Wednesday, 1 June 2011

masalah mat rempit? apakah cara penyelesaiannya...aku tahu !

Sebut sahaja perkataan mat rempit ataupun dalam bahasa yang media katakan, samseng jalanan..mesti korang akan memikirkan seperti begini:

  • pakai motosikal.contoh  yang femes ialah  honda ex5, yamaha rxz, yamaha 125, suzuki panther 
  • memandu pada waktu malam sampai ke subuh
  • nak advance bawak motor tu mesti bonceng awek cekci.(ngepong)
  • ada yang jenis suka minum arak dan main pil..
  • mesti ada kemahiran memandu yang hebat kerana mereka pelumba jalanraya
  • mesti pandai bermain-main dengan pegawai polis.dan cekap melihat pergerakan polis termasuklah barua polis
  • biasa lepak kat tepi jalan bawah lampu,tengah pembahagi jalan, ataupun kedai makan tepi jalanraya
  • kawasan bermain-main di sekitar bandar untuk melakukan lagak ngeri
  • kawasan berlumba adalah di jalan yang lurus , jambatan pun boleh.




lepas itu polis sibuk buat kacau..roadblock di merata-rata.keadaan menjadi huru-hara dan tak terkawal ..dan akhirnya ada yang sampai mati akal dengan melarikan diri mengikut arah jalan bertentangan...ada lagi parah..polis yang menjaga sekatan tu dilanggar camtu je.. cilok sana..cilok sini....jatuh tersungkur padan muka..haha

ok titttttttttttttttttttttttttttttttt!!!

itu merupakan sedikit info mengenai mat rempit . kalau nak dihuraikan korang pun memang tanak baca kan...haha... kita lihat sudah bermacam-macam langkah digunapakai untuk membanteras gejala mat rempit ini..contoh terdekat ialah kempen kesedaran dan penguatkuasaan undang undang jalanraya..tetapi tiada penyelesaian yang diperolehi  kecuali:

  • kompaun semakin banyak..sapa dapat duit tu..?
  • motosikal banyak yang disita dan menjadi besi buruk di balai..membazir kan?
  • polis makin ramai yang bekerja..kesian dia macam xde kerja lain nak buat.


oleh itu...mengikut pendapat aku..ada beberapa mekanisma yang boleh digunakan untuk membanteras masalah mat rempit ini .tetapi memang kejam la langkah ini..hahaha:

  • haramkan motosikal berkuasa melebihi 100 cc. bagi yang memiliki motosikal melebihi 100cc boleh menukarnya di  ejen-ejen yang dilantik kerajaan. motosikal itu pula akan dijual semula ke luar negara 
  • seluruh negeri akan mempunyai lrt dan monorail yang beroperasi 24 jam. dengan itu korang tak payah dah nak sibuk-sibuk naik moto.
  • haramkan penjualan sparepart motosikal yang tidak mengikut spesifikasi. sapa yang tak buat kita sita kedai dia..hahahaha.
  • hadiahkan setiap isi rumah sekurang-kurangnya 3 buah fixie ..naik fixie je senang,,,hahahaha


ehehehe...mengarutkan mekanisma ini...?  masalahnya mampu ke nak laksanakan?....hahahaha okbai

Monday, 30 May 2011

Kenapa lelaki perlu tahu tarikh pasangannya datang bulan

datang bulan..uzur..period atau nama manjanya, piyed...semestinya sinonim dengan kaum hawa. untuk mengetahui dengan lebih mendalam..sila pergi ke entri cik riben putih ini..



laki: awak..nak tanya sikit boleh tak..
awek: iye..tanya je lour...
laki: erm..awak piyed bile yek..
awek: erk? ala...xxhb tadi....eh ni napa nak tau plak ni...
laki: ala...senang la nanti kan.......
awek: senang apa?...eiiiii...


titttttttttttttttttttttttt........ ok hentikan dialog tersebut.


Mengapa sebagai seorang lelaki kita perlu tahu apakah kepentingannya pada kita tarikh tersebut. disebabkan apabila wanita datang bulan..maka secara automatiknya hormonnya tidak akan stabil..dan moodnya akan berubah..sebab tu la dia asik marah-marah tak tentu pasal je..haha

oleh itu kalau korang dah tau bila hari dia datang bulan..pandai-pandai la korang  jaga emosi dia.kalau dia marah korang..buat korang tacing..ok sila bersabar..relex..dan cukup masa baru marah dia balik..haha. janganlah masa tu korang marah dia..buat dia nanes...buat dia kechiwa..kang makin haru biru dibuatnya..



er...ada satu lagi sebab...tapi yang tu aku taknak citer...pasangan berkahwin tau kot...hahaha.....okbai

Kursus IBS


Hihihi... seminggu lebih dah aku tak update blog..apa yang pasti blog yang tak fofuler ni semestinya traffiknya akan jatuh mendadak menyembah bumi...hahh pedulik hapa aku...blog ni bukan blog seo..bukan blog buat duit...bukan blog gosip mosip....ok tittttttttttttttt.

sebab apa aku tak update blog ni?..untuk makluman semua aku telah mengikuti satu kursus selama seminggu..hehe..

PROGRAM LATIHAN INSTALLER IBS

Nama Kursus: Kursus Asas Pemasangan Sistem Kekuda Keluli Cold Formed
Tempat : Rumbia Resort Paka Terengganu & Bengkel Delta Inovasi Interprise 
Tarikh : 22/5/2011 - 27/5/2011
Tajaan dan Kerjasama : Mara, CIDB dan Delta Inovasi

*korang cuma perlu ada kad hijau dan kos pergi ke tempat penginapan..yang lain ditanggung oleh MARA..hihihi 

untuk diringkaskan..kursus ini adalah latihan untuk memasang kekuda keluli bumbung bangunan..dan kalau lulus ujan SKK, anda akan mendapat sijil untuk memasang kekuda keluli bumbung tahap 2 dan kalau korang tu kontraktor boleh la tambah markah sikit...hihihih



untuk 2 hari pertama kitorang belajar teori dulu..


*tenaga pengajar kitorang..


*bila dah bosan..nilah hasilnya...



dan hari seterusnya adalah amali...


*kat bengkel


*siyez aku tak pandai guna mesin canai ni



dua hari belajar teori..sehari belajar amali dan sehari ujian..kesudahannya hari akhir semua lemah longlai..erk


apapun makan dan penginapan memang terbaikk....hari terakhir diorang belanja makan steambot der...huhuhuhuhu dan ini merupakan kali pertama aku karaoke secara terbuka ..biasa karaoke jamban je...hahahaha ...lantak..