pergi la rumah pakcik yang dilantik  untuk memungut pungutan zakat..lepas tu dia keluar bawak beg..keluarkan resit.. dia tanya nama aku...nak tulis dalam resit...aha lepas bagi duit itu aku ingat dah siap dah tup tup je dia hulur tangan,, lahh kena lafaz juga ya...."sahaja aku.........membayar zakat......"  aha first time bayar sendiri memang noob betul la aku ni..=.=

so warga lelaki semua.. bilanya nak bayar zakat nih.... senang je cara pembayaran zakat fitrah sekarang... berlambak kaunter-kaunter yang disediakan pusat pungutan zakat..kat masjid pun boleh .. sekian 




Mood: Tak bayar lagi ansuran motosikal...erk

Perlukah bermain Mercun


Aku bangun sahur pagi tadi ... lepas celik mata...cuci muka siap semua pastu makan je la... tak banyak pun ..cukuplah sekadar mengalas perut.. tak lupa juga makan buah kurma  dua ulas ...alhamdulillah kenyang...

lepas tu aku lepas makan sementara menunggu waktu imsak habis ...dan juga lah mengasap sepam dua sambil mengonlinekan diri ni.. err...ramai jugak yang online pagi-pagi buta ni? huhh pelik 

tiba tiba aku terdengar bunyi letupan dentuman yang amat kuat.. Kebabooom!!!! ....lepas tu ada lagi bunyi itu..kebaaaabooommm!!!!!! ..peh puasa baru hari pertama korang dah main mercun ke? agak-agak la nak kejut orang bangun sahur...jangan la sampai tahap macam ni.. huhh..

Tapi ingatkah korang ...:
  • sebab mercun ada orang putus jarinya
  • sebab mercun ada orang buta matanya
  • sebab mercun ada orang kehilangan anaknya
  • sebab mercun ada orang sakit hati tacing kat hang
pasal kecederaan tu...jujur aku cakap aku main gak mercun ..tapi aku tegaskan elakkan la mengajar budak-budak kecik yang masin innesen ni bermain mercun sebab diorang ni kurang matang lagi... asyik nak bermain je..bayangkan dengan mercun pun diorang nak main main?.. dan lagi satu banyak kes kemalangan disebabkan mercun melibatkan kanak-kanak ya... so renungkan..

Mood: Selamat berpuasa!! ^^


Friday, 29 July 2011

Apa yang aku pelik mengenai perlawanan Harimau Malaya vs Singapura

Contoh wallpaper Harimau Malaya 

Harimau malaya ..alu bukannya nak cakap pasal spesies harimau yang garang itu...tapi memang lebih sinonim sekarang iaitu nama jolokan kepada skuad pasukan bolasepak malaysia kita...ahahhahaha 

well done semalam merupakan episod duka kepada pasukan dan penyokong skuad harimau malaya apabila dikalahkan dengan pasukan singapura.  harimau malaya vs taiwan menang, harimau malaya vs chelsea seri dan harimau malaya vs singapura ....... closed.

tapi nak cerita sikit ya...kalau semasa perlawanan harimau malaya menentang chelsea itu tercetusnya kontroversi apabila pemain chelsea , yossi benayoun telah di boooo dengan sepenuh hati disebabkan status dirinya iaitu seorang yang berasal dari israel *ok fine israel ko tak suka sebab negara dia tindas palestin so korang kena boikot  #lantak , oleh itu pada perlawanan semalam menentang singapura kita booo lagu kebangsaan singapura sebab apa? aduii konfius aku *blur 

kalau mengenai permainan semalam jujur dari aku apa yang aku  pelik ialah :
  • apesal pemain singapura badan dia sangat lembik?. langgar sikit jatuh meroyan berguling-guling bagai 
  • apesal singapura ada pemain import ya...ni main negara ke kelab? *konfius
  • apasal keeper skuad bolasepak singapura muka macam kanak-kanak ? bajet babyface la?ayyak!!


*tolong jawab boleh tak? eerrr....



apepun..aku sokong dengan suppoter ini ...macam comel je..haha

ngaum!!! 


perlawanan dah tamat . tamatlah matlamat untuk worldcup 2014 brasil...apa nak kata lepas ini teruslah gilap dan tajamkan taring anda harimau malaya untuk perlawanan mendatang , worldcup 2018? pasti!!






