Showing posts with label cintan. Show all posts
Showing posts with label cintan. Show all posts

Friday, 14 October 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Mengapa cincin perkahwinan perlu disarungkan di jari manis?. kadang kala admin tertanya tanya juga.. apakah rasionalnya.. kenapa perlu pada jari manis.. kenapa tidak disarungkan  pada jari kelinking.. ataupun jari telunjuk.. ahaha sekadar hiburan jawapan santai mari kita cuba permainan di bawah :)


satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).
permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

**credit Alif

Saturday, 20 August 2011

Ada couple mengaku single adalah sangat sadis


Ehehe.. hai korangg! 

alahai dah lama aku tak update entri dalam blog ini ya.. agak bersawang sudah...hohoho... i'm sory sory sory sory....sebab aku pun manusia.. ada masalah sendiri... jiwa masih kacau mana boleh menaip entri kot~ =.= haha abaikan .

Oleh itu hari ini aku nak bukak cerita pasal satu isu ini.."ada couple kata single" ...uhuk ..ini cerita basi yang aku dengar dari zaman sekolah sampailah dah tua bangka pangkat nak jadi bapak dah ni =.=.. so kenapa mesti mengaku single sedangkan u alz dah ada couple... dah ada pakwe, makwe, dah ada isteri, dah ada suami... why why why??? 


Disini biarlah aku berikan pendapat aku kenapa perkara ini berlaku.. kenapa mesti mengaku single sedangkan korang dah ada couple:
  • Korang ini tidak yakin dengan perhubungan tersebut
  • Korang ini jenis playboy/playgirl yang suka mainkan hati manusia
  • korang ni tak suka pun kat dia... dia tu cuma stok geli-geli jerrr..=.=
  • korang ini malu kot,, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ...ala macam artis tu..=.= sikit-sikit tak ngaku ..fuuu
  • korang ni ada masalah dalaman... hahahah sakettt jiwa #kejam ..

Oleh itu u alz yang berkapel itu .. sayangilah pasangan korang... lu tak ngaku dah ada couple pasal... kalau dah tak suka itu baik berterus-teranglah... nanti makan hati kowt bila kantoi.. ehehe sekian -OrenzSusu


Mood: Still single now~ #foreveralone 


Sunday, 14 August 2011

Pakwe manakah pilihan anda


Dalam hidup ini semestinya anda diberi pilihan, tak kiralah pilihan anda itu bagaimana, apa yang penting anda haruslah bijak memilih dan membuat keputusan. Oleh itu dalam entri ini, khas kepada wanita sahaja.. jikalau diberi pilihan yang manakah jejaka pilihan anda? 

  1. Pemain bolasepak
  2. pemain badminton
  3. pemain volleyball
  4. pemain ragbi
  5. pemain bola takraw
*sila pilih dengan jujur ya~ ^^  dan lihat jawapan dibawah



Jawapan
  • Jangan cari bf yg men bola, sebab dia akan sepak-sepak  kita.
  • Jangan cari bf yg men badminton, sebab dia akan pukul-pukul  kita.
  • Jangan cari bf yg men volleyball, sebab dia akn tampar-tampar kita.
  • Tapi cari lah bf yg men RUGBI, sebab dia akan peluk dan setiasa lindungi kita.
  • Dan cari bf yg main takrow nanti die akan timbang-timbang dan lipat-lipat  kite

Mood: Huruhara


Tips Tanda kenalpasti pasangan korang tu dah curang

Curang..semestinya ia merupakan perbuatan yang sangat menghantui pasangan kekasih mahupun yang telah berumah tangga.Curang jugalah merupakan salah satu tanda berlakunya keretakan dalam perhubungan.  Curang atau dalam kata lain main kayu tiga boleh dikenalpasti samada menerusi perbuatannya ataupun sikapnya..nak tahu bagaimana? baca sajalah ulasan dibawah.



