Friday 22 April 2011

Jalan segamat-kuantan...bahaya ke?

bagi yang dah tau jalan ni kat mana ok fine korang boleh tolong jelaskan lagi di ruangan komen..pada sesiapa yang tak tahu meh aku nak story sikit jalan ni.


imagine kalau korang dari  kuantan-gambang akan ada simpang empat yang besar...di sebelah kiri sebelum korang nak menyambung perjalanan korang bolehlah isi minyak petrol di stesen minyak caltex. Daripada simpang empat itu :

  • belok ke kanan untuk memasuki lebuhraya pantai timur dan dalam satu kilometer korang akan jumpa ump
  • jalan terus kalau korang nak ke gambang waterpark, matrikulasi gambang,kolej komuniti pahang.. srijaya dan maran
  • belok ke kiri untuk pergi ke muadzam, chini, keratong dll.
Untuk belok ke kiri lah yang orang biasa panggil jalan segamat - kuantan.  jalan ini juga kalau korang pandai selok belok dia korang boleh tembus negeri sembilan-kuala pilah- kuala lumpur? orang panggil apa ya...ikut bahau? mungkin kot

*********

tadi seperti biasa la ..untuk menambah ilmu isu semasa aku memaksa diri ini untuk menonton berita utama di stesen kegemaran orang ramai. tv3. alhamdulillah cerita lucah  bla bla bla politik tidak disiarkan (pilihanraya dah habis tutup cerita la der).

dalam banyak-banyak berita yang disiarkan, aku tertarik dengan berita ini:

"kemalangan ngeri di jalan segambut-kuantan"

kemalangan ini melibatkan kenderaan perodua myvi dan sebuah lori tangki di kilometer xxx jalan segamat-kuantan. kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi semalam dikatakan disebabkan kenderaan lori tangki minyak tersebut yang memandu dengan memakan jalan sebelah merempuh kenderaan myvi tersebut dan mengheretnya sepanjang 300 meter. mangsa dikatakan mati ditempat kejadian

lebih kurang begitulah berita yang aku tonton di berita utama tadi. korang mesti rasa kan..." apahal ko nak bagitau aku? macam tak biasa je tengok berita macamni kat tv"

ok der aku nak bgtau ni...aku dulu pernah gak lalu jalan ni.. nak diceritakan aku dengan member aku tengah kejar masa nak pergi kl. Pasal apa kitorang pegi kl korang boleh baca entri ini. Dari keratong-kuala lumpur kira-kira jam 9 malam kitaorang gerak. korang bayangkan jalan segamat -kuantan ni macam ni masa aku lalu:

  • jalan kecil
  • takda lampu langsung
  • lori berlambak-lambak lalu
  • orang kata kuat samun kat sini

masa dalam perjalanan aku hairan tengok kereta di depan...aku tanya kat kawan aku " eh pahal keter depan tu kalau ada lori selisih je..dia bagi signal ke kanan?".. dan member aku dengan relex je jawab..."ko paham-paham la wei..jalan kecik...lori ni suka makan jalan..dah la gelap..kalau ko tak bagi signal silap-silap kena langgar la kita.." masa tu aku tengok member aku buat gak macam tu...ada apa jenis kenderaan selisih pun mesti dia bagi signal ke kanan.. alhamdulillah selamat aku ngan member aku sampai ke kl.

berbalik kepada kemalangan tadi ...lori tangki minyak tu dikatakan merempuh kereta myvi tu...korang rasa adakah disebabkan pemandu kereta myvi tu tidak mengamalkan petua signal kanan masa menggunakan jalan ini? renung-renungkan...selamat memandu






Wednesday 20 April 2011

Duckface ... comel ke?

Anda tahu apa itu duck ? ala der ..kan dolu-dolu masa sekolah tadika ada cikgu ajar macam ni, a for apple, b for ball , c for cat, d for duck ....... remember? huhh... tengok aje lah gambar kat bawah ni


dah tahu kan? itik ..oleh itu  kalau face dalam bahasa melayu ialah muka, maka: 

duck=itik 
face=muka
duckface=muka itik

dan korang rasa comel ke gambar itik diatas?... ok simpan jawapan itu...kita tengok gambar dibawah


*tengok dibahagian muka saja yg lain abaikan

ops! ini gambar kontroversi miley cyrus. ada orang panggil ini camwhore tapi aku search google duckface ia keluar gambar ini. so ini lah duckface kan?


