Saturday 6 August 2011

Tips untuk nampak comel



Anda comel? mahu kelihatan comel? aku ada tips!

Comel tak ?? lalala...

salam kepada reader semua ....hari ini aku nak bagi sedikit tips untuk memberi kita nampak kelihatan comel. sapa yang mahu kelihatan comel jangan segan silu..baca je tips kat bawah ini ^^

Maksud Comel
Comel bermaksud cantik menarik tertarik kau memang dabomm dan kecil orangnya manakala kecomelan bermaksud sifatnya yang menjadikan ia comel. Comel tak terletak pada orang sahaja walhal comel juga boleh  dilihat pada binatang ,patung, dan apa sahaja objek. Kita juga biasa memanggil comel dengan nama lain iaitu cute,kiut comey, cumie, omel, dan tomey dan sebagainya mengikut kesesuaian masing masing.


Bagaimana untuk nampak comel
Kita boleh dilihat comel menerus dua perkara iaitu perwatakan dan gaya pemakaian kita
  • Cuba korang gila "giggle"dengan perkara yang korang rasa lucu dan kelakar. 
  • mestilah sentiasa ceria dan aktif, kalau sedih nangis je puas-puas 
  • pakaila apa jenis baju yang korang rasa berkenan 
  • pastikan anda ini peramah tapi jangan melebih-lebih pulak 
  • jangan hikpokrit dan jangan sombong, be yourself 
  • tingkatkan keyakinan diri 

Untuk pemakaian eloklah memakai pakaian yang boleh dikategorikan sebagai ceria dan harmoni. dengan itu mood yang ceria itu kita boleh rasai. Pada bahagian wajah pada pandangan aku selaku penulis.. kecantikan itu merupakan perkara yang subjektif ,oleh itu jagalah bahagian wajah anda...*cuci muka selalu..pakai krim pencerah hape ke,,,haaaa korang pandai kan . Untuk menambah kecomelan lagi aku cadangkan korang pakai la kanta sentuh aka contact lens .. kan sekarang ada lens yang berwarna warni tu..kalau pakai mesti nampak comel macam ini:


sekian tip sempoi dari saya..assalamualaikum


Mood: lepas ini buat tips untuk nampak COOL dan POYO ..erk!

Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#3 Tiba tiba sangat prihatin dengan masa
Memang betul, pasa bulan puasa ini..kita akan menjadi sangat prihatin dan mementingkan masa. Bermula dengan waktu bersahur, waktu imsak..hinggalah kepada waktu berbuka...Pernah kita lihat budak kecil yang berpuasa semestinya ada yang sangat suka mengira waktu berbuka "lagi 3 jam nak berbuka..aduii... takpun kita akan mendengar percakapan ini "mak azan magrib pukul berapa?" padahal sebelum bulan ramadhan ini tak pernah pun tanya.. errr



entri sebelum ini #1
entri sebelum ini #2

Mood: Bila nak raya ni...


Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#2 Ramai yang suka mandi 
pada bulan puasa ini..korang pasti ataupun ramai yang sangat mementingkan kebersihan..itulah yang  aku katakan keistimewaannya. asyik asyik nak mandi..pastu asyik-asyik nak basahkan badan, basahkan muka...panas sangat ke masa bulan puasa ni? entahlah....jangan mandi lama sangat ya...nanti makruh puasa korang tu...^^


Entri sebelum ini [klik]


Mood: Bayar bil air

Friday 5 August 2011

Aku Bukan Tomboy Review

Baru sahaja kita dihidangkan dengan filem aksi arahan  pengarah muda yang hot meletop , syamsul yusof ini. Selepas ini dikhabarkan pengarah yang diberi jolokan 12 million man ini telah mengarah sebuah filem baru. akan tetapi yang menariknya ialah filem yang diarah kali ini bukanlah filem aksi seperti kebiasaannya. Filem yang diarah kali ini merupakan filem bergendre komedi romantik yang diberi judul Aku Bukan Tomboy. Sedikit sebanyak mengenai filem ini akan aku ceritakan dalam review kali ini ^^





Barisan Pelakon Filem Aku Bukan Tomboy
  • Syamsul Yusof
  • Scha Al Yahya
  • Zarina AF
  • Harun Salim Bachik
  • Shaheizi Sam
  • Eira Shazira
  • Sheera Iskandar
  • Salina Saibi


peh.. scha al yahya pakai arai ngan gto...errr

Sipnopsis Filem Aku bukan Tomboy

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.