  • Dia dah kurang memberi perhatian pada anda -dia dah tak layan korang weii sebab dia dah ada pakwe lain pfftttt!
  • Kalau akan rasa sangat bosan dirumah dan suka keluar berseorangan - bosan lah weii duk rumah orang nak jumpa makwe la... haishhh
  • Susah diajak untuk keluar bersama - memang lah kalau keluar sama-sama bukan best pun sebab orang dah ada pakwe baru kan ..ewwww
  • Suka mencari kesalahan anda - dia suka sangat cari poin nak marah korang kan...sebab dia dah muak dengan korang lahh =.=
  • Akan cuba menyimpan telefon dari pandangan anda- memang lah sebab dia takut kalau korang baca mesej dari pakwe dia ..kantoiii
  • Cuba untuk berjauhan dari anda jika ada panggilan telefon - yahaaa... makwe dia telefon memang lah kena kaver.. =.=
  • Wang perbelanjaan dia akan meningkat -semua dah naik, maklumlah dah pasang satu lagi... double spend la jadinya
  • Tiba-tiba akan lupa tarikh penting anda - Aha yerlah dah asik ingat pasal awek baru je..sampai bezday korang pun dia dah lupa
  • Kurang menelefon mahupun sms anda - dah asik tepon pakwe dia je.. mana dan nak layan yang satu lagi...ahaha
  • Tidak memakai barang perhiasan hadiah anda seperti selalunya - memang...xkan nak jumpa makwe baru kena pakai cincin tunang? fuu kantoilahh
  • Tiba-tiba ada bau wangian yang berbeza padanya- sahh kantoi bau perfume makwe baru dia tu...ahaha

Itulah sedikit sebanyak yang aku kongsikan pada korang semua. Bukan semua tanda pasangan curang diatas boleh digunapakai kerana ia bergantung kepada keadaan.Semestinya andalah yang bijak menentukan keputusan dalam hidup anda. Apapun.. jangan cemburu buta ya.. tak elok .. sekian-OrenzSusu


Mood: Kenalpasti kucing rumah aku dah ada bini ..erk


Saturday, 13 August 2011

Topik:Putus Cinta ,siapa yang lagi kecewa


Dalam kehidupan ini, ada yang indah , ada yang buruk ,bagi aku putus cinta adalah salah satu benda terburuk yang akan hadir dalam diri anda. Sama juga bila artis putus cinta contohnya Fasha sandha dan jejai, semua sibuk cerita pasal dia, habis semua media menceritakan tentangnya. tapi ada ke yang sibuk nak tahu, fasha sandha yang kecewa ataupun si Jejai tu yang lebih frust menonggeng..korang tak terfikir pulak kan masa tu.. ahaha 

alt

Kalau nak diceritakan mengapa perlu putus cinta..rasanya korang yang baca ini pun lebih arif, contoh terdekat adalah bila berlakunya ketidakpersefahaman ,bila awek korang itu terlalu cemburu hingga si pakwe itu rasa sangat annoying, ataupun si pakwe itu terpaksa break dengan korang sebab ada tentangan keluarga..ataupun  korang ini ada penyakit kronik seperti aids dan sebab sayangkan dia korang pun break, ahhhh korang pun tahu kan..tepuk dada tanya selera

Jadi,bila putus cinta.. siapa yang lebih kecewa sekarang?siapa yang lebih frust menonggeng..siapa yang akan lebih derita macam dunia nak kiamat esok.. lelaki ke wanita...siapa ya..ahahahaah

Perempuan..kalau putus cinta bagi aku lebih banyak menzahirkan rasa kecewanya pada umum, tengok
saja la kat facebook... mula-mula tulis ayat frust menonggeng...cakap i kecewa la ape la segala bagai...lepas tu ramai je orang bagi support kat dia...dan esoknya dia deactive akaun itu ..bwahahaaah  takpun dia akan block user pakwe dia ..pssttt sakit hati woo tengok profile pakwe dia ...kena gaya pakwe dia tu dah ada makwe baru..siap wat ayat-ayat manja lagi kat situ...ayaya...

Lelaki..bukan nak cakap la... semua nak cool.. semua nak hebat..nak baikk punya.. bila putus cinta itu buat rilek je la konon padahal dalam hati punya la kecewa.. kalau dibolehkan x-ray dada itu silap-silap boleh nampak hati dia tu retak dan remuk berkecamuk.. Tapi laki kan.. buat rilek suda... padahal macam la orang taktau dia frust.. tengok muka pun dah tahu..serabai semacam je..tah mandi ke tidak tu..erk

Kesimpulannya ,sebenarnya kedua-duanya akan ada rasa frust dalam hati..siapa yang lagi kecewa itu hanyalah bergantung pada kesetiaan dia, tahap sayang dia ...siapa yang minta breakup dahulu itu tidak penting kerana ini bergantung pada sebab mengapa berlakunya putus cinta.


