Thursday, 11 April 2013

NERAKA


NERAKA 
Satu perkataan Celaka
Untuk si PENDERHAKA
yang DURJANA

Ahh persetankan dunia Neraka ini
Kau yang layak di surga
Keluarkan lah air mata ketawa itu
Biar cemburu merajuk si neraka ini

DIAM!!
Aku syaitan disini
Jujurku hanya satu kekhilafan
Yang layak untukku NERAKA


SYAITAN



SYAITAN

SETANG

SETAN

IBLIS

JALANG

SETAN DALAM DIRI

KELUAR

Monday, 25 March 2013

A Sweet Message





Saya tahu awak sentiasa inginkan pesanan ringkas seperti begini kan ? :)

Thursday, 21 March 2013

lelaki baik

Laki baik tu semestinya hensem, kaya, dan bujang #Sarcarms

Tapi taksemestinya lelaki yg baik itu tak buat seorang wanita menangis


Lelaki yg baik dia tak memaksa pasangan dia

Lelaki baik tu sedia menjadi bahan pukulan jika makwe dia meroyan

Lelaki yg baik tolong bini dia tukarkan lampin anak dengan rela hati :)

Lelaki baik, bila kau komplain itu ini pasal hubungan kau dan dia, dia tetap sabar . Mengalah je dengan perangai kau

JIKA




Jika nyamuk menghisap lemak, dan tidak menghisap darah. Pasti ramai orang gemuk berkumpul di dalam hutan pada waktu malam.

Jika Matahari Memutihkan muka, pastinya ramai si Hitam Legam berhimpun di tengah panas terik setiap tengahari

ika Matahari Dapat Mengejas Bateri Telepon, pastinya ramai pengguna smartphone duduk di tengah panas setiap hari

Kalau gigi yg rongak itu diertikan sebagai Comel, pastinya ramai yg tidak menggosok gigi malah sanggup menghentak gigi mereka


Thursday, 31 January 2013

Air Bikarbonat


Air bikarbonat,
dari jauh aku lihat ,
aku beli bukan di tujuh sebelas tapi speedmart,
untuk menyegarkan mataku yang kian berat.

Air bikarbonat,
kenapa kau manis melingit?
sampai tekakku kering melekit?
jangan kau buat aku jatuh sakit!

Air bikarbonat,
kau yang aku suka sangat sangat
dalam diam kau racun kesumat
membunuh jasadku rapat.



*kau sambung sendiri

Thursday, 10 January 2013

Munchkin The Munchkin




Aucak?

***************
***************
***************
Hai..
kaki saya pendek
ekor saya panjang
mata saya bulat
.......

saya....







 saya seekor kucing haha





Saturday, 9 June 2012

Jadual Perlawanan Euro 2012 waktu Malaysia

seronok la korang da masuk musim euro ..bola bola bola..

Orang kata tak elok kan kedekut.. oleh demikian gua kongsikan sedikit jadual perlawanan euro 2012 pada waktu malaysia. tak cakap banyak tengok gambar di bawah ini



akhir kata dari saya.. selamat menonton euro 2012! ^^

Friday, 8 June 2012

Kisah Vampire yang malang


Hai!!

Vampire drakula pontianak adalah merupakan spesies yang sama dimana ia merupakan sejenis mitos ataupun lagenda barat yang berkenaan dengan hantu ataupun dalam perkataan englishnya ghost.

Vampire dalam bahasa mudah merupakan hantu yang kegiatannya menghisap darah manusia sehingga kering, memiliki abiliti untuk menghipnopsis manusia,pemulihan yang pantas serta  bergerak pantas seperti kilat. akan tetapi vampire memiliki kelemahan juga dimana mereka alah kepada cahaya matahari kerana dikatakan mampu membakar tubuh mereka sehingga rentung. dalam mitos lain juga vampire juga dikaitkan dengan serigala jadian dimana gigitan serigala jadian ini mampu membunuh vampire tersebut.

*******


Dalam zaman serba moden ini ..yang menjadi kemusykilan saya adakah vampire dapat menerima situasi seperti begini? mohon pendapat vampire sekalian tolong jawab ya





Saya musykil adakah vampire dapat menerima darah pesakit aids? .Sedangkan lintah pun geli dengan darah mereka.. mohon pihak berkenaan jelaskan . Okbai

Monday, 7 May 2012

Di sebalik perkataan romance

Simple kan? makna perkataan romance ni? 




ROMANCE perlu ada MAN  untuk dia ada ... lalala
okbai




Monday, 5 December 2011

15 petua untuk dikongsi


Korang ini memang agak terbiasa juga kan dengan petua-petua ini kan... petua hilang jerawat la...petua lepas bersalin la..petua awet muda la... hahh apa saja lah...yang penting korang memang suka dengan petua2 ini!! hoho. Aku memang suka nak berkongsi petua-petua terbaikk yang aku dapat dari member bebudak cekolah dolu-dolu aku tu....hoho ...ok abaikan bebelan aku ini...jom baca petua di bawah ^^

15 PETUA TERBAIK!!

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tu..
3.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
6..Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
8.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
9.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
12.Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...
13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
14.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
15.Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga

Friday, 14 October 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Mengapa cincin perkahwinan perlu disarungkan di jari manis?. kadang kala admin tertanya tanya juga.. apakah rasionalnya.. kenapa perlu pada jari manis.. kenapa tidak disarungkan  pada jari kelinking.. ataupun jari telunjuk.. ahaha sekadar hiburan jawapan santai mari kita cuba permainan di bawah :)


satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).
permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

**credit Alif

Monday, 10 October 2011

cerita pasal harimau...grrrr!!!!!!!!!!

Hari-hari mau
Ali sedang bersiar-siar dibandar.Tiba-tiba dia terpandang sahabatnya,Abu, yang telah sekian lama tidak ditemuinya.
Ali :dah 5 tahun kita tak jumpa.Apasal aku tengok engkau kurus sangat?
Abu : Mana tak nya .Isteri aku tu garang sangat. macam harimau
Abu : Eh aku tengok engkau pun kurus cam aku juga .Apasal?
Ali : Isteri aku tu lagi garang, hari hari mau !

Monday, 19 September 2011

Anak adam, malaikat dan syaitan







Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??

... Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1.Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

Jonny English Reborn (2011) mkv mediafire download



Format : mkv dvd rip
Size:400 mb
*** untuk yang ini bahasa russia... 
***untuk yang english .. tunggu ^^

source :bizmediafire

Saturday, 27 August 2011

Homaigod differ differ

apa beza dua music ini? ada sapa2 boleh tolong jelaskan?