Wednesday, 6 April 2011

comelnya adik mia sara ni



sapa tak kenal adik miasara ni...adik mia ni telah fofuler pada tahun lepas menerusi slot akasia kat tv3 iaitu adamaya ...masa tu mesti korang keliru kan...nak tengok lisa surihani ke ..nak tengok adik mia sara...ahhh ...sekarang cerita tu dah habis...dan mia sara ni dah umor 5 tahun sekarang


tadi aku saja je..bukak kat oh media punya fanpage.. tengok kat gambar anugerah berita harian tu...eh eh eh...ada gambar adik miasara lah..yawww ..comel nyer



tanda apa kat tangan dia ni? hurmm...



yang ni terbaikk...ingat kawan-kawan..solat jangan tinggal ya..


Bukan yuna yang tu la

adik adik sekalian, aku baru je nak buat entri pasal lagu yang yuna bawak masa kat ABPBH haritu..jap jap jap...pasal alat muzik pelik yang yuna main haritu jangan tanya aku.. aku tak tau...yang penting ia bukan sempua ataupun seruling..tapi disebabkan adik monster raww tu dah buat entri pasal yuna..so korang pegi jelah tengok kat blog dia ya...klik sini.

yuna yuna yuna...mungkin korang tahu atau saja buat-buat taktau atau tak diberitahu takpun taknak tahu..aku saja je google jap gambar dia..korang mesti pasan kan..?

ini yuna final fantasy

ini yoona girl generation ..gee gee gee

dan inilah yuna from malaysia

dan ini siapa? 

sebenarnya aku kekurangan idea nak olah entri ni..sorry bebanyak kalau kekarutan timbul ataupun mesti korang cakap camni "apa motif entri kau ni ha?" papehal korang layan la lagu ni


ok fine..ini bukan lagu yuna ...ini lagu dido walaupun ada persamaan musik  dengan lagu yuna..okbai




Tuesday, 5 April 2011

Berita sensasi di malaysia

Berita sensasi di malaysia...kalau di englishkan adakah ia seperti begini "malaysia sensation news" ***betulke ayat aku tu? sorry english aku memang teruk..

dari kecil sampai umur aku sekarang, 16 tahun. aku membesar dengan kasih sayang yang secukupnya..ibu-bapaku memberikan aku penjagaan yang cukup rapi..aku ingat lagi pada umur aku 6 tahun aku diperkenalkan dengan satu peralatan elektronik.. iaitu ipad ...jap jap...ipad..? aku rasa masa aku umur 6 tahun tu apple corp baru je buat usul pasal ipad..huh . ok lupakan ipad ya kalian semua....masa tu ayah aku baru beli tv..tak besar mana pun ..14 inci jek..korang ingat tak lagi..dulu-dulu kalau nak ada tv kena ada lesen..maknanya kena bayar macam astro tu la...aku fikir-fikir balik...pekejadahnya dulu-dulu kena ada lesen tv... korang tolong jawabkan ya?

biasalah...lumrah kanak-kanak..mestilah tengok rancangan kartun...usop sontorian, power rangers, robocop,bugs bunny, dragonball..dan pekebenda lagi kartun kat tv tu sumer aku layan....kalau hari sabtu dan ahad je mesti bangun awal sebab nak tengok dragon ball...peh penangan dragon ball..sanggup aku bangun awal..cehh

ok..sekarang aku dah besar...dah panjang...so thats mean i'm besar panjang *betulke ayat aku ni? sekarang pun aku dah jarang tengok tv sebab dah takda mood dengan tv..sekarang aku suka pakai komputer berinternet pula...nak tengok citer? download..nak tengok berita? thestar online..mudah kan. dan satu lagi poin penting... berita pantas .

aku dah bosan tengok berita kat tv sebab  its more politikus news than people news ... sakit hati woii..kalau kat tvpokok jam 8 malam, 15 minit pertama adalah slot untuk politikus ...lagi teruk kalau nak pilihanraya...tak kisah la pilihan raya umum ke pilihanraya kecil...makin menjadi-jadi slot politikus tu... and its more to gambirbulan....dan pak bun keng seperti biasa akan dikutuk.... aku bukan cakap saja wei..ini pengalaman aku tengok berita ini daripada masa tak sunat lagi sampai masa dah boleh mengandungkan anak dara orang! cett*** sebab tu la aku kalau tengok berita mula dari jam 8.15 ...hah ...

owh lupa..sekarang kan musim pilihanraya kecil di sarawak..mesti makin advance news politikus ni.. tuk dalang , tuk karut, tuk cacai makin sibuk la maknanya..yang terbaru parah lagi...pengarah filem pun turut serta...untuk filem berlabel 18 sx..parah..parah....akhir kata...teruskan usaha anda!! biarkan negara ini terus maju dan membangun ...jap jap...silap kata la..biarkan rakyat membangun dan hidup aman damai