Friday, 22 April 2011

Jalan segamat-kuantan...bahaya ke?

bagi yang dah tau jalan ni kat mana ok fine korang boleh tolong jelaskan lagi di ruangan komen..pada sesiapa yang tak tahu meh aku nak story sikit jalan ni.


imagine kalau korang dari  kuantan-gambang akan ada simpang empat yang besar...di sebelah kiri sebelum korang nak menyambung perjalanan korang bolehlah isi minyak petrol di stesen minyak caltex. Daripada simpang empat itu :

  • belok ke kanan untuk memasuki lebuhraya pantai timur dan dalam satu kilometer korang akan jumpa ump
  • jalan terus kalau korang nak ke gambang waterpark, matrikulasi gambang,kolej komuniti pahang.. srijaya dan maran
  • belok ke kiri untuk pergi ke muadzam, chini, keratong dll.
Untuk belok ke kiri lah yang orang biasa panggil jalan segamat - kuantan.  jalan ini juga kalau korang pandai selok belok dia korang boleh tembus negeri sembilan-kuala pilah- kuala lumpur? orang panggil apa ya...ikut bahau? mungkin kot

*********

tadi seperti biasa la ..untuk menambah ilmu isu semasa aku memaksa diri ini untuk menonton berita utama di stesen kegemaran orang ramai. tv3. alhamdulillah cerita lucah  bla bla bla politik tidak disiarkan (pilihanraya dah habis tutup cerita la der).

dalam banyak-banyak berita yang disiarkan, aku tertarik dengan berita ini:

"kemalangan ngeri di jalan segambut-kuantan"

kemalangan ini melibatkan kenderaan perodua myvi dan sebuah lori tangki di kilometer xxx jalan segamat-kuantan. kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi semalam dikatakan disebabkan kenderaan lori tangki minyak tersebut yang memandu dengan memakan jalan sebelah merempuh kenderaan myvi tersebut dan mengheretnya sepanjang 300 meter. mangsa dikatakan mati ditempat kejadian

lebih kurang begitulah berita yang aku tonton di berita utama tadi. korang mesti rasa kan..." apahal ko nak bagitau aku? macam tak biasa je tengok berita macamni kat tv"

ok der aku nak bgtau ni...aku dulu pernah gak lalu jalan ni.. nak diceritakan aku dengan member aku tengah kejar masa nak pergi kl. Pasal apa kitorang pegi kl korang boleh baca entri ini. Dari keratong-kuala lumpur kira-kira jam 9 malam kitaorang gerak. korang bayangkan jalan segamat -kuantan ni macam ni masa aku lalu:

  • jalan kecil
  • takda lampu langsung
  • lori berlambak-lambak lalu
  • orang kata kuat samun kat sini

masa dalam perjalanan aku hairan tengok kereta di depan...aku tanya kat kawan aku " eh pahal keter depan tu kalau ada lori selisih je..dia bagi signal ke kanan?".. dan member aku dengan relex je jawab..."ko paham-paham la wei..jalan kecik...lori ni suka makan jalan..dah la gelap..kalau ko tak bagi signal silap-silap kena langgar la kita.." masa tu aku tengok member aku buat gak macam tu...ada apa jenis kenderaan selisih pun mesti dia bagi signal ke kanan.. alhamdulillah selamat aku ngan member aku sampai ke kl.

berbalik kepada kemalangan tadi ...lori tangki minyak tu dikatakan merempuh kereta myvi tu...korang rasa adakah disebabkan pemandu kereta myvi tu tidak mengamalkan petua signal kanan masa menggunakan jalan ini? renung-renungkan...selamat memandu






Wednesday, 20 April 2011

Duckface ... comel ke?

Anda tahu apa itu duck ? ala der ..kan dolu-dolu masa sekolah tadika ada cikgu ajar macam ni, a for apple, b for ball , c for cat, d for duck ....... remember? huhh... tengok aje lah gambar kat bawah ni


dah tahu kan? itik ..oleh itu  kalau face dalam bahasa melayu ialah muka, maka: 

duck=itik 
face=muka
duckface=muka itik

dan korang rasa comel ke gambar itik diatas?... ok simpan jawapan itu...kita tengok gambar dibawah


*tengok dibahagian muka saja yg lain abaikan

ops! ini gambar kontroversi miley cyrus. ada orang panggil ini camwhore tapi aku search google duckface ia keluar gambar ini. so ini lah duckface kan?


oleh itu dapat dirumuskan :

duckface=muka itik
=
manusia  dengan gaya wajah muncung bibir macam nak cium orang dan kening tinggi 


tak jelas lagi ? tengok gambar dibawah



aku tengok muka dia macam itik terus la....tanya korang lagi...

comel ke?
comel ke?
comel ke?

ada orang kata : 
kalau pempuan comel la kowtttt...itupun kena gaya dengan bentuk muka 
kalau lelaki buat gaya macam ni.. ok no komen



Tuesday, 19 April 2011

Exam week ke exam weak?

perhatian!!!
sebarang gambar dalam entri ini adalah kepunyaan aku dan mahagaru wokse . adalah dilarang sekali sebarang bentuk plagiat copy mengopy dalam entri ini sekian terima kasih.


pertama kali aku ingin ucapkan selamat menjalani ibadah menjawab kertas dalam peperiksaan.. jap jap kenapa ibadah der? eh bukan ke belajar itu merupakan fardu kifayah dan ia satu ibadah??. dan diharapkan korang janganlah menjadikan ia satu dosa...tadi cakap ibadah...apasal boleh dapat dosa plak? ok guys aku cakap ia akan menjadi satu dosa kalau korang meniru dalam peperiksaan....so jangan meniru ya...renung renungkan selamat beramal.


marilah kita berdoa kepada yang maha pemurah dan maha penyayang .. kita minta dipermudahkan urusan dunia dan dilimpahkan rezeki seadanya.. jangan lupa buat yang wajib ya kawan-kawan..doa saje tapi yang wajib korang tinggal tak guna gak.


and then its exam week. so you must study ...study ...study bagai nak rak... soalan final semester lepas segala bagai habis dijawab..ada gak jenis yang suka menulis nota kat kertas kecil dengan fontsize 2cm. kenapa mesti kecil?? korang pepaham ya yek? .kedai pustaka saujana..pustaka seri intan, muda osman ..ataupun kedai alat tulis yang lain semestinya mendapat sambutan hebat daripada student-student yang desperate nak cari kertas kajang untuk dijadikan medan menconteng ilmu... menconteng segala bagai perkara yang dirasakan perlu.   dan yang penting ia bukanlah digunakan untuk menulis surat cinta kepada admire (ada lagi ke macam ni sekarang? lol)


ada juga yang rasa nak demam..nak muntah...nak berak?? study menggiler vavi...sapa suruh study last minutes..padan muka....exam week ada yang tak tido seharian semata-mata untuk study...lepas je habis jawab paper...hambik ko! berhibernasi sehari...itupun kalau esok takda paper...kalau ada cammane?? cerciter cerciter... =.=


akhir kata...janganlah korang tukarkan definisi exam week kepada exam weak.... kalau korang taknak lakukan perkara diluar jangkaan seperti gambar diatas...lol.

good luck!!!