Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Friday, 8 June 2012

Kisah Vampire yang malang


Hai!!

Vampire drakula pontianak adalah merupakan spesies yang sama dimana ia merupakan sejenis mitos ataupun lagenda barat yang berkenaan dengan hantu ataupun dalam perkataan englishnya ghost.

Vampire dalam bahasa mudah merupakan hantu yang kegiatannya menghisap darah manusia sehingga kering, memiliki abiliti untuk menghipnopsis manusia,pemulihan yang pantas serta  bergerak pantas seperti kilat. akan tetapi vampire memiliki kelemahan juga dimana mereka alah kepada cahaya matahari kerana dikatakan mampu membakar tubuh mereka sehingga rentung. dalam mitos lain juga vampire juga dikaitkan dengan serigala jadian dimana gigitan serigala jadian ini mampu membunuh vampire tersebut.

*******


Dalam zaman serba moden ini ..yang menjadi kemusykilan saya adakah vampire dapat menerima situasi seperti begini? mohon pendapat vampire sekalian tolong jawab ya





Saya musykil adakah vampire dapat menerima darah pesakit aids? .Sedangkan lintah pun geli dengan darah mereka.. mohon pihak berkenaan jelaskan . Okbai

Monday, 10 October 2011

cerita pasal harimau...grrrr!!!!!!!!!!

Hari-hari mau
Ali sedang bersiar-siar dibandar.Tiba-tiba dia terpandang sahabatnya,Abu, yang telah sekian lama tidak ditemuinya.
Ali :dah 5 tahun kita tak jumpa.Apasal aku tengok engkau kurus sangat?
Abu : Mana tak nya .Isteri aku tu garang sangat. macam harimau
Abu : Eh aku tengok engkau pun kurus cam aku juga .Apasal?
Ali : Isteri aku tu lagi garang, hari hari mau !

Monday, 15 August 2011

Soalan Paling Mengarut/menganjing Korang dapat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pernah atau tidak pembaca sekalian diajukan soalan yang mengarut mahupun bagi anda tidak logik langsung untuk ditanya. Adakalanya apabila kita diajukan soalan itu wujud rasa kurang senang "takda soalan lain ke nak tanya !@#$% ". Mungkin soalan demikian diajukan semata-mata untuk bergurau ataupun memerli anda..ataupun dia memang bodoh stupid .Oleh itu aku ada senaraikan beberapa soalan yang memang mengarut untuk anda baca. cekedaut:

  • Awak ni amoi ek ? -Mungkin muka korang ni ada macam cina sikit :p
  • Ini rambut palsu ke rambut betul ?- Masa tu rambut korang baru lepas siap rebonding
  • Hari ni berapa kali dah melancap onani? - Hah soalan gurauan kejam
  • Hello... tengah tido ke.. - Hah kalau tido agaknya dia baca/jawab ke
  • Ermm,,, muka awak hensem/comel tak?- eww ini menganjing ke?
  • Bulan puasa: Erm.. tadi lunch makan ape ? - ahahah perli!
  • Erm.. dah berak ke..? - gurau xley blahhh
  • Tadi makan berapa pinggan ?- ini menganjing gak!
  • Erm..awak punya ni Ori ke.. - WTF ???
  • Kat kedai Kain : Kak.. topup maxis 10 ade tak? - errr silap kedai ke?



Mood: Jangan jadi bodoh dan kurang ajar


Lawak: Kemaruk Mahu Makan Kambing



Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : “Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang”
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
“Salim berada di dalam air melatih kambing berenang”



Sunday, 14 August 2011

Pakwe manakah pilihan anda


Dalam hidup ini semestinya anda diberi pilihan, tak kiralah pilihan anda itu bagaimana, apa yang penting anda haruslah bijak memilih dan membuat keputusan. Oleh itu dalam entri ini, khas kepada wanita sahaja.. jikalau diberi pilihan yang manakah jejaka pilihan anda? 