Monday, 25 July 2011

Susah sangat ke nak diet

*amaran! entri kali ini agak annoying gaya penulisannya...harap maaf


Entri ringkas kali ini..korang mesti dah tau kan..puasa dah dekat .minggu depan da...oleh itu hari raya pun akan tiba,,,, so kakak-kakak makcik- makcik dah jahit baju raya ke belum ni.... cik kiah? wane ape baju raya tahun ni? pepel? hahaha..aku takpe ...laki pegi butik pandang-pandang jeling-jeling cuba-cuba berkenan keluar duit bayar dan settle..hahaha.

yang menjadi masalahnya adalah bila engkorang makcik dan kakak sekalian ini yang perasan diri die tu terchubby sedikit... malulah konon nak pegi kedai ukur badan jahit baju ahahaha....so mulalah pasang niat nak berdiet bwahahahaha kononnya nak bagi celim sikettt ...pastu ley pakai baju santek-santek haha*cik kiah taya nenade nak  diet sebab ko dah sedia ideal cumel dah ahahahahah


semua dah pasang niat dan keazaman yang tinggi untuk celimkan dirinya..ahahahaa....tapi korang tau ke tak banyak anasir jahat yang akan mengganggu ketenteraman hidup anda untuk mencelimkan diri lebey-lebey lagi kalau duk dengan family....erk ..ahahahahahaah


dengan mak korang asik suoh makan aje..pastu kakak takpun abang korang yang suka sanat bawak balik jajan untuk diberikan kepada adik-adiknya ahahahaaa.... kena gaya kalau korang kawan ngan membe yang memang kejenya melepak kat kedai mamak takpun mekdi tak ke naya ahahahahahahahahaaa......

apapun...tingkatkan keazaman korang  untuk celimkan diri....jangan jadi kerimping rompong cekeding semacam je dah la...wahahahahah

mood: kesengalan

Saturday, 23 July 2011

Nak tengok bola pun susah sangat ke?


Perlawanan malaysia melawan singapura tadi dah habis... buat penyokong malaysia .. mesti korang dah tau ..malaysia kalah 5-3 melawan singapura. apapun...jangan putus asa yek sebab masih ada satu pusingan lagi di stadium bukit jalil khamis ini ..so go go go harimau malaya!! kalahkan singa itu....grrr...

Kisahnya malam itu lepas siap-siap mandi dan solat...gua pun pegi la kat tv.. untuk menunjukkan semangat menyokong  pasukan malaysia..peh siap pakai jersi lagi ..huahahaah.. tapi masa sampai kat situ terpesona gua tengok kakak gua ni... ade ke tengok citer doraemon...fuuu...pastu gua pun cakap la macam ni..*ikuti kartun doodle di bawah


dan sepantas kilat kakak gua menjawab:




dengan menuding jarinya ke satu sudut....






demm... boleh dia buat lawak pulak...macam mana yek ada bola kat situ...aduiii.. =.= .Moralnya .. perlukah gua mengatakan dengan ayat skema "oi aku nak tengok perlawanan bolasepak ni"  ...should i? 

apa-apapun... dengan menggunakan kuasa veto gua menang gak....hahahaha 



mood: Tengok kat kedai mamak lagi senang....

Monday, 18 July 2011

Hari ini aku gunting rambut



Hari ini gua gunting rambut.... xnak cerita panjang... korang baca je storyboard kat bawah ni




mood: apesal la aku ni rabun ha? aduiiii

Agak agak la kalau nak mesej manje sangat tu




Hey kapel mapel semua... aku nak habaq sikit ni ha...

Jangan nak poyo sangat la kalau nak kata lu mesej taip macam ni..

"elow lu buat ape tu..."
"xde la..gua letih la.. "
"hang da makan lagi ke tak"
"apecer bro.. tido agi ke...bangun lah!"


aku tak kisah pun kalau lu nak taip macam ni



"aip tomot.. wat pew tu..."
"ane de..xwat pe pun.."
"iyer..tomei cangat...hi2"
"ala..nak nenade cikit je...wuu wuu"



tapi aku nak tegaskan sepatutnya korang elakkan dua perkataan ini..