oleh itu dapat dirumuskan :

duckface=muka itik
=
manusia  dengan gaya wajah muncung bibir macam nak cium orang dan kening tinggi 


tak jelas lagi ? tengok gambar dibawah



aku tengok muka dia macam itik terus la....tanya korang lagi...

comel ke?
comel ke?
comel ke?

ada orang kata : 
kalau pempuan comel la kowtttt...itupun kena gaya dengan bentuk muka 
kalau lelaki buat gaya macam ni.. ok no komen



Tuesday 19 April 2011

Exam week ke exam weak?

perhatian!!!
sebarang gambar dalam entri ini adalah kepunyaan aku dan mahagaru wokse . adalah dilarang sekali sebarang bentuk plagiat copy mengopy dalam entri ini sekian terima kasih.


pertama kali aku ingin ucapkan selamat menjalani ibadah menjawab kertas dalam peperiksaan.. jap jap kenapa ibadah der? eh bukan ke belajar itu merupakan fardu kifayah dan ia satu ibadah??. dan diharapkan korang janganlah menjadikan ia satu dosa...tadi cakap ibadah...apasal boleh dapat dosa plak? ok guys aku cakap ia akan menjadi satu dosa kalau korang meniru dalam peperiksaan....so jangan meniru ya...renung renungkan selamat beramal.


marilah kita berdoa kepada yang maha pemurah dan maha penyayang .. kita minta dipermudahkan urusan dunia dan dilimpahkan rezeki seadanya.. jangan lupa buat yang wajib ya kawan-kawan..doa saje tapi yang wajib korang tinggal tak guna gak.


and then its exam week. so you must study ...study ...study bagai nak rak... soalan final semester lepas segala bagai habis dijawab..ada gak jenis yang suka menulis nota kat kertas kecil dengan fontsize 2cm. kenapa mesti kecil?? korang pepaham ya yek? .kedai pustaka saujana..pustaka seri intan, muda osman ..ataupun kedai alat tulis yang lain semestinya mendapat sambutan hebat daripada student-student yang desperate nak cari kertas kajang untuk dijadikan medan menconteng ilmu... menconteng segala bagai perkara yang dirasakan perlu.   dan yang penting ia bukanlah digunakan untuk menulis surat cinta kepada admire (ada lagi ke macam ni sekarang? lol)


ada juga yang rasa nak demam..nak muntah...nak berak?? study menggiler vavi...sapa suruh study last minutes..padan muka....exam week ada yang tak tido seharian semata-mata untuk study...lepas je habis jawab paper...hambik ko! berhibernasi sehari...itupun kalau esok takda paper...kalau ada cammane?? cerciter cerciter... =.=


akhir kata...janganlah korang tukarkan definisi exam week kepada exam weak.... kalau korang taknak lakukan perkara diluar jangkaan seperti gambar diatas...lol.

good luck!!! 



Monday 18 April 2011

sorry lah..aku tak kenal pun kau Fatin liyana



aku tunjuk gambar kat bawah ni kat kawan aku. n then aku tanya "mg kenal dop piyer ni?" and then kawan aku jawab..."sapo dio mg nak tujuk kat aku ni...dop kenal aku...tapi muka macam rajin nampak....kat mana ek??" ..aku jawab la..." hah memang mg x kenal ye pun...ye  ni blogger ..kira cam femes gak la.." n then member aku balas " dah watpe mg wi tau aku.... ada aku kessah?...macam xde lagi awek kat tempat kite blajo..huhh"

ok fine member aku bukan blogger....internet yang dia cuma tahu facebook dan youtube..lol

****************

kenal dengan wajah ini? yes aku baru kenal ( =.= kat aku ) 

Sorry la .. dulu memang  aku tak kenal pun gadis yang bernama fatin liyana...maklum lah..i'm newbie x5 (sila cakap lima kali laju laju)...aku hairan sebenarnya sebab kalau kat facebook asik-asik ada ja orang petik nama dia...lagi-lagi kat sahabat blogger.ape best ke dia ni? sebest macam cikgu shida? .aku ni kan manusia..penuh dengan sifat ingin tahu...tak buang masa apa lagi ..mestilah bertanya dengan pakcik google tu...apa? kenapa tak tanya kat pakcik yahoo? ok fine i hate encik yahoo coz i thing its so old to me...better he retired and do something better for himself..huhh

and then saya taip kat google "fatin liyana" ...dan keyword yang tercapai ialah....