  1. Pemain bolasepak
  2. pemain badminton
  3. pemain volleyball
  4. pemain ragbi
  5. pemain bola takraw
*sila pilih dengan jujur ya~ ^^  dan lihat jawapan dibawah



Jawapan
  • Jangan cari bf yg men bola, sebab dia akan sepak-sepak  kita.
  • Jangan cari bf yg men badminton, sebab dia akan pukul-pukul  kita.
  • Jangan cari bf yg men volleyball, sebab dia akn tampar-tampar kita.
  • Tapi cari lah bf yg men RUGBI, sebab dia akan peluk dan setiasa lindungi kita.
  • Dan cari bf yg main takrow nanti die akan timbang-timbang dan lipat-lipat  kite

Mood: Huruhara


Saturday, 13 August 2011

Lawak:Jangan cocok bontot aku lagi lah


Kisah lawak yang agak nakal..tetapi ada baiknya aku share kat korang...ada juga sedikit informasi aku boleh kongsi.. jangan main cocok bontot ya~ erk


Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.
Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

*sumber:facebook

Mood: Jangan main belakang ya~ dosa besar tu


Friday, 12 August 2011

Hot: Justin Bieber Jadi Duta Produk Malaysia


Aku pun pelik dan hairan pada mulanya. member aku cakap yang budak justin bieber ni dah jadi duta produk malaysia? pehh "biar betul pakwe selema gomez ni? banyak negara malaysia juga dia ambik" lepas tu aku usha-usha la yang budak bibir ni jadi duta apa... mana tau jadi duta clear, pastu boleh la tengokdia posing  belai rambut sambil cakap"tiada kelemumur" ahahah cair terus awek-awek yang minat setia dengan budak justin bieber ni.. Last last aku tengok.... errr... ewwww 

Memperkenalkan..Justin Bubur!

Macam budak muda kita selalu cakap~ OMG...OMG... ahahaahaa aku tak boleh bayangkan la kalau justin bieber ni pegang bubur lambuk pastu cakap "anda dah rasa? saya sudah..." ahahahaah epic! 

One more.. sape la peniaga yang jual ni.. agak la weii jual barang kalau guna nama orang tak elok.. kalau justin bieber tahu ni.. fuuu berapa banyak hang nak bayar royalti dia..komisen die .. Jual bubur je... mampu ke? er...


Mood: Jadi duta iklan sardin


Lawak dan Jenaka dalam perkataan


Lawak Yang Diubah Suai...hehehe
Banyak perkara dalam hidup kita berkaitan dengan lawak jenaka, namun ada juga lawak jenaka yang mungkin ada bunyi yang agak biadab/lucah apabila di ubahperkataannya:-





  • Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh jumpa banyak kondom terpakai.
  • Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
  • Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
  • Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
  • Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
  • Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.
  • Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
  • Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
  • Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
  • Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
  • Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)
*sori aku takda mood nak menaip hari ni..jadi aku share je lah  lawak ini kat korang ^^


Mood: Senyum.. senyumm :]


Thursday, 11 August 2011

Hot: Dia tayang buah dada dikhalayak ramai


Pelik betullah dunia ini.. bermacam-macam perkara lucu dan aneh boleh kita lihat. Aku pun tak tahu nak komen apa pasal gambar ini.. buah dada? err... taknak makkk ...T.T tak menggoda langsung!! ffttt!@#$..




Mood: Cari baldi 

Pelik: Kedai ini menjual punggungnya



Kedai ini merupakan kedai yang pelik  pertama dalam  hidup aku yang aku jumpa telah menjual "punggung"nya .Apapun berkemungkinan pemilik ini mempunyai alasan yang kukuh untuk menjalankan perniagaan dengan nama yang unik, atau mungkinkah nama pemilik kedai runcit tersebut ialah asssley simpson? asslyin cole mahupun ashlyn brooke? erk


Bagi aku, eloklah kejadian ini dijadikan iktibar , oleh itu kita sepatutnya menjadikan ia sebagai teladan dalam memilih nama sebuah kedai, nama jenama anda mahupun nama anak anda yang bakal lahir kelak?. Sekali lagi..jikalau anda tersilap untuk memilih suatu nama, kesannya hanyalah akan dijadikan bahan jenaka masyarakat sahaja. 


Mood: Jual ubat kuat  ..yaww


Tuesday, 9 August 2011

Kisah posmen dengan Pak Pandir



Seorang posmen yang datang menghantar surat ke rumah pak pandir


Posmen: Assalamualaikum
Pak Pandir : Walaikumsalam 
Posmen : Ni rumah Encik Pandir Jukiman  ye?
Pak Pandir : Ya saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
Pak Pandir  : Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?
Posmen : !@#$%



Mood: Luar pemikiran


Monday, 8 August 2011

18 SX: Gambar lucah yang comel

Mesti ada yang berkata begini, mak aih ko takde kerja lain ke.. kalau dah nama lucah tu mana lah nak nampak comelnya lagi Gambar lucah tetap lucah!! !@#$%^& .Tapi korang jangan risau la..blog ini takkan ada gambar yang tahap lucahnya melampau-lampau macam gambar artis bogel, artis indonesia hot , artis bikini...wade!@#$!! .