"ala..ane wat pe porn...duk baring2 jew..."


sebab 


porn= lucah 
jew= Judaism aka yahudi..


so dah perasan ? ahahahaha ...


and one more... mesti ada orang cakap macam ini

alaaaaa..*3harkat  mane wat pe pun...*3harkat..

erk!


Mood: POYO




Tuesday, 12 July 2011

Durian disukai ramai nyum nyumm....


wah lamanya aku tak update entri... so you know me... so lazy so malas blablabla....hahh!! ....

petang tadi nak diceritakan aku baru balik dari kelas kursus kahwin....eh silap kelas memandu.. dalam letih letih tu *poyo je letih padahal sempat lagi pergi jalan-jalan beli cendol kat pasar tani  ... sampai je kat rumah ..campak helmet, campak kunci, campak segala-galanya melainkan maruah diri ini...aku pun bergerak ke bilik air untuk mandi....melekit woii berpeluhh...tiba tiba aku terbau aroma yang agak familiar.....aha!! bau durian...wahhh abang aku beli durian...i laik its!!.... tak sabarnya nak makan...lalala





oleh itu aku nak bagi info sikit mengenai durian..
  • durian ini sedap
  • durian ini lagi sedap kalau isi dia kuning dan banyak isi
  • makan durian banyak-banyak boleh buat badan panas
  • sebab dia bergas~ maka sapa yang makan ubat jangan ngada-ngada nak makan durian ..mau mati ka?
  • orang kata kalau minum air masak dalam kulit durian tu badan jadi sejuk *betul ke
  • abang ipar aku ada kebun durian kat perak *perlu ke bagi tau
durian juga boleh diolah dalam dunia masakan. masakan berasaskan durian ialah:
  • pengat durian@serawa durian
  • lempok durian
  • tempoyak
  • cekodok durian@jemput durian
  • kek durian
  • kuih bingka durian
  • bubur kacang durian
  • jem durian
  • aiskrim durian

tapi ada juga yang kata  durian ini bau dia busuk la apa la ini la...haishh tak paham aku ...xpe pendapat dia kan


mood: makan sampai panas badan....hahahaahahaaha


Thursday, 7 July 2011

Wanita memang kuat membebel .. huhh


pempuan memang kuat membebel... betul kan? bla bla bla pot pet pot pet ...watever lahhh ... tapi jenis kita ni kan... masuk telinga kanan keluar teliga kiri.. jenis x reti bermadah helah ~ erk.. aku taknak merepek panjang.. jom tengok doodle kat bawah


#tak boleh buat


#2 Hobi

#3 perangai


#4  Online


Tapi bila difikirkan balik.. apa yang ditegur itu memang ada baiknya..ada hikmahnya.... dia tegur..dia marah sebab dia sayang kat kita... eh betul ke sayang? erk....okbai

p/s: sapa yang tak undi 0RENZ SUSU sila pergi ke laman ini... ingat ya undi ORENZ SUSU ^^


Sunday, 3 July 2011

Bila aku tonton rancangan luar tabii =.=

semalam hari sabtu..aku ingat apa perkara pelik yang aku lakukan... hari itu aku bangun awal...errr 8.30 am kira awal lah tu...bla bla bla.....padahal lewat gak hahahahahahahahahaa......

pagi tu lepas mandi aku pun mengemas bilik...lepak online fesbuk jap...sambil hisap rokok...tup tup sedar-sedar dah jam 11 asenyer...ahahahha hari tu family aku keluar bandar...so aku pun melepak la sengsorang dengan gumbiranya..ahahhahahaha bajet home alone lah yek kau !!! erkkk

ermmm nak online bosan lah pula ..iyer lah pagi-pagi ni mana la sanat orang online ...nak mesej cik kiah mestinya dia ni tengah mimpi berdengkorrrr punyer...aduiii....so gua pun bukak television sambil mengharapkan cerita yang menarik..... ehe jumpa!!!  dan tak ingat lah pula channel berapa...ia siarkan rancangan ini........


sailormoon

yahhh !!! dengan kuasa bulan....akan menghukum mung !!!!  