Trailer Filem Aku Bukan Tomboy



*Tarikh tayangan adalah pada 17 november 2011


Mood: Buat filem dokumentari lepas ni.. huhu


Tutorial nak download flash game format swf dari web menggunakan mozilla firefox


Pernah main game flash game kat internet tak?
bagi yang suka main flash anda boleh mendownloadnya saja
kan senang lepas tu tak payah da nak loading lama-lama, kena gaya flash game tu saiz dia besar, xkan kalau nak main kena bukak internet je kan?

caranya mudah saja, apa yang perlu anda ada cuma ialah mozilla firefox
contoh web flash game adalah seperti ini [klik]

1st: bukak laman web flash game tu,
klik mouse, kanan dan cari view page info


pastu pergi ke bahagian media dan cari file berformat swf , klik kat situ dan save



nak pakai internet download manager pon boleh gak, cuma perlu copy link file tu dan campak kat idm



dah siap download, pergi kat file tu dan bukak la dengan browser papepun.


dan korang boleh main bila-bila masa tanpa perlu akses internet lagi,

*ada laman web yang boleh korang download dan ada yang tidak.. untung nasib korang aje lah ya...uhuhuhu

sekian, tutorial ringkas dari saya.


Mood: Repost entri lama

Thursday 4 August 2011

Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#1 Senang korang nak solat subuh 
Bukan nak kondem ape .. akan tetapi dalam bulan ramadhan ini korang memang mudah dan senang untuk menunaikan solat subuh. ialah ...korang mesti bangun sahur kan? lepas je sahur tu korang tak payah la tidur balik, sementara menunggu waktu subuh tu eloklah juga korang pergi buat kerja lain ke..mengaji ke... kalau tido selepas sahur...korang bangun balik ke?? erk


*entri ini akan diupdate setiap hari..maaf banyak-banyak ya..aku manusia juga.. sibuk.. :]


Mood: Yang sunat dikejar-kejar...yang wajib buat derk je...huhh

Cerita mengenai filem malaysia 2010



setelah melarikan diri daripada geng v3 samseng jalanan

nasib baik sempat lari kalau tidak jadilah aku adnan sempit

aku meredah estet sawit di niyang rapik

sini bukannya zoo , sini belukar

orang kata dekat sini ada hantu

janganlah terserempak dengan hantu mak limah

baru aku tahu, semua itu khurafat

aku tak akan melakukan mantra

aku tiada damping malam

aku tak kisah , sebab aku bukanlah seorang yang kecoh betul

aku juga tidak mempunyai kuasa apatah lagi magika

sebab aku bukan bodoh

aku tak bodoh sampai membuang janin di merata tempat

walaupun aku ini bukannya 2alam

apa aku merepek ni.. dah la, nak cuti-cuti cinta

so, lu pikir la sendiri .




Mood: Yang lepas jadikan pengalaman



Wednesday 3 August 2011

Cara nak pulihkan dokumen yang telah rosak



Assalamualaikum....Hai semua....!! dah tiga hari kan kita semua menjalankan ibadat puasa.. fuyyo... maknanya dah tiga hari la korang semua sahur .. terawih ..dan pergi ke bazar...ahaaa takpa teruskan puasa selagi badan ini mampu menjalankannya

aha.. hari ini sebenarnya aku nak kongsikan sedikit ilmu masa zaman aku belajar dulu..zaman korang semua dipenuhi oleh assignment, report, kuiz ..dan test..zaman masa tu korang akan berusaha untuk menyiapkan assignment seorang diri ataupun cuma mengambil jalan mudah yakni menyalin assignment member korang.. ahahaha

ahaaa... ceritanya begini.. pernah tak korang yang dah siap taip tugasan tu..pastu nak pergi print la kat cyber cafe..tup tup.... dokumen yang korang save tu xde.. ataupun die dah kena sumpah jadi format .exe .. bwahaaaha betapa hancur luruh hati disaat itu lagi-lagi kalau nak hantar last minute...

emm..sebenarnya file korang tu tak hilang *kecuali kena padan ngan orang lain ...cuma ia telah diserang oleh virus abcdef*** kebiasaannya ia menyerang dokumen office je ..oleh itu jangan panic.. korang boleh gunakan benda ni untuk merawatnya.