fatin liyana gedik

apa? gedik? ....aku rasa macam nak dengar lagi avril lavigne-wadahel je.. seriously...are you so gedik cik fatin liyana? i thing ramai jari stalker yang kurang etika je yang taip perkataan gedik ni...huhh suka ya gedik gedik wahai stakler?(padahal aku stalker gak)

fatin liyana formspring

oh i sea (laut??) sekali lagi aku berfikir .."she has a formspring rite?" atau pun ramai sangat orang yang nak add akaun formspring dia?...ahh lantak lah...formspring aku pun dah lama bersawang ..huhh 

fatin liyana facebook

sapa tak kenal facebook? aku rasa kalau femes tak sah kalau takda fanpage... sedangkan amir raja lawak yang tak femes mana pun ada fanpage inikan pula cik fatin liyana ni....kan-kan kan?

fatin liyana shawl

oh i sea...shawl ...-shawlx3(sila sebut macam yusuf haslam) sejenis kain yang diletak di kepala perempuan (mestilah perempuan kalau lelaki orang kata bapuk plak) .agak agaknya dia ni suka bergaya pakai shawl dan ada banyak tip pasal shawl? ....hurm maybe.

and then aku bukak la blog dia...ada sedikit info yang didapati.

  • umur sebaya dengan aku
  • student medical
  • blaja kat bandung indonesia
  • blog lebih kepada personal, tip dan pendapat.
  • comel (patutla femes)
  • pandai bergaya 
  • pakai braces (what's that?)

and then terdapat kekeliruan/pertanyaan yang timbul..

  • awak ni asal kat mana? tulis duduk kat bandung..orang malaysia kan? study je kan kat indonesia?
  • awk ni part time model kan? kan? kan?
  • ada mix ke? mix chinese? cambodia? myammar?.....hah korea?? 
  • lama dah kan start berblogging? 2010? 2009? 2008? ....hah 1989?



ops ! terstalker pula dia nih... cukup!! 

mood: aku perlu stalker menda lain...buku notaku wajib distalker. exam oii...demm demm

saja nak tunjuk gambar awek aku

semalam aku rasa sangat happy....
aku keluae dengan awek sorang ni...pehh cun gak...korang rasa cun ke??  hahh  tengok sendiri la..


aku ajak dia lepak-lepak.....kat mana korang tak payah tahu...aku benci stalker u know! huhh...


ops ...terkantoi lepak kat dunkin donut...ahh berlambak dunkin donut kat sini...hahaha korang taktau lagi...


 gila gila la wehh awek ni...hampir hampir aku menggila gak....

 takper...nasib baik dia ni cun....eh eh...cun ke???

**********

pang!!! woii bangun la!!!!


hahaha lol !! baru aku sedar...aku ni mimpi je rupanya.....so lol aku nak kuar ngan awek freehair....no no no...(nada lagu grenade-bruno mars)

aku baru ingat..awek ni rupanya ialah....

awek dalam drama playfull kiss rupanya....hah...

mood: stresss...entri ini hanya rekaan sahaja...dan ditaip dalam masa 10 minit...titt titt titttt......



Sunday 17 April 2011

Dan keputusannya ialah....

Dan keputusannya......jap jap jap....ini bukan lagu putus oleh melda ahmad gadis semasa ya? ....

Hari ini aku rasa macam-macam keputusan yang bermain di media...semalam korang sibuk dengan keputusan penyingkiran maharaja lawak...minggu ketiga....hari ini korangnak sibuk dengan apa plak?...ha?

keputusan pilihanraya sarawak
keputusan fa cup manchester united vs manchester city
keputusan perak vs selangor
keputusan la liga barcelona vs real madrid
keputusan pendapat penonton akademi fantasia 9

dan akhir sekali....

keputusan tawaran lakonan kepada saya dalam lakonan filem terbaru mamat khalid- hikayat usop wilca dan serigala jadian 

ok fine aku tipu yang last sekali tu...nak tau keputusannya?...google kan ada...hahahah...

tapi aku rasa ramai sangat yang tunggu keputusan ini...hari hari tunggu....kau apesal ha?



**********



ya betul!.. keputusan 4d magnum toto bla bla bala waddehel you!..huhh

mood: busy study...entri pun entri mee segera...sob sob