Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Monday, 11 July 2011

Mari Sokong Riben Putih...


Hari ini taknak cakap banyak..so terus pergi ke point...



Mari!! mari undi isteri saya blogger ini!! 






nak undi senang je,,,,sila pergi ke laman ini!! 



sekian terima kasih~ ^^

Thursday, 7 July 2011

Undi OrenZ Susu


Wahh tak sangka dalam peringkat kedua kumpulan kami , YUPPI telah menang .. apa pun terima kasih la pada sapa-sapa yang menyokong saya ini.. like i said i know i'm hot i'm cute i'm suwid i'm retis bwahahahaha  ...erk itu semua auta ya.

so dengan itu secara rasminya aku telah masuk ke peringkat ketiga.. apa yang perlu aku lakukan ialah menyediakan poster .. ehehehe aku ni mana la ade bakat kreatif sanat -sanat ...apapun dengan usahanya tersiaplah poster ini... terpulang pada korang nak menilainya...^^

^^ ini poster kan.. err..

oleh itu marilah kita pakat pakat berjemaah pergi ke link ini untuk mengundi .. ingat!! undi Orenz Susu .setiap undian anda dikira.. jangan bazirkan kewujudan anda..ingat pesanan saya...Undi Orenz Susu ... assalamualaikum


Wednesday, 6 July 2011

Komen Logo Group kami


Hey alz.. terima kasih kepada yang menyokong dan mengundi saya dalam segmen Datin Tyka yang lepas.. kan aku dah lat i'm hot i'm retis i'm femes..hahahahaha...  *sila lempang...

oleh itu maka sekali lagi aku dijemput untuk mengikuti segmen Datin Tyka ini dalam peringkat yang kedua.. alhamdulillah. Dalam peringkat ini aku telah dicampakkan ke kumpulan B .. antara ahli lain yang join kumpulan ini ialah:

SYE PULL <---Ketua Kumpulan
AMALINA ATHMAN<--- Setiausaha
EICHI KATSU<---promoter
AREMIEROUL<----Duta kami haha
ORENZ SUSU<--- aku? aku ni penolong ketua haha




inilah logo kumpulan kami..

nama kumpulan ni YUPPI..^^

ahli ada 5 orang dan mereka-mereka semua adalah blogger..

kalau nak tengok blog mereka klik nama-nama atas tu okey..^^

[4 lelaki dan 1 wanita..^^]



HURAIAN LOGO :

kami memilih nama YUPPI kerana ia membawa maksud yang menggembirakan.. lebih kurang macam HOREY lah..he3..^^ dan YUPPI bermaksud :


Y = Youthful [kami berjiwa remaja..]

U = Unique [setiap ahli kumpulan ini ada kelebihan masing2..]

P = Passion [keghairahan kami untuk berblog adalah tinggi..]

P = Profesional [kami bersikap profesional dalam setiap perkara..]

I = Indiependent [setiap tugasan kami lakukan sendiri dengan ahli kumpulan..]


warna HIJAU dipilih sebagai warna tema kumpulan kami kerana HIJAU merupakan warna yang menengkan yang bermaksud, kami sentiasa tenang dalam melakukan sesuatu tugas..warna HIJAU juga merupakan simbolik untuk keamanan dan kesejahteraan..

gambar SMILEY di dalam logo tersebut bererti, kami sentiasa mengamalkan amalan SENYUM dalam setiap perkara..SENYUM merupakan satu sedekah dan kami menghadapai cabaran dengan secangkir SENYUMAN..^^ tak pernah bermasam muka sesama ahli kumpulan..^^

ROBOT ANDROID RSS tu melambangkan kami sebagai blogger yang masih mengamal kan undang-undang untuk membuat sebarang entry atau menjaga penulisan kami dalam dunia blogger ini.. dan kami sentiasa menggunakan teknologi terkini untuk berblogging..^^ 

jadi, apa kata anda semua..? ok tak logo ni..

sila lah komen ye..^^

satu komen anda amat berharga buat kami semua tau..^^

hanya ALLAH je yang mampu balas semua jasa anda ni..

okey..

kalau rajin boleh lah tolong promote ye..^^

terima kasih..


salam..~


Tuesday, 5 July 2011

BLOGundi - Orenz Susu

Baru-baru ini kita menyaksikan pilihanraya di thailand..ya keputusannya memihak kepada parti Pheu Thai yang  diketuai oleh Yingluck Shinawatra , merupakan adik kepada Thaksin Shinawatra dan lebih mengejutkan beliau bakal menjadi perdana menteri wanita pertama di thailand. yang pasti..perdana menteri sebelum ini Abhisit Vejjajiva telah gulung tikar dan boleh lah pergi bercucuk tanam di facebook selepas ini...hahaha

Kalau kat Thailand dah selesai pilihanraya kat Malaysia ni belum lagi PRU-13 dah kecoh kecoh da.. dengan penubuhan ngo yang lebih dikenali sebagai BERSIH ...mereka dikatakan akan mengadakan perhimpunan dan berarak dijalanraya pada 9/07/2011 ini bagi menghantar memorandum berkenaan ketelusan dan keadilan dalam sistem pilihanraya di malaysia ini .Dengan itu wujudnya fenomena demam warna kuning, perkaitan keterlibatan sentimen komunis serta berbagai lagi propaganda pelik.. inilah yang dikatakan...Oh Politik ..=.=

Hah cukuplah tu...!! kau dah meleret jauh ni Orenz Susu!! objektif entri ini bukan pasal citer politik lahhh ...grrrr!!

*****************


ehe lupa pula..sebenarnya aku dah terpilih dalam segmen Datin Tyka . Tenkiu so much muahh muahh muahhh ....erk ...

klik kat header ini untuk ke segmen tersebut ^^


Korang kan tau aku ni kan retis, hot, stylo , suwid , otai, dan ape ape lagilah....hahahahahaahahah!!!...so dengan itu anda perlulah mengundi aku dalam segmen ini! undi tauuu...

caranya amatlah mudah ...sila pergi kat laman ini dan tick kat nama Orenz Susu.. ingat tau...tick pada nama Orenz Susu..

Ingat tanggungjawab anda...setiap Undi amatlah dihargai...Ingat Undi~ Ingat Orenz Susu...ok bye~  (^_^)




Saturday, 2 July 2011

Segmen: Ini Desktop saya

untuk makluman semua segmen ini dibuat oleh cik Datin Tyka . Sesiapa yang nak join bolehlah klik pautan di bawah



Hey alz...dulu-dulu aku memang suka la menghias/makeup/solek/conteng desktop ini.... sehinggalah laptop aku hilang....sadis woo ...hilang dah sikit mood nak makeup deskop ni..wuu wuuu... kejap...#perlu ke aku cerita yang laptop aku hilang? # mintak penyepak sekali =.= 

so aku nak tunjuk salah satu desktop yang aku sempat printscrint dulu-dulu... sangat ringkas ....aku ambik tema android black ...wahahaha... jom usha gambar kat bawah


simple kan? kalau nak tengok yang lain sila ke blog lama aku... azazilkechiwa ..kat situ ada aku wat window 7 purple   edition siap pakai folder background changer lagi...ups! terlebih sudaaa....

eit!...sebelum terlupa...segmen ini ditutup pada 2 julai 2011 tepat jam 8 malam ..so sapa yang nak join cepat cepatan yuk..^^

Sunday, 26 June 2011

segmen: nakalnya saya masa kecil


semua orang pernah merasai masa keseronokan zaman kanak-kanak tak kira la sekarang ni korang dah jadi bapak orang, mak orang, ataupun bakal menjadi atuk..hahaha.. 

aku teringat lagi masa aku kecil..peh tahap kenakalan aku ni boleh dikatakan "agak" la rasanya...asik-asik kena marah.asik asik buat kerenah....aku kan duk kampung...lagilah seronok bermain main ni..ahahaha...

masa kecil aku suka sangat kalau main hujan..kalau hujan je mesti senyap-senyap keluar rumah....ahahahaha...nak buat cammane...dulu kan xde lagi air pancur kat bilik air...air hujan pun jadilah...lepas tu mulalah kena marah dengan mak..dah la kena marah.blablablabber....aku dengar je..wat dono....esoknya mesti demam...=.=

lepastu keseronokan diteruskan dengan bermain tanah... kawasan operasinya adalah kat bawah rumah....kitorang ngan member sebelah rumah ambik air kat paip ..lepas tu curah kat tanah tu buat ladi lembik...pastu uli-uli la jadi macam tanah liat...dan macam biasa la kena marah dengan keluarga.... aku teringat lagi kakak aku cakap masa tu .."adik tau tak tanah yang adik main tu ada taik kucing?"  err,,, nak muntah la pula bila teringat

*aha gambar masa raya ^^


kalau masa hujan kitorang main hujan kan... so kalau tak ada hujan kitorang main air lah!!! tempat permainan dulu-dulu bukan macam sekarang..sunway lagoon la...gambang waterpark la...ahhh manader masatu!! so kitorang memilih parit ataupun sungai yang agak dalam sebagai tempat bermain..hahaha...aku pun x paham kenapalah dulu-dulu kitorang sanggup jalan kaki sejauh 3 kilometer meredah ladang semata-mata untuk mandi sungai?? macam biasa la...masa tu kecik lagi kot..hahaha

yang aku tak boleh terima masa kecil..korang tau tak kotex? ala lampin wanita tu.. masa tu kan aku ni kecik...innesen la sanat..hahaha entah macam mana la aku boleh terjumpa menda tu... aku ngan member aku taktau apa kan nak buat dengan "kotex" ni . so kitorang pun ambik pastu carik-carik dan baling atas langit..haha bajet macam main kapas lah masa tu... haah da kantoi mau x mengamuk kakak aku... "bertuah punya budakk!! eiiiiiii~~"  

ehe yang ni taktau ini kategori nakal ataupun xde kerja ... masa tu kecik lagi...umo 7 tahun agaknya...aku taktau mendape pisau cukur tu...tapi aku tengok ayah aku pakai...macam biasalah diri ini rasa teruja nak menggunakannya juga.. dan dengan itu aku berjaya mencukur kening diri sendiri~ erk...pastu mulalah xnak pegi sekolah...takut kena ejek..wahahaha...kakak aku buat bijak..dia ambik eyeliner pastu dia ukir elok-elok kat kening aku.....wah macam opera cina la pulak!! ayyak!!!!


*************

Ahahahaaha~ dah la...banyak lagi menda nakal aku buat masa kecik...kalau bgtau xlarat la nak menaip..errr...so sape yang nak join segmen ni... silalah...aku tak paksa pun...ahahahaha apa  riben putih ? boleh gak...lalala...

penyertaan :

  • letak banner blog aku yang annoying tu...tingglkan backlink entri ini
  • letak gambar korang masa kecik-kecik comel tu..kalau segan takpayah pun xpe
  • citer la kisah kenakalan korang ya
  • tag la sape-sape yang korang nak..haahah
  • dah siap sila post kat kotak komen entri ini 

mood: kecik kecik je nakal..dah besar jadi baik..lalalala~^^



Thursday, 9 June 2011

Segmen : Seberapa seth ke kamu ni!


Apapun aku taknak korang salah paham dengan segmen ini...

ini setan


hah yang ini seth


sekarang kan ramai yang sedang demam dengan slot akasia nora elena kat tv3 tu.. sapa yang tak tengok lagi boleh download kat link ini [DOWNLOAD FREE NORA ELENA RMVB MEDIAFIRE]

apa yang kita tahu seth ini seperti begini 

well~ so sweet

haha.. gua dah terlebih mengarut ni~ oleh itu dalam segmen ni korang cuma perlu buat satu cerita/dialog ringkas  yang agak sweet dan manes~ itu je. contohnya macam ni


awek: erm..awak ingat tak apa awak cakap kat saya sebelum ni

laki: saya cakap apa awak?

awek: erm...takpelah~ abaikan saja..=.=

laki: awak..cakap kat saya~ apa yang saya cakap sebelum ni?

awek: awak tak perlu tahu... biarlah ia jadi kenangan

laki: erm..saya dah tahu..saya cakap macam ni kan ..

awek: eleh~ cakap la..apanya

laki: saya cakap...hari hari saya rindu awak~ apa kata kalau kita kawen?

awek:......

*ok tak berapa suwid~ pertolongan anda diperlukan..please


banner aku tak buat dalam segmen ni~ hahah korang cuma perlu bagi backlink entri ini dan macam biasa la post entri korang kat ruangan komen dibawah. hurm...kalau korang teramatlah rajin silalah tag sesiapa yang korang kenal...hihihihihi

*tarikh tutup adalah infiniti dan sokongan korang amatlah dihargai ^_^

mood: aku tak suwid~ siyezz

Saturday, 19 March 2011

"Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?"

Minta maaf ya aesya zealous dan linehitamputih..korang tag aku dah berzaman dah..baru hari ni aku nak buat segmen ni..


kalau korang nak tau..segmen ni dianjurkan oleh Brader hensem Fahmi...klik sini ke blog Fahmi


Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?


Bagi nebengz...cantik tu terbahagi kepada dua..cantik rupa paras dan cantik perwatakan...pada pandangan pertama bagi nebengz kalau nak bagitau yang seseorang tu cantik mestilah dari paras rupa.. sumpah nebengz suka tengok muka orang dulu sebelum part-part lain sebab muka tu penting..yaww.. dari perwatakan pula..korang tengok awek tu..peh cun giler..dah kenal-kenal...peh cam harem perangai..dah la gegey...kuku besi pula tu! err....cantik ke gitu perangai dia??? huh!


Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?
.dari raut muka korang boleh kenal perasaan dia...masalah dia..cara hidup dia...contoh kalau ko tengok muka budak tu messy semacam je...maybe dia ada masalah..ataupun terlalu sibuk... ataupun dia ni memang malas yang terlampau!! dan korang tengok muka budak tu bersih gila...comel doe! mesti korang kata dia ni pembersih...rajin mekap muka..dan pandai bergaya...korang suka kan orang cakap gitu  kata korang?? betul tak?. dan secara tidak langsung bila orang cakap begitu tahap keyakinan korang akan melonjak-lonjak naik setinggi gunung everest...hahaha


.Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?
Nebengz memang tak cantik pun..tapi smart..huahuahua....pegi lantak la korang...kalau diorang cakap tak cantik..apa lagi...check-check la rupa diri nie..tanya kat member..."wei...kena ke aku punya style ni? " kalau member ko ckap ko pakai macam badut ...ko paham-paham la kan.....huhuhuhuh


Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama
 satu je? ok la..sebab Nebengz lebih pentingkan muka daripada yang lain..so nebengz cadangkan kepada lelaki lain ..sila pakai pencuci muka garnier for men.. siyes nebengz pakai dah 3 bulan...member nebengz tanya...eh?? apsal kau ni makin putih plak?  .....hahahaha *pasan


sape nak kena tag ni?? 


yuyu zulaikha
Iela Abul