mula mula.. korang download dulu benda ni..simpan dan pastu extract ya 


lepas tu copy menda tu dan paste kan ia ke tempat file anda hilang/rosak itu



dah siap copy apa lagi... tekan je lah...tunggu sampai dia keluar perkataan "press any key to continue"


lepas tu korang check la balik dokumen korang yang rosak itu...kalau dah jumpa syabas diucapkan!!! hahaha. sebenarnya software itu berfungsi untuk meresetkan balik file yang ditutup atupun disembunyikan..oleh itu kalau ada apa-apa yang berlaku seperti folder hilang ke ape.. boleh la guna software ini. sekian


mood: laptop window rosak terus pergi format .. errr


Tips: Pusat servis perodua dan proton

Aku nak tanya korang ....

dah periksa minyak hitam anda?

dah periksa engin kereta anda?

senang cerita..... dah ke servis kereta korang tu...




Kepada sesiapa yang bercadang mahu servis kenderaan dia..bolehlah semak 

  • Untuk perodua sila klik kat sini  untuk senarai tempat servis perodua mengikut negeri dan sini untuk peta kawasan
  • Untuk proston sila klik sini untuk senarai tempat servis proton mengikut negeri dan klik sini untuk peta kawasan



Mood: Tukar tiub basikal 


wordless wednesday # Makanan



mood: berpada-padalah..

Sedap juga kuih koci ni ya

Bulan puasa ini asik asik terfikir makan je.. tak ado keroje lain ke hah adik-adik sekalian? *bajet dah tua padahal main game online gak .. cuba la korang tolong mak korang masak juadah untuk berbuka nanti... tak ke dapat paha'ala tu...

Aha aku baru je berjaya meresap ilmu cara untuk membuat kuih koci...ahahha lepas nih boleh wat sendirik....*bangga ... tapi teori je lah ..pandang-pandang je mak buat macam mana...boleh je kan? errr..

Jadi cara untuk buat lkuih koci agak ringkas...tengok je pun dah reti..mula-mula korang kena buat inti kelapa dulu... bahan adunan ialah kelapa parut, daun pandan dan gula perang ...panaskan kuali dan gaul ia hingga rata ..ermm inti kelapa ini kalau nak tambah durian pun boleh...ahahaha..dah siap sejukkan dan simpan ia dalam peti sejuk



untuk lebih mudah inti kelapa ini silalah gentel ia bulat bulat bagi memudahkan kerja membuat koci nanti.. dah siap buat inti kita beralih pula kepada penyiapan adunan doh ia.. bahannya ialah tepung pulut,air pandan serta garam.. gaul hingga rata dan elok macam adunan roti tu...kalau nak sedap lagi campur la sekali labu ataupun ubi keledek...pehh

lepas tu apa yang korang perlu sediakan adalah daun pisang yang dipotong berbentuk segi empat ...dah potong susun ia elok-elok ya...hahh ok pastu tepung tadi itu pun sila buat ia bulat-bulat dan celup ia dalam minyak masak pula.. minyak masak yang bersih tau jangan yang bekas korang goreng ikan kering pulak! er...

hurmmdah siap semua....tepung yang berjaya korang bulatkan tadi sila penyek ia pula leper sebab lepas tu kita nak ambik inti kelapa tadi dan gabungkan ia..ahaha pastu bungkus ia dalam daun pisang itu tadi

dah siap semua...masukkan dalam bekas kukus dan sedia untuk dimasak....dan lepas tu makan lahhhh...err..




sekali lagi full movie watch online


senang...tak payah download...tengok online streaming je ..hahaaha

Monday 1 August 2011

Teringat kali pertama aku membayar zakat fitrah

Aha baru lepas terawih sampai rumah terus je update enntri.. wahh bersemangat betul aku ni ya? ahahaa...ermm kita baru sahaja memasuki bulan ramadhan al mubarak, bulan penuh keberkatan ..maka amalan dan tingkah laku  perlu dijaga niat sahur jangan lupa ya.. kalau tak...err.. :p



aha aku teringatlah pula satu benda yang patut korang lakukan pada bulan ramadhan ini iaitu membayar zakat fitrah. bagi yang wanita itu talpelah...ade orang bayarkan akan tetapi  silalah ingatkan suami korang ataupun ayah korang untuk membayar zakat fitrah ini ya

