Friday 24 June 2011

Kesan minum banyak air masak

Air masak..air kosong ..air mineral adalah satu benda yang sama.. orang akan panggil ia air masak asalkan ia jernih dan tiada rasa.. maknanya tawar hebeh la..

semalam..sebab keadaan cuaca yang panas maka aku pun dengan riangnya telah meminum air masak dengan kapasiti yang banyak... akibatnya aku dengan suka hatinya menjadi pelanggan tetap bilik air.. asik asik buang air.. wuu wuuu.....


oleh itu aku was-was.. dengan itu pakcik google pun menjadi mangsa aduan pertanyaan... fuhh lega.. takda apa pun yang pelik..ehe.. yang labih menariknya minum air masak ini sebenarnya banyak kelebihan,, aku taknak citer panjang..aku nak bagi isi-isi penting je..


  • mengelak badan dari masalah dehidrasi
  • membuang bahan sisa toksik dalam badan
  • mengelak badan daripada mengantuk
  • menyejukkan badan
  • meningkatkan metabolisma badan

tapi pastikan yang korang minum air masak yek..kalau air manis memang tak guna la..sebab air manis ada gula..gula ada kalori..dan kalori banyak ada penyakit ..ahahahaaha...

sumber:http://sehatiberdansabersama.blogspot.com/2009/11/minum-banyak-air.html

Thursday 23 June 2011

Review sequel kl gangster.. apa kl hamster?


mesti ramai yang sudah melihat filem ini kan... iyerlah kl gangster ...gado-gado..tembak-tembak...aksi terbaikk wooo... tak kurang juga kontroversi dia dengan pihak pekida.. ok yang tu aku taknak masuk campur...tamauu--tamau...

tapi aku heran....baru je kuar filem ini dah ada sequel? dan yang lebih mengejutkan ialah semua pelakon adalah wajah baru...xpernah lagi jumpa kat media ini...fuhh shamsul yusuf ni memang berani la.. bwahahaha.. korang percaya tak? ke teruja dah ni... ehe jom tengok trailer kat bawah... gado pakai chopstik pun ada ma...



mood: layan youtube je... nak download kan kena block ngan skmm..=.=


Spontaneous Thusday #2 woot woott











Hey stalker i consider you please go apply Nasa and get your own space~ behave !!







Tuesday 21 June 2011

Mee kari maggi kungfu!! wacca!!


gua dah lama tak memasak... dah dua bulan kot... kenapa? suka hati gua lah!! dah duk kat kampung mak kan ada..ehe.. tenkiu mama l luv u muahh muahh muahhh =.= watever~

hari ini sebab kebosanan dan keinginan untuk memasak...oleh itu gua nak kongsikan masakan istimewa yang gua masak tadi.... dengan ini marilah kita bersama-sama kita melihat resepi dibawah

Mee kari megi kungfu..wacca!!

Bahan-bahan
  • Bawang merah dihiris nipis
  • bawang putih dipenyek penyek
  • lobak merah dikerat 18
  • cili api dicincang halus
  • daging ayam dipotong dadu
  • tomato dipotong sesuka hati
  • daun kari setangkai

Penyediaan:
  • pansakan kuali ..isi minyak sedikit sahaja ya.
  • tumis bawang merah..bawang putih dan cili sampai dia kembang*jangan bagi bawang putih hangit kalau tak tak sedap
  • letakkan ayam yang telah dipotong tadi...kacau dan ratakan
  • letakkan air dalam secawan *200 ml dan campakkan lobak merah dan daun kari . tunggu sampai air mendidih
  • campak megi dan perencah di dalamnya... biarkan ia kembang sambil ratakan ia.. letakkan tomato tadi..
  • tutup kuali..dan hidangkan
  • kalau nak sedap lagi...bolehla isi telur..




ok dah siap!! selamat mencuba!!  selamat menjamu selera!! 

Sunday 19 June 2011

Cyrano Agency


sacrifice yourself  to their happines 

semalam atas faktor taktau nak buat apa dan keinginan tetiba nak layan k-movie, gua pun mendownload movie dan menontonnya dalam hening pagi yang sunyi ini..takda hujan apatah lagi guruh..cuma yang ada bunyi cicak dan cengkerik ditambah ngiauan kucing yang mahu bersenggama.. ok gua dah termelalut ni..mari berbalik kepada topik asal..gua tengok citer korea yang berjudul Cyrano Agency

park shin hye berlakon~ woot woott ^^

cerita ini mengisahkan sekumpulan geng teater yang dianggotai 4 orang ahli .. dalam mengumpulkan duit untuk mengadakan pementasan teater..mereka bertindak dengan bekerja sebagai agensi memikat wanita dengan nama cyrano agency top secret. caranya mudah saja..macam korang ni lelaki...pergi kat agensi ni bagi maklumat yang berkenaan dan mereka akan menolong anda untuk memikat wanita tersebut..segala skrip, plot ,prop segala bagai sudah disediakan agensi ini..yang perlu anda buat ialah bertindak..

dalam banyak job yang agensi ini lakukan..Dijadikan cerita ..mereka diberi kerja untuk memikat seorang wanita ini..tetapi yang menyakitkan hati ialah wanita tersebut merupakan bekas teman wanita salah seorang ahli agensi itu. dilema telah timbul samada peribadi ataupun kerjaya yang harus diutamakan..dan adakah dia akan menjadi seperti cyrano? menolong sahabat sendiri menulis surat cinta untuk diberikan kepada wanita yang dia cintai? ....korang tengok ajelah ^^.



mood: lama tak tengok k-movie