Saturday, 18 June 2011

Bila dah termaktub korang nak buat apa wei





Finally its your last decision..you declare it..its real right?





*peh zidane kena kat merah~ 

Macam korang tengok kat dalam gambar tu.. bila pengadil dah bagi kat merah, ko merayu melutut keluar air mata darah pun ...ko tetap kena keluar padang.. seumur hidup aku tengok bolasepak aku tak pernah tengok lagi orang yang diberi kad merah boleh main semua dalam perlawanan itu...sebab itulah aku kata tadi ..perkara yang termaktub..dah terjadi korang kena terima...tapi kan.. erm..kalau dalam kes ini..kebiasaannya selepas perlawanan akan adalah suara bantahan yaqng dibuat oleh pengurus pasukan ...contohnya kalau kat malaysia..fam la...hahaha..

sama jugalah kalau korang tengok keputusan peperiksaan ....sangat mendukacitakan.. korang belajar sampai separuh nyawa ..target pointer 3.5++ last-last tengok cam gini jer?... lain la kalau korang ni memang jenis pemalas mengalahkan ular sawa lepas makan... tak payah nak marah-marah la kalau result korang teruk ye... jadi mesti ada segelintir yang bertindak untuk menyatakan bantahan. cara terbaik ialah dengan menyemak semula kertas jawapan....jadi apa yang kita dapat lihat  ialah usaha.. usaha untuk mengubah sesuatu yang korang tak suka..korang taknak ia berlaku... korang benci ia..

sekarang kita tengok ramai yang marah kat gomen pasal kes skmm menyekat laman web perkongsian fail [file sharing] ...dan kita tengok usaha mereka ialah dengan menyatakan bantahan, menggodam web gomen ..dan macam-macam fanpage di facebook.. tak kisah lah...itu usaha kan?..

jadi... kalau korang tak suka..taknak perkara itu berlaku.. nak tukar balik.. apa lagi?? berusahalah jika kamu rasa tidak bersalah~ jika kamu rasa ianya betul~ selagi mampu...selagi roh dikandung badan.. selagi jasad masih bernafas...insyaallah!!!!  berani kerana benar !!

mood: Aku termerepek~ sori