Ello bro yang tengah minum air tebu tu, makcik yang tengah goreng cekodok pisang, dan adik sekalian yang mungkin tengah main mercun *mungkin ..belum tengok belum tahu la.. oleh itu..jom usha gambar ni..dimanakah kecomelannya ??


Comel atau tidak?? err.....


Mood: Muntah darah :[

Sunday, 7 August 2011

FAKTA yang korang perlu tahu !!!!


sapa yanng suka baca mengenai fakta?. ala maksudnya sesuatu yang benar..yang nyata...contohnya kalau terfaktap itu korang perlu tahu  faktanya ia adalah nama blog..*paham ke tak nie...erk


Oleh itu cuba korang baca fakta ini

1. Korang membaca fakta ini
2. Mungkin korang berkata/fikir macam bodoh je mana faktanya 
4. Korang tak perasan aku dah skip no.3
5. Comfirm korang check semula 
6. Korang tersenyum sinis
7. Tapi korang masih membaca fakta ini
8. Korang tahu apa yang korang baca adalah benar
10 Dan sekali lagi korang tak perasan aku skip no 9
11 Korang comfirm check semula sekarang
12.Dan korang sekali lagi tak perasan tidak perasan hanya ada 10 fakta

Inilah faktanya!

*sumber facebook

Mood: Senyum Selalu ^^


Saturday, 30 July 2011

Lagu tema spongebob versi kelantan

Ahahahaha.... aku terjumpa tadi ada facebooker share link video ni..kelakar gak ... dah ready?



Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar kotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok



Mood: Guling guling



Thursday, 23 June 2011

Review sequel kl gangster.. apa kl hamster?


mesti ramai yang sudah melihat filem ini kan... iyerlah kl gangster ...gado-gado..tembak-tembak...aksi terbaikk wooo... tak kurang juga kontroversi dia dengan pihak pekida.. ok yang tu aku taknak masuk campur...tamauu--tamau...

tapi aku heran....baru je kuar filem ini dah ada sequel? dan yang lebih mengejutkan ialah semua pelakon adalah wajah baru...xpernah lagi jumpa kat media ini...fuhh shamsul yusuf ni memang berani la.. bwahahaha.. korang percaya tak? ke teruja dah ni... ehe jom tengok trailer kat bawah... gado pakai chopstik pun ada ma...



mood: layan youtube je... nak download kan kena block ngan skmm..=.=


Thursday, 16 June 2011

Perlancaran Album baru k-pop~ ops! k-1malaysia

Aiseh~ asyik-asyik buat review je..heh enkau takde idea ke orenz susu? ..bwahahaha ...*ok fine aku malas sila lempang saya.

Aku hari ini nak bagitau korang yang baru-baru ini telah dilancarkan sebuah album yang berkonsepkan kontemperari pop~ yakni k-1malaysia...pop.. nampak pelik tapi inilah yang berlaku..dan lebih memeranjatkan ialah album ini diberi nama iaitu cweet cangat~..agak mengada-ngada kan...tetapi mungkin inilah strategi yang digunakan olehnya untuk mempromosikan album tersebut

Ditanya mengenai album tersebut, Artis yang hanya mahu dikenali sebagi lulufifi mengatakan bahawa lagu ini sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat ..memandangkan konsepnya iaitu..k-1malaysia...pop..oleh itu dalam album ini telah dimuatkan beberapa buah lagu iaitu:

#1:sorry sorry
#2ling ling aku geli
#3hantu lampu
#4 i want nobody but hang
#5 lagu bonus

oleh itu kepada mereka yang teruja untuk menonton preview album ini bolehlah menonton video dibawah..sekian dari saya ^^


mood: Aku rindu ko la~ *takde kena mengena

Tuesday, 14 June 2011

Gempar!! penemuan terbaru spesies obor-obor

Ehem ehem...

saya, Cik Kiah..pakar hidupan lautan dalam kali ini ingin mengumumkan satu penemuan terbaru yang jarang sekali ditemui..barangkali ini merupakan penemuan pertama yang saya jumpai. ermm..sebelum itu marilah saya perkenalkan apakah itu obor-obor..


*obor-obor itu hidupan yang spongebob suka tangkap =p


obor obor