Kadar zakat fitrah 2011


meningkat lagi rupanya...err


aku teringat masa aku mula-mula bayar zakat.. waktu tu umur aku 18 tahun.. ahahaha ..masa tu ayah aku paksa untuk membayar sendiri..wahh benda kita tak pernah buat ni memang la macam susah je.. padahal senang je...pergi bayar dan beres.. 

masa tu aku pergi la rumah pakcik yang dilantik  untuk memungut pungutan zakat..lepas tu dia keluar bawak beg..keluarkan resit.. dia tanya nama aku...nak tulis dalam resit...aha lepas bagi duit itu aku ingat dah siap dah tup tup je dia hulur tangan,, lahh kena lafaz juga ya...."sahaja aku.........membayar zakat......"  aha first time bayar sendiri memang noob betul la aku ni..=.=

so warga lelaki semua.. bilanya nak bayar zakat nih.... senang je cara pembayaran zakat fitrah sekarang... berlambak kaunter-kaunter yang disediakan pusat pungutan zakat..kat masjid pun boleh .. sekian 




Mood: Tak bayar lagi ansuran motosikal...erk

Perkara yang membatalkan puasa dibulan ramadhan ini part 2

Erm semalam aku dah mengenai ceritakan perkara yang membatalkan puasa beserta gambar tetapi entri itu masih tidak lengkap lagi ...maka hari ini aku akan sambung entri semalam itu.

sambungan entri perkara yang membatalkan puasa di bulan ramadhan part 1

Hilang akal disebabkan gila atau sengaja mabuk


contohnya korang ada penyakit sawan ataupun mereng sikit... jadi kalau masa korang tengah puasa tu dengan tiba-tiba je penyakit korang datang..hah batal la jawabnya 




Kedatangan Haid bagi perempuan

Sememangnya ini merupakan jawapan ataupun alasan yang selalu digunakan oleh gegurl untuk tidak berpuasa... kalau tanya asal x puasa ? diorang akan jawab "owg piyed lahh" ahaha untung la kau pempuan sebab kalau laki yang cakap macam tu sememangnya akan kena penyepak...errr



Mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari tetapi jika bermimpi tidak terbatal puasanya


Aha kaum lelaki sekalian.. agaklah nak beronani itu .. buok bebenor perangainya ... eisshhh.. malas lah nak cerita .. psssstttt~ behave your self!



Murtad
Murtad maknanya seseorang itu telah keluar daripada islam seterusnya menganut agama lain.. oleh itu jikalau seorang itu murtad maka secara otomatiknya dia terbatal puasanya .. tapi ingatlah.. buruk bebenor kalau orang itu murtad




sekian... selamat berpuasa .. ^^

Perlukah bermain Mercun


Aku bangun sahur pagi tadi ... lepas celik mata...cuci muka siap semua pastu makan je la... tak banyak pun ..cukuplah sekadar mengalas perut.. tak lupa juga makan buah kurma  dua ulas ...alhamdulillah kenyang...

lepas tu aku lepas makan sementara menunggu waktu imsak habis ...dan juga lah mengasap sepam dua sambil mengonlinekan diri ni.. err...ramai jugak yang online pagi-pagi buta ni? huhh pelik 

tiba tiba aku terdengar bunyi letupan dentuman yang amat kuat.. Kebabooom!!!! ....lepas tu ada lagi bunyi itu..kebaaaabooommm!!!!!! ..peh puasa baru hari pertama korang dah main mercun ke? agak-agak la nak kejut orang bangun sahur...jangan la sampai tahap macam ni.. huhh..

Tapi ingatkah korang ...:
  • sebab mercun ada orang putus jarinya
  • sebab mercun ada orang buta matanya
  • sebab mercun ada orang kehilangan anaknya
  • sebab mercun ada orang sakit hati tacing kat hang
pasal kecederaan tu...jujur aku cakap aku main gak mercun ..tapi aku tegaskan elakkan la mengajar budak-budak kecik yang masin innesen ni bermain mercun sebab diorang ni kurang matang lagi... asyik nak bermain je..bayangkan dengan mercun pun diorang nak main main?.. dan lagi satu banyak kes kemalangan disebabkan mercun melibatkan kanak-kanak ya... so renungkan..

Mood: Selamat berpuasa!! ^^


Sunday 31 July 2011

Perkara yang membatalkan puasa dibulan ramadhan ini part 1



Bulan puasa bulan keberkatan
siapa yang tak puasa cari masalah 
bagi yang berpuasa janganlah batal puasanya
kalau tidak alahai kesian

Niat puasa dah ..sahur pun dah.. akan tetapi saudara perlu pastikan janganlah lakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti berikut:


Makan dan minum secara sengaja:


maknanya korang dengan sukahati dan berbangga makan dan minum pada siang hari. Melainkan korang ini kononnya la balik dari kerja/sekolah dan dengan tidak sengaja menelan air ..itu takpa sebab tak sengaja..yang batal puasanya sebab korang suka-suka je makan dan minum di siang hari.




Bersetubuh dengan sengaja di siang hari


Mak aih, korang takda masa lain ke nak bersenggama ni ha? kalau yang sudah bernikah itu ...ermm berpada-padalah ya..malam nanti boleh ..erk...kalau yang tak nikah lagi tu korang jangan buat pasal! haram tu...zina zina!!




Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari kedalam mulut/tekak


yang ni aku pun tak paham..apasal korang nak muntahkan diri dengan sengaja..? adoii rasa loya ke tekak tu..





Bersalin


erm..yang ni korang paham-paham la ya..kalau dah nak bersalin ataupun dalam  bahasa  yang cik kiah  selalu gunakan terberanak tu .. nak wat macam mana..panggil ambulan je lahh..aduii semputt




Memasukkan sesuatu kedalam kawasan berongga seperti hidung , telinga , dan sebagainya


Aha yang ini semestinya korang kena elakkan..elakkan mengorek hidung, mengorek telinga malah mengorek pusat anda...lagi satu...jangan pakai earphone cocok telinga  sebab itu tergolong juga dalam kategori ini .. 



**** entri bersambung pada masa akan datang ..sori aku tak sempat siapkan :[




Sahur nanti nak makan apa yek..nanti lapar



Yeahhh esok puasa !!! esok puasa!! esok puasa!! 
malam ni boleh solat tarawikh!! solat tarawih!! solat tarawihh!!
lepas tu nanti...nak sahur makan apa ya?? 
err.... 



Oleh itu aku ada cadangan makanan yang sesuai untuk bersahur...

  • Makan makanan yang berfiber tinggi aka berserat tinggi. dengan itu badan akan rasa kenyang 
  • Makan buah buahan dan sayur sayuran.. kurma lagi elok!
  • elakkan makanan yang masin aka bergaram tinggi nanti korang rasa lapar
  • minum air susu dan air masak 
  • elakkan minum air kopi lebih lagi air kopi ginseng tongkat ali  sebab kopi ini panas dan menyebabkan korang cepat rasa dahaga
  • makan makanan yang panas iaitu makanan yang baru dimasak ataupun dipanaskan kembali.. elakkan makan nasi sejuk!! nanti masuk angin @ sakit badan
  • elakkan makanan yang pedas!! nanti sakit perut sapa yang susah? 

Mood: Jangan Lupa bangun sahur ^^


Comel juga ya domokun ni

erm..aku ada soalan.... 

  • sapa kenal domokun cepat angkat keyboard anda!!! 
  • sapa rasa domokun itu comel sila angkat mouse anda!!
  • sapa rasa comel bila tangkap gambar dengan domokun sambil makan cake sila jerit "ya"!!
  • sapa rasa kacak atau comel bila pakai t-shirt domokun sila lompat sekarang!! 
  • sapa yang ada bag domokun sila berlari lapan pusingan sekarang !!
aha...kalau korang buat apa yang aku taip tadi komfem berpeluh-peluh dah sekarang ..bwahahahahaha..apapun dalam entri ini aku sertakan gambar domokun .. 








Mood: Bersenam 

Cara mudah nak ping blog post anda

Bagi yang biasa ping entri blog anda selepas menyiapkan entri baru semestinya korang akan gunakan laman web seperti ini kan..:






Aku akui memang bagus ping post entri yang baru ini bagi meningkatkan SEO blog korang...kebanyakannya ada  blog ping yang free , ada yang kena taip chaptcha pebenda tah dan ada gak yang kena daftar...xpe janji Seo tu penting ahahahahaha..


Tapi korang sedar tak ada cara yang mudah untuk ping blog korang?  caranya ialah dengan install plugin extension ini 


plugin pingler  untuk google chrome dan firefox
plugin pingthis! untuk google chrome


dah install aku yakin memang senang korang nak ping post lepas nih..tak payah da nak copy segala bagai..cuma klik je extension tu... cuba je lah ya..^^

mood: main ping pong