aku ingat lagi kartun ini aku tengok masa zaman innesen comel kiut miut lagi....peh tak sangka masa aku dah tahap nak jadi bapak orang pun ada lagi siaran kartun ini...wahh lama tak tengok layan kejap lahhh #########


yang aku tertariknya ialah korang sedar tak masa dia nak #hensyin aka bertukar tu.... awek ni mesti bogel tidak berpakaian sepenuhnya... dan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dilakukan banyak  mereka gunakan...woii intro eksen sampai seminit dan penjahat tu luku kepala hang tau? 


dan kalau awek tu *usagi kan nama dia  macam nak kalah je..jeng je jeng....ade hero penyelamat yang misteri la kononnya akan tiba tiba muncul menyelamatkan keadaan ...wah wahh hero datang masa keadaan genting je...stalker ke hero tu? ups!
*ini dia hero si tuxedo bertopeng...ahahahah


Apa-apapun..ini hanyalah rancangan kartun rekaan semata mata..si why you so serious?? memang la tak logik duduk kat bulan...erkk...ahahahahaha...



mood: kalaulah dapat tengok awek gua wat rambut bebola cam usagi tu kan best...ups!! larikk!!! 

Saturday, 2 July 2011

Telefon oh telefon~

Hai korang!!!!!! bersama saya encik Hamimi ..seorang aktivis penjual orens susu yang memang agak pemalas meng "update" entri kebelakangan ini.. oleh itu bersyukurlah sebab korang akan membaca hasil nukilan yang agak merepek dan penulisan yang agak 'annoying' selepas ini... wahahahahah...

So korang yang sedang duduk kat planat bumi ini....ataupun untuk lebih bertuahnya yang sedang tinggal di malaysia (penduduk marikh dan planet jupiter boleh tekan butang [x] kat tab ya) aku nak tanya korang ....tahukah anda apekebenda itu telefon? adakah macam...








ok gambar diatas kesemuanya betul melainkan gambar yang pertama...kepada salah menjawab tadi usah risau...anda tidak akan ditendang keluar dari blog ini...tidak perlu mengulang kursus....pointer takkan jatuh la..... malah anda sepatutnya bertuah disebabkan telah berjaya memahami serba sedikit mengenai telefon...ahahahaaha =p

pernah ingat tak lagi masa dulukala... first time aku pakai telefon guna telefon rumah tu... masa tu bukan macam zaman sekarang...tengok budak tadika pun pakai iphone...pehhh  =.= aku kol member-menber kai telefon umah je...kat dalam dompet mesti ade buku kecik...tulis no telefon...wahahahah ..yang agak nakalnya masa kakak aku bergayut pakai telefon umah tu...pehh .. boleh ye dia guling-guling dekat area tu je... one more..memang tak secure la...tepon umah tu kan ane ley bawah jauh2.....pastu satu lagi kan tepon tu boleh sambung line ..maknanya satu line pakai dua phone la.....so korang pikir la kalau la korang call mase tu..... tetiba mak korang dengar guna satu tepon lagi,....siap nyampuk lagi tu....jeng je jeng......ahahahaah

ahahahaa~ yang ni pulak pasal public phone...lu olang kalau yang duduk asrama hostel watever tu mesti kan pernah pakai public ni kan....episode sadis la kalau nak guna public phone ni kan....dah nama pun public...=umum ..memang la meluas penggunaannya...dan ramai la orang yang nak pakai kan masa tu.....kena gaya kalau nak pakai tu relek je...letak seposen...boleh call...kena silap hari lu nak call lu kena beratur macam nak beli kepci ma......wadewadewade.....grrrr..... ops! sapa yang pernah guna public ni mesti pernah tau mitos/tech cara nak hack public ni kan...ader yang pakai 3 jari la...letak gula getah la...sambung wayar la....erkk....aku tak tau la...saya kan budak baik.....^^ ....=.=

dan beralih kepada sekarang....macam yang aku cakap tadi kan... budak tadika pun pakai iphone4...sekarang dah lain...telepon tak terhad kepada call je....sekarang lu olang ley text, online~ vc~ main game......ahh banyak lagi la....!!!! koranfg sendirik pun tau kan?? okbai....sekian dari saya encik hamimi ...terima kasih daun keladi sebab baca entri ini yuk~~ ^^ maaf takboleh banjer air keladi.... :p


mood: merepek =.=


Friday, 24 June 2011

Kesan minum banyak air masak

Air masak..air kosong ..air mineral adalah satu benda yang sama.. orang akan panggil ia air masak asalkan ia jernih dan tiada rasa.. maknanya tawar hebeh la..

