Saturday 20 August 2011

Ada couple mengaku single adalah sangat sadis


Ehehe.. hai korangg! 

alahai dah lama aku tak update entri dalam blog ini ya.. agak bersawang sudah...hohoho... i'm sory sory sory sory....sebab aku pun manusia.. ada masalah sendiri... jiwa masih kacau mana boleh menaip entri kot~ =.= haha abaikan .

Oleh itu hari ini aku nak bukak cerita pasal satu isu ini.."ada couple kata single" ...uhuk ..ini cerita basi yang aku dengar dari zaman sekolah sampailah dah tua bangka pangkat nak jadi bapak dah ni =.=.. so kenapa mesti mengaku single sedangkan u alz dah ada couple... dah ada pakwe, makwe, dah ada isteri, dah ada suami... why why why??? 


Disini biarlah aku berikan pendapat aku kenapa perkara ini berlaku.. kenapa mesti mengaku single sedangkan korang dah ada couple:
  • Korang ini tidak yakin dengan perhubungan tersebut
  • Korang ini jenis playboy/playgirl yang suka mainkan hati manusia
  • korang ni tak suka pun kat dia... dia tu cuma stok geli-geli jerrr..=.=
  • korang ini malu kot,, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ...ala macam artis tu..=.= sikit-sikit tak ngaku ..fuuu
  • korang ni ada masalah dalaman... hahahah sakettt jiwa #kejam ..

Oleh itu u alz yang berkapel itu .. sayangilah pasangan korang... lu tak ngaku dah ada couple pasal... kalau dah tak suka itu baik berterus-teranglah... nanti makan hati kowt bila kantoi.. ehehe sekian -OrenzSusu


Mood: Still single now~ #foreveralone 


Wednesday 17 August 2011

Monday 15 August 2011

Soalan Paling Mengarut/menganjing Korang dapat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pernah atau tidak pembaca sekalian diajukan soalan yang mengarut mahupun bagi anda tidak logik langsung untuk ditanya. Adakalanya apabila kita diajukan soalan itu wujud rasa kurang senang "takda soalan lain ke nak tanya !@#$% ". Mungkin soalan demikian diajukan semata-mata untuk bergurau ataupun memerli anda..ataupun dia memang bodoh stupid .Oleh itu aku ada senaraikan beberapa soalan yang memang mengarut untuk anda baca. cekedaut:

  • Awak ni amoi ek ? -Mungkin muka korang ni ada macam cina sikit :p
  • Ini rambut palsu ke rambut betul ?- Masa tu rambut korang baru lepas siap rebonding
  • Hari ni berapa kali dah melancap onani? - Hah soalan gurauan kejam
  • Hello... tengah tido ke.. - Hah kalau tido agaknya dia baca/jawab ke
  • Ermm,,, muka awak hensem/comel tak?- eww ini menganjing ke?
  • Bulan puasa: Erm.. tadi lunch makan ape ? - ahahah perli!
  • Erm.. dah berak ke..? - gurau xley blahhh
  • Tadi makan berapa pinggan ?- ini menganjing gak!
  • Erm..awak punya ni Ori ke.. - WTF ???
  • Kat kedai Kain : Kak.. topup maxis 10 ade tak? - errr silap kedai ke?



Mood: Jangan jadi bodoh dan kurang ajar


Lawak: Kemaruk Mahu Makan Kambing



Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : “Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang”
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
“Salim berada di dalam air melatih kambing berenang”



Sunday 14 August 2011

Info: Senarai Barang Kawalan Sempena Hari raya 2011

Tadi lepas berbuka puasa 2011 sementara menunggu isyak aku lepak-lepak la dulu sambil menonton tv3. Bagus juga la kan sedikit sebanyak dapat juga info yang berkaitan dalam negara ini kecuali hal politik =.=.Dan aku tertarik dengan berita mengenai senarai harga kawalan sempena hari raya 2011 ini, wahh ini memang isu yang setiap tahun akan timbul dan tidak basi dalam negara ini.Kita boleh lihat barang kawalan yang popular ialah seperti ayam, daging, dan gula. akan tetapi pada musim perayaan ini dikatakan terdapat penambahan lagi dalam senarai barang kawalan. Oleh itu tidak salah aku kongsikan sedikit harga kawalan ini. jom usha:

  • Ayam
  • Daging
  • Telur
  • Semua jenis bawang
  • Tepung gandum
  • Minyak Masak
  • Gula Putih bertapis
  • Garam
  • Petrol
  • Diesel
  • Gas Petroleum Cecair (LPG)
  • Beras dan padi (sabah sahaja)

*untuk info lanjut sila semak disini--->[klik] dan sini --->[klik]
*Bagi musim perayaan ini harga kawalan akan berjalan dari tarikh 22 ogos 2011 sehingga 5 september 2011

Oleh itu bijaklah anda membeli keperluan dalam menyambut hari raya ini. ingat..gunakan kuasa anda sebagai pengguna .. Bijak memilih, kalau harga tinggi je...buat aduan.. sekian -OrenzSusu


Mood: Makin meningkat ke harga gula? sadis,,,



Tasha Shila Artis Hot ke

Hangat ke artis sensasi Tasha Shila ini, siapa dia, apa biodata dia, Tasha shila ini ada twitter ke... tasha shila ni ada facebook ke.. yang penting Tasha Shila ni Hot ke.. ahahaha apa-apa jelahh ..tengok gambar awek ayu ini di bawah


Biodata Tasha Shila:

NAMA: Natasha Sheila Abd Razak
NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla
ASAL: Ampang, Selangor
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987
UMUR: 24 tahun
KERJAYA: Model dan pelakon
FILEM: Ratu The Movie dan Klik 3GP
DRAMA: Dottie, Gemilang, Panggilan Arwah, Mila Kejar Cinta dan Sahara




Facebook Fanpage Tasha Shila --->[klik sini]<---



Twitter rasmi Tasha Shila --->[klik sini]<---






Mood : Hot Hot Heat


Pakwe manakah pilihan anda


Dalam hidup ini semestinya anda diberi pilihan, tak kiralah pilihan anda itu bagaimana, apa yang penting anda haruslah bijak memilih dan membuat keputusan. Oleh itu dalam entri ini, khas kepada wanita sahaja.. jikalau diberi pilihan yang manakah jejaka pilihan anda? 