Mood: Saya tak pernah kapel saya single saya suka dan saya nak kawen terus sebab senang ahahahaha


Friday, 12 August 2011

Tips: Tanda Pasangan anda itu sangat cemburu


Bagi pasangan suami isteri ataupun kekasih, kita tidak akan lari daripada penyakit cemburu. Memang betul ramai mengatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang, tak kurang juga yang melihat cemburu itu masalah besar... cemburu buta yang akhirnya boleh menyebabkan keruntuhan hubungan anda dalam berkasih. Oleh itu.. bagi mengatasi masalah ini, kita seharusnya dahulu menghidu ataupun melihat apakah tanda-tanda yang wujud jika pasangan anda itu cemburu. 






  • Kadangkala dia akan menelefon kamu beberapa kali dalam sehari. jikalau anda tidak menjawab panggilannya pastinya dia akan marah 
  • Walaupun dia tahu anda sibuk pada masa itu, dia tetap mahu bercakap dengan anda
  • walaupun anda keluar dengan rakan sekerja ataupun kawan yang berlainan jantina, dia tetap akan marah
  • dia akan selalu menyiasat pergerakan kamu.. dan jika ada kesalahan,,,nahaslah
  • kalau kamu mahu meninggalkan dia, dia akan mengugut akan melakukan perkara yang diluar jangkaan seperti membunuh diri
  • dia hanya mahu kamu bersama dengan dia saja..tak kira lah di majlis , mahupun di laman sosial  seperti facebook
  • jikalau ada majlis keramaian, dia tidak suka kamu pergi kerana bimbang ada orang lain yang tertarik dengan kamu
  • kadangkala dia akan menyoal kamu seperti seorang polis, sebabnya dia mahu tahu apa yang berlaku semuanya
  • jika kamu memberi penjelasan, dia tidak akan mahu ambil peduli,

Macam aku kata sebelum ini, persefahaman itu penting.. korang tak buat hal diorang tak kecoh la.. cemburu ini macam belon, kalau lama-lama simpan.. lama-lama meletop weiii... aduihhhh~ 

Mood: Pergi solat tenangkan diri ^^


Thursday, 11 August 2011

Tips: Perkara yang lelaki mahu pada wanita



Lelaki , macam aku ini hanyalah insan biasa...mempunyai kemahuan, mempunyai nafsu, juga mempunyai impian untuk berpasang-pasangan. Dalam kata lain yang biasa u olz sebut couple dan berbini. Harus anda ingat, terutamanya wanita sekalian ..jikalau anda mahu seorang lelaki itu tertarik dan terus melekat dengan anda macam magnet, cubalah fahami apa yang seorang lelaki mahukan pada perempuan.



  • Lelaki mahukan wanita yang pandai bergaya, maknanya pandai jaga penampilan dirinya sendiri.. comot? selekeh?  ewww
  • Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak! yang tak reti memasak tu sila pergi belajar masak sekarang!
  • Lelaki mahukan wanita yang happy dan ceria selalu. Eh kalau korang asik nak menangis monyok buat muka ketat je...ada laki nak suka ke? psst
  • Lelaki mahukan wanita yang reti berdikari ,reti buat kerja. dengan ini senang lah nak jaga bila jadi isteri nanti.. jangan asik asik "abang,,,macammana nak buat ini, macammana nak buat itu..." huhhh ..menyusahkan! jadi sila pergi bukak buku belajar apa yang patut!
  • Lelaki mahukan wanita yang respek dia.. yang pandai jaga hati dia... jangan buat dia terabai..jangan buat lelaki tu macam tak wujud je dalam dunia ini!! jangan buat kerja ikut suka hati korang je! huhhhh
  • Lelaki mahukan wanita yang pandai , cerdik.. laki memang suka pada wanita yang banyak memberi informasi kepada dia..dan dia rasa ada kelebihan bila bersama wanita itu.
  • Lelaki mahukan kebebasan! jangan asik asik nak berkepit dengan dia je 24 jam...fuhh rimas tau tak?