semalam..sebab keadaan cuaca yang panas maka aku pun dengan riangnya telah meminum air masak dengan kapasiti yang banyak... akibatnya aku dengan suka hatinya menjadi pelanggan tetap bilik air.. asik asik buang air.. wuu wuuu.....


oleh itu aku was-was.. dengan itu pakcik google pun menjadi mangsa aduan pertanyaan... fuhh lega.. takda apa pun yang pelik..ehe.. yang labih menariknya minum air masak ini sebenarnya banyak kelebihan,, aku taknak citer panjang..aku nak bagi isi-isi penting je..


  • mengelak badan dari masalah dehidrasi
  • membuang bahan sisa toksik dalam badan
  • mengelak badan daripada mengantuk
  • menyejukkan badan
  • meningkatkan metabolisma badan

tapi pastikan yang korang minum air masak yek..kalau air manis memang tak guna la..sebab air manis ada gula..gula ada kalori..dan kalori banyak ada penyakit ..ahahahaaha...

sumber:http://sehatiberdansabersama.blogspot.com/2009/11/minum-banyak-air.html

Saturday, 18 June 2011

Bila dah termaktub korang nak buat apa wei





Finally its your last decision..you declare it..its real right?





*peh zidane kena kat merah~ 

Macam korang tengok kat dalam gambar tu.. bila pengadil dah bagi kat merah, ko merayu melutut keluar air mata darah pun ...ko tetap kena keluar padang.. seumur hidup aku tengok bolasepak aku tak pernah tengok lagi orang yang diberi kad merah boleh main semua dalam perlawanan itu...sebab itulah aku kata tadi ..perkara yang termaktub..dah terjadi korang kena terima...tapi kan.. erm..kalau dalam kes ini..kebiasaannya selepas perlawanan akan adalah suara bantahan yaqng dibuat oleh pengurus pasukan ...contohnya kalau kat malaysia..fam la...hahaha..

sama jugalah kalau korang tengok keputusan peperiksaan ....sangat mendukacitakan.. korang belajar sampai separuh nyawa ..target pointer 3.5++ last-last tengok cam gini jer?... lain la kalau korang ni memang jenis pemalas mengalahkan ular sawa lepas makan... tak payah nak marah-marah la kalau result korang teruk ye... jadi mesti ada segelintir yang bertindak untuk menyatakan bantahan. cara terbaik ialah dengan menyemak semula kertas jawapan....jadi apa yang kita dapat lihat  ialah usaha.. usaha untuk mengubah sesuatu yang korang tak suka..korang taknak ia berlaku... korang benci ia..

sekarang kita tengok ramai yang marah kat gomen pasal kes skmm menyekat laman web perkongsian fail [file sharing] ...dan kita tengok usaha mereka ialah dengan menyatakan bantahan, menggodam web gomen ..dan macam-macam fanpage di facebook.. tak kisah lah...itu usaha kan?..

jadi... kalau korang tak suka..taknak perkara itu berlaku.. nak tukar balik.. apa lagi?? berusahalah jika kamu rasa tidak bersalah~ jika kamu rasa ianya betul~ selagi mampu...selagi roh dikandung badan.. selagi jasad masih bernafas...insyaallah!!!!  berani kerana benar !!

mood: Aku termerepek~ sori

Wednesday, 15 June 2011

Jom kutuk aku ~ aku tak kisah pun!

Kali ini aku nak tanya pendapat korang:


*gambar hiasan


  • apa yang tak kena dengan blog ini
  • cantik tak header blog ini
  • menarik tak cara penulisan blog ini
  • apa yang korang rasa perlu ditambah dalam blog ini
  • owner blog ini smart tak? *bonus 


aiseh~ untuk menambahkan tekanan kepada korang..aku sajikan lagu ini..bwahahahahaa kutuk jangan tak kutuk!! kritik biarlah yang membina!! okbai assalamualaikum..




