Ahaha..semalam aku tersibuk sedikit *padahal menyibukkan diri je sampai terlebih masa untuk tanggalkan lens ni..dah tak pasal pasal merah mata ni. aku tengok dari cermin macam mata ikan selayang la pula. erk tidak!!
*laporan penuh kat wikipedia
kalau korang nak tau conjunctivis ni kalau orang kita panggil sakit mata. nak tahu samada korang kena sakit mata ni senang je. tengok mata korang..merah tak? ada rasa gatal terlampau tak kat mata tu? kalau tetiba ada keluar cairan kuning...itu dah parah oi! cepat pegi hospital!
*sumber google
macam kes aku tadi~ aku kena conjunctivitis ni sebab lebih had masa pakai lens.lepas tu aku bawak moto malam-malam tak pakai wiser dan banyak la habuk masuk kat mata aku ni.. sebab tu bakteria kuman tapape tu dengan riangnya bersandiwara kat mata aku ni. huhh
antara sebab lain yang menyebabkan mata korang jadi macam ni ialah alahan. tautak apa tu alahan..contohnya mata korang alah kat habuk kayu pastu tetibe kerja kat kilang papan. so memang korang cari pasal la nak dapat penyakit ni kan.. erk
mata aku merah semalam.. gatal plak tu..ades..so apa aku buat? sonang ajo pakcik dan makcik sokalian.. sila gunakan benda ini
ubat titis mata... gunakan pada masa yang perlu
mood: aku bangun pagi tadi tengok dah kurang sikit merah ni..alhamdulillah... apapun moralnya jagalah kebersihan diri...okbai