Itulah sedikit sebanyak kemahuan lelaki pada wanita. Harus diingatkan.. paras wajah bukanlah pengukur terbaik dalam suatu perhubungan... kalau dan annoying tu...kalau dah macam tu macam ini.. fuhh lama-lama muak gak weiii...ada faham?


Mood: Jangan asyik nak ber facebook je...


Thursday, 9 June 2011

Segmen : Seberapa seth ke kamu ni!


Apapun aku taknak korang salah paham dengan segmen ini...

ini setan


hah yang ini seth


sekarang kan ramai yang sedang demam dengan slot akasia nora elena kat tv3 tu.. sapa yang tak tengok lagi boleh download kat link ini [DOWNLOAD FREE NORA ELENA RMVB MEDIAFIRE]

apa yang kita tahu seth ini seperti begini 

well~ so sweet

haha.. gua dah terlebih mengarut ni~ oleh itu dalam segmen ni korang cuma perlu buat satu cerita/dialog ringkas  yang agak sweet dan manes~ itu je. contohnya macam ni


awek: erm..awak ingat tak apa awak cakap kat saya sebelum ni

laki: saya cakap apa awak?

awek: erm...takpelah~ abaikan saja..=.=

laki: awak..cakap kat saya~ apa yang saya cakap sebelum ni?

awek: awak tak perlu tahu... biarlah ia jadi kenangan

laki: erm..saya dah tahu..saya cakap macam ni kan ..

awek: eleh~ cakap la..apanya

laki: saya cakap...hari hari saya rindu awak~ apa kata kalau kita kawen?

awek:......

*ok tak berapa suwid~ pertolongan anda diperlukan..please


banner aku tak buat dalam segmen ni~ hahah korang cuma perlu bagi backlink entri ini dan macam biasa la post entri korang kat ruangan komen dibawah. hurm...kalau korang teramatlah rajin silalah tag sesiapa yang korang kenal...hihihihihi

*tarikh tutup adalah infiniti dan sokongan korang amatlah dihargai ^_^

mood: aku tak suwid~ siyezz

Friday, 3 June 2011

Pasangan terbaik aku yang cakap yang macam mana ha?

Hai bertemu kembali dalam segmen yayangwak wakyangya bersama saya, Encik Hamimi, rakan karib anda yang sentiasa bersama anda tak kira dimana jua 24 jan seminggu 12 bulan 365 hari...bwahahahahahaha..ok stop.

apakah topik yang hendak saya centerkan hari ini?..owh dah baca yek tajuk kat atas...? pasangan terbaik..bukan pasangan terbalik yek..bwahahaha ...oleh itu sila jawab dengan hati yang tulus ikhlas menerusi soalan dibawah...terbaik ke pasangan seperti ini?:
  • laki kacak, macho, dengan awek kiut, gebu..tomel lotte ...papejelah
  • laki suwid,romantik, dengan awek manja..caring ..kelakar
  • laki kaya raya..smart ..dengan awek bese-bese je..tapi baik hati

ahahaha....tiga cukup la..pandai pandai lah kan korang semua nak pikirkan yang lain yek...persoalannya...baguskah....relevankah.....terbaikk sanat ke?

mengikut pandangan saya..encik hamimi pasangan terbaik adalah mengikut sifat dan tingkahlaku mereka, hal paras rupa itu memang penting tetapi itu cumalah satu bonus sahaja....ahhh...tengoklah kat bawah ni :

sinetron ini terbaikk weii..x rugi tengok..haha

  • saling membimbing ke arah kebaikan
    • the best couple make u better and more better..kan bagus kalau korang saling nasihat menasihati menuju kearah kebaikan contohnya..pagi-pagi kejutkan bangun solat subuh..kalau yang tengah belajar tu tanyalah..esaimen tu dah siap ke..dah study ke belum...test esok ni...erm 
  • bertanggungjawab dalam apa saja perkara
    • apa itu tangungjawab?  kalau dipecahkan ia akan menjadi tanggung + jawab. tanggung=beban. oleh itu tanggungjawab bermaksud menjawab bebanan yang perlu dipikul korang. apakah bebanan tersebut?  contohnya la makwe korang urgent suruh jemput dia balik kerja..waktu tu malam dah.. korang nak buat apa ...jemput atau tak.. ha?
  • tidak menunjuk-nunjuk aka mengade-ngade
    • ini satu lagi..kadang kadang aku meluat tau jenis yang suka menunjuk-nunjuk ni..kalau boleh satu dunia ni tahu yang dia ada bf@gf watever tu... apa lu pikir barack obama ambik kisah hal korang? hahaha..cukup la weii... nak tunjuk boleh tetapi jangan keterlaluan ya..kang jadi macam putera william ngan kate tu...yang terdekat yusri ngan erra ..huhhh