*sila tekan butang "stop" kalau sengsara~ haha


mood: aku rindukan cik kiah~ wuu wuu *sambil makan oreo

Friday, 10 June 2011

Ramai wanita yang dipermainkan oleh lelaki seperti setan!!!

ingat aku tipu ke.. memang ramai sekarang wanita yang dipermainkan oleh lelaki seperti seth tan...eh silap ya tajuk entri tu.. ahahaha



laki: awak~ cantiknya pemandangan nie...eh ada pelangi la!!
awek: erm...
laki: awak~ marilah sini~ rugi tau tak tengok pelangi ni.... first time saya tengok pelangi secantik ini
awek: iyerlah awak..[pergi untuk tengok sekali] ..awak mananyer..taknampak pun
laki: adalah awak..tu..kat sana tu.....
awek: betul la...saya x nampak...wuu wuu
laki: tengok betul-betul jari saya ni~...[tunjuk kelangit dan pastu tunjuk kearah awek itu]
awek; apa..saya?*tekejut
laki: apa pelangi yang saya maksudkan ialah awak... cantik pandangannya..awak..saya sayang awak tau..
awek ...:]



* korang tau tak ini sejenis troll... so moralnya korang pandai troll korang jadilah seperti seth... hahaha

Buat projek pada malam jumaat ingat senang ke!

fuh....
letih...
berpeluh-peluh...
tak tahan..
sangat mencabar...
kalau lemah memang tak tahan fizikal ni
tak apa..
janji hati aku puas...
dia pun suka...


salah satu cebisan projek aku malam ni..*tengok gambar  esok insyaallah aku post entri itu..sebab keje yang ni agak mencabar~ ahahhaaha



Wednesday, 8 June 2011

Wanita merokok.. apa korang fikir ha?

Yes aku admit yang aku ni memang seorang perokok.. lantak korang lah nak marah ke haper~ apapun aku tanak dituduh hipokrit.. cakap tak merokok tapi pegi belakang berkepul-kepul asap~ ptuih!!

Akan tetapi isu kali ini bukan pasal aku.. aku sebagai lelaki kalau merokok kat mana-mana orang tak kisah~ kecuali kalau aku merokok depan awek~ dekat budak kecik~  memang aku galakkan korang lempang je aku ni. sungguh tiada sivik education ..hahaha. ok isu kali ini berkisar mengenai kalangan wanita yang merokok
.


"what she smoking?" =.=

wanita merokok.. oleh itu kita sebagai rakyat malaysia ini memang lah mindanya seperti begini bukan:


pak Ali : Astagfirullahalazim.. apa nak jadi budak ni. tula..orang suruh pegi kelas agama dia ponteng.

Cik Kiah : Ya ampun...apa nak jadi dia ni.. buat malu kaum hawa je... 

En Hamimi : Erm..bagi saya.. wanita seperti begini sememangnya kurang akidah dan pastinya kuat bersosial. rokok pun dihisap inikan pula yang lain.

Gambit Saifullah : ala..rileklah der.. ini zaman moden kan... melayu urban kot..lu je yang ketinggalan zaman..aku takessah pun..lu keccoh pahal?



mood : Rela jadi budak kampung..

Saturday, 4 June 2011

Gambit Saifullah lu buat gua tacing



lu buat gua tacing der~ gua sebagai blogger memang rasa terkilan dengan kenyataan ini. lu kata to the bloggers  der.. kalau dah marah sanat tu tak salah kan mention macam ni "kepada yang mengkritik saya" ...kan nampak manis sikit walaupun sememangnya memang dah masam... haha lol.

lu kena ingat.. lu tu muslim..melayu lagi..mana adat lu..mana tatasusila lu ni..lu cakap baik baik tak boleh ke..?.kalau nak kata aku ni baik sanat xdela..cuma takdelah sampai berani nak keluarkan statement menghentam macam ni..

lu kena ingat juga..artis tu naik dengan pengaruh media.. dan blogger itu salah satu media yang besar... lu buat baik..kitaorang puji...tapi lu buat macam ni...kitaorang tacing lu kena tahu.. kita tuding jari satu kat orang lain..4 jari lagi akan tuding kat kita...lu sorang tapi lu mention nama blogger ..blogger tu ramai  kot!..lu susah..lu sendiri bikin nama lu busuk..apacer?

apapun...gua cadangkan lu minta maaf secara terbuka yek...kalau dah buat salah tu minta maaf la kan...apa yang susahnya?  gua tacing ni der?? tau tak tacing??  huhhhh


mood: baik gua layan game angry bird...lagi best..hahahah