  1. Pemain bolasepak
  2. pemain badminton
  3. pemain volleyball
  4. pemain ragbi
  5. pemain bola takraw
*sila pilih dengan jujur ya~ ^^  dan lihat jawapan dibawah



Jawapan
  • Jangan cari bf yg men bola, sebab dia akan sepak-sepak  kita.
  • Jangan cari bf yg men badminton, sebab dia akan pukul-pukul  kita.
  • Jangan cari bf yg men volleyball, sebab dia akn tampar-tampar kita.
  • Tapi cari lah bf yg men RUGBI, sebab dia akan peluk dan setiasa lindungi kita.
  • Dan cari bf yg main takrow nanti die akan timbang-timbang dan lipat-lipat  kite

Mood: Huruhara


Kisah duit RM1 dengan RM50


Cuba korang bayangkan jikalau wang yang anda gunakan dalam seharian ini boleh bercakap , boleh berkata-kata ..korang fikirkan..apakah yang akan disebut olehnya ..apakah yang dia mahu.. Oleh itu aku mahu kongsikan sedikit kisah mengenai duit rm1 apabila berjumpa dengan duit rm50.





Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... "

Dah nampak dah? sesungguhnya banyak wang kita dihabiskan untuk hiburan semata-mata. Kenapa kita ini sangat kedekut untuk menderma.. kenapa?... tanya hati


Mood: Halusinasi


Pelik Lelaki ini kurus hanya dengan makan kentang

Nak diet..nak kurus... senang sahaja...nampaknya diluar sana ada cara diet paling pelik pernah aku jumpa.. makan kentang pun boleh kurus ya? boleh turun berat badan 10kg dalam masa sebulan ya...


Ini fakta ! lelaki dalam gambar diatas, chris voigt dikatakan telah mengamalkan diet memakan kentang selama 60 hari dan dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kg!

Dikatakan bahawa berat badannya sebelum ini ,89.35 kg telah menurun kepada 79.83 kg setelah mengamalkan diet memakan kentang ini selama 60 hari.

Aku bukan nak kata apa.. kalau aku lah.. nak menghadap kentang je hari-hari ...eww tak boleh... aku nak nasi gak... ahahahaha

Mood: Mau turun 15kg lagi...erk


Tips Tanda kenalpasti pasangan korang tu dah curang

Curang..semestinya ia merupakan perbuatan yang sangat menghantui pasangan kekasih mahupun yang telah berumah tangga.Curang jugalah merupakan salah satu tanda berlakunya keretakan dalam perhubungan.  Curang atau dalam kata lain main kayu tiga boleh dikenalpasti samada menerusi perbuatannya ataupun sikapnya..nak tahu bagaimana? baca sajalah ulasan dibawah.



  • Dia dah kurang memberi perhatian pada anda -dia dah tak layan korang weii sebab dia dah ada pakwe lain pfftttt!
  • Kalau akan rasa sangat bosan dirumah dan suka keluar berseorangan - bosan lah weii duk rumah orang nak jumpa makwe la... haishhh
  • Susah diajak untuk keluar bersama - memang lah kalau keluar sama-sama bukan best pun sebab orang dah ada pakwe baru kan ..ewwww
  • Suka mencari kesalahan anda - dia suka sangat cari poin nak marah korang kan...sebab dia dah muak dengan korang lahh =.=
  • Akan cuba menyimpan telefon dari pandangan anda- memang lah sebab dia takut kalau korang baca mesej dari pakwe dia ..kantoiii
  • Cuba untuk berjauhan dari anda jika ada panggilan telefon - yahaaa... makwe dia telefon memang lah kena kaver.. =.=
  • Wang perbelanjaan dia akan meningkat -semua dah naik, maklumlah dah pasang satu lagi... double spend la jadinya
  • Tiba-tiba akan lupa tarikh penting anda - Aha yerlah dah asik ingat pasal awek baru je..sampai bezday korang pun dia dah lupa
  • Kurang menelefon mahupun sms anda - dah asik tepon pakwe dia je.. mana dan nak layan yang satu lagi...ahaha
  • Tidak memakai barang perhiasan hadiah anda seperti selalunya - memang...xkan nak jumpa makwe baru kena pakai cincin tunang? fuu kantoilahh
  • Tiba-tiba ada bau wangian yang berbeza padanya- sahh kantoi bau perfume makwe baru dia tu...ahaha

Itulah sedikit sebanyak yang aku kongsikan pada korang semua. Bukan semua tanda pasangan curang diatas boleh digunapakai kerana ia bergantung kepada keadaan.Semestinya andalah yang bijak menentukan keputusan dalam hidup anda. Apapun.. jangan cemburu buta ya.. tak elok .. sekian-OrenzSusu


Mood: Kenalpasti kucing rumah aku dah ada bini ..erk