mood: minta maaf kalau point yang aku ceritain ini tak tepat..aku cuma manusia biasa... why you so serious? hahah okbai




Monday, 30 May 2011

Kenapa lelaki perlu tahu tarikh pasangannya datang bulan

datang bulan..uzur..period atau nama manjanya, piyed...semestinya sinonim dengan kaum hawa. untuk mengetahui dengan lebih mendalam..sila pergi ke entri cik riben putih ini..



laki: awak..nak tanya sikit boleh tak..
awek: iye..tanya je lour...
laki: erm..awak piyed bile yek..
awek: erk? ala...xxhb tadi....eh ni napa nak tau plak ni...
laki: ala...senang la nanti kan.......
awek: senang apa?...eiiiii...


titttttttttttttttttttttttt........ ok hentikan dialog tersebut.


Mengapa sebagai seorang lelaki kita perlu tahu apakah kepentingannya pada kita tarikh tersebut. disebabkan apabila wanita datang bulan..maka secara automatiknya hormonnya tidak akan stabil..dan moodnya akan berubah..sebab tu la dia asik marah-marah tak tentu pasal je..haha

oleh itu kalau korang dah tau bila hari dia datang bulan..pandai-pandai la korang  jaga emosi dia.kalau dia marah korang..buat korang tacing..ok sila bersabar..relex..dan cukup masa baru marah dia balik..haha. janganlah masa tu korang marah dia..buat dia nanes...buat dia kechiwa..kang makin haru biru dibuatnya..



er...ada satu lagi sebab...tapi yang tu aku taknak citer...pasangan berkahwin tau kot...hahaha.....okbai

Friday, 20 May 2011

Maafkan jika saya seorang yang pelupa



awek: erm..awak ingat tak apa awak cakap kat saya sebelum ni

laki: saya cakap apa awak?

awek: erm...takpelah~ abaikan saja..=.=

laki: awak..cakap kat saya~ apa yang saya cakap sebelum ni?

awek: awak tak perlu tahu... biarlah ia jadi kenangan

laki: erm..saya dah tahu..saya cakap macam ni kan ..

awek: eleh~ cakap la..apanya

laki: saya cakap...hari hari saya rindu awak~ apa kata kalau kita kawen?

awek:......


mood: tak tahu nak cakap apa~ bye nak g solat jumaat!


Cerita seorang penipu dan pencuri




laki: awak...saya nak bagitau ni...


awek: ye..apenye..


laki: haritu saya saya ada bagitahu yang saya ni kerja kat putrajaya kan?


awek: erm..ye la..napa?


laki: sebenarnya saya tak kerja pun kat situ..saya tipu awak...maafkan saya ya?


awek: hurm..dah tu yang sebenarnya awk ni kerja apa?


laki: sebenarnya saya ni kerja pencuri..


awek: apa? huhh -.-


laki: ye...kerja saya hanya satu...iaitu mencuri hati awak.. tapi saya tak tahu samada saya berjaya ataupun tidak


awek: ..........


mood: entri ditaip dalam masa 10 minit je..hahh terima kasih kepada yang membaca! walaupun agak merepek entri ni okbye! ^_^


Wednesday, 18 May 2011

Tips macam mana nak kenal pasti perempuan itu merajuk

Yawww~ entri yang lepas kan aku cerita pasal cara nak pujuk perempuan yang tacing merajuk bla bla bla watever~ =.= . tapi cuba bayangkan kalau korang ni jenis yang sengal lambat nak detect yang dia tu tengah tacing dan merajuk, sebabnya kalau nak dihuraikan merajuk ni ada peringkat dia gak iaitu ~:


  • merajuk senyap
    • ~ala tacing sikit jer tu...biasa la, pempuan tu suoh laki tu belikan dia blackberrry..tapi laki tu jawab" awak ingat saya ni peti cash ke? " peh sentap~
  • merajuk nenade
    • yang ni biasanya nakkan perhatian lebih jer~ contohnya kononla laki tu janji nak deting..tapi cancel..hahaha dah tacing
  • merajuk kebaabooom~ meletop isi rumah..dan disitu kemungkinan insiden piring terbang berlaku
    • yang ni....er..ini bukan merajuk kot.ini bergaduh da ni..hahaha lu kantoi main awek ke der? ke lu kuat sangat mancing..asik asik mancing..takpun..asik citer pasal bola bola bola jek..=.=..hahaha

erm..kebiasaannya kalau merajuk nenade dan yang kebaaboom tu memang senang kelihatan~ dari jauh dah tau dah yang dia tu merajuk~ kalau yang ada facebook tu siap  tulis camni kat facebook " saya menci xxxxxxx.ok fine kita clash..dia jahat!! wuu wuu~" 



yang menjadi masalahnya ialah jenis yang pertama tu.jenis yang senyap je...jenis macam ni susah tau..sebab kalau diabaikan nanti ia akan parah ..pastu makan hati ..makan dalam...dan kesudahannya kebaaboom! meletop.  oleh itu macam mana korang nak tau ya yang dia tu merajuk? ok cekedout :~

  • perangai dia akan jadi lain sikit ~nak kata piyed takpun..hurm
  • kalau jawab sms , biasa dia jawab panjang berjela..tapi yang ni dia akan jawab sekerat je ~ contoh : ya, hurm.. ok...last skali dia x reply pon sms..erk
  • dia akan perli dalam setiap gerak geri korang... contohnya korang nak pergi main futsal..pastu dia call la ajak kuar~ ko pun cakap la gi main futsal *jujur then dia pun jawab macam ni " ok awak main la futsal tu puas puas sampai lebam yek~ "

erm..dah apa lagi.. tepuk dada tanya diri sendiri~ aku ada buat salah ke.. hahaha selamat beramal~ bye


mood: tak tahu macammana nak ketahui wanita yang manja~ eh?

Monday, 16 May 2011

Cara untuk memujuk wanita yang merajuk


Pak Ali sudah lama berpacaran dengan cik kiah (tua tua kapel lagi~ elele suwidnyer....) -muntah. pada suatu hari pak ali ada tersalah cakap pada cik kiah. entah kenapa hari tu cik kiah bad temper ~ nak kata piyed tak gak~ tetibe je nak majuk. 

oleh sebab pak ali ni jenis tak pandai nak memujuk hati kaum hawa ~ maka memang susah la camni...'erm..guane  kawe nak puyuk ye ni? haduii..rohok rohok~"

*gambar hiasan

Hei pak ali! aku nak share sikit cara nak pujuk wanita ni. nak tau tak? :

  • masa cakap tu~ cakap dengan nada perlahan. kalau cakap nada tinggi tu nanti dia ingat ko marah dia plak
  • kalau itu salah awak..mengaku saja la~ kalau salah dia...bagi dia masa...dan suruh pihak lain yang terangkan. itu lagi elok.
  • bagi je dia hadiah~ perempuan kan suka hadiah... bagi bunga ke~coklat cadbury ke....pape la.
  • nyanyi lagu kesukaan dia~pastu minta maaf *call xpun jumpa terus
  • buat baik dengan dia~ tapi jangan kena kontrol plak..hihih
  • cuba lakukan menda yang paling suwid sekali kat dia~

*pempuan kadang-kadang suka merajuk sebab suka kena pujuk =.=
*bagi hadiah tak elok jugak ~sebab nanti dia asik asik nak hadiah. pokai gini
*apa yang penting~ ikhlas dan sentiasa berusaha 


mood: tak pernah pujuk perempuan~ camne ni? huhhh

Saturday, 14 May 2011

Apa itu ungkapan~143~ apa itu olive u ~

start of the story~

.Ali, seorang usahawan berjaya, berumur 25 tahun, dan masih bujang. nak dijadikan cerita, Ali dah lama meminati minah ini, siti namanya. oleh sebab dia sudah lama berkawan sejak dari sekolah rendah lagi maka dia segan dan malu  tahap cipan untuk menyampaikan perasaannya kepada siti.


pada hari itu, ali nekad untuk meluahkan hatinya~ maka selepas mengajak siti untuk bertemu janji di sebuah restoran terkenal, ali pun memulakan bicaranya. akan tetapi disebabkan segannya untuk berkata., ali pun bercakap  seperti begini:

"awak, kita dah lama berkawan~ hari ini saya nak cakap~ olive u"

dan siti rupa-rupanya pun sudah lama meminati ali, tetapi disebabkan ingin menjaga ciri-ciri kewanitaan dia terpaksa memendam perasaannya. setelah mendengar luahan hati ali , siti mengambil kertas dan menulis perkataan ini:

143

~ok end of the story

oleh itu , apakejadahnya olive u ni~ apakebendanya 143 ni~


olive u = i  lo*e u 



143:-
ada banyak maksud, ia merujuk kepada 1=i ,4=empat huruf, 3=you. oleh itu terdapat banyak maksud yang tersirat dalam 143 ni contohnya~
  • i lo*e you
  • i miss you
  • i hate you
  • i f**k you
  • i kill you


mood: blog aku bukan blog jiwang~ siyezz

Wednesday, 11 May 2011

Asas matematik dalam status hubungan anda

Hari ini aku nak merepek sekejap...entah la mungkin entri kali ini agak jiwang ..ataupun agak mengarut~pedulikan ...kembali kepada tajuk entri ini, err... ada ke asas matematik dalam status hubungan korang? kalau dulu-dulu masa belajar kat sekolah rendah kan cikgu saodah ada cakap macam ni "ok murid-murid...1+1= berapa? " lepas tu kita yang innocent ni pun jawablah..."dua cikgu..!" ok sapa yang salah jawab tu sila ke kelas juvana . bwahahahaha.

*gambar hiasan

"mai keih nak citerr sikit kat demeh godio ni"


1+0=?dia  single la =.=

1+1=?single jumpa single=couple 

2-1=?korang putus ..hahahah

1+1+1=?ada pihak ketiga 

1+1+1-1=?ada yang curang..=.=

1+4=?  er..yang ni kes poligami..hahahha


mood: jangan suruh aku bahagi darap plak yek~ okbai

Wednesday, 4 May 2011

cara melamar yang agak sempoi dan cool..


Korang dah kapel lama, tapi nak melamar pun takut...eww tapi takpa sebab aku ada cara yang cool serta sempoi untuk melamar pasangan korang...

utk maklumat...korang kan tau yang aku skrg ni susah nak menaip sebab keyboard pc ni rosak...ahhh...abaikan...semangat bloger itu penting..hurmmm

masa aku lepak-lepak dngar lagu via henset ni....aku terfikir..."kan best kalau kawen sekarang ni??"..ahh makwe pon xde ada hati nak kwen......haktuii...ok lantakkkk

pastu aku terfikir cara yang agak sempoi kalau nak melamar someone...aku fikir.....hah!! cam mengade-ngade pon ada...=.=

caranya mudah saja...modus operandi sangat senang..hurm

  • sediakan hanset yang ada mp3 dan headphone
  • bawak mangsa/target kat kawasan...cth: taman
  • masa tengah deting2..buat la konon-konon nak dengar lagu..
  • pastu sediakan headphone...dan ajak dia share dngar sekali
  • nak tambah nenade..pasang lagu spt begini..dan camni
  • sebelum itu..rakam suara korang kat enset tu..[ok dah dapat tangkap kan?]..ha3
  • ko cakap  la contoh  mcm ni.."awak...sudi tak kawen dengan saya?"<--gelinya ayat ni..ok aku muntah
  • ok masa tengah dengar lagu tu...dengan mengikut masa yang sesuai...pasang la rakaman yang korang rakam sebelum tu..
  • pastikan dia dengar ya?? pastu pepandai la korang nak buat ape...nak tunjuk cincin intan permata berlian pekebenda pun...terpulang kepada korang..
  • ok done!!!  
*lamaya tak lukis doodle..nah ini yg terbaru

mood: berani ke??  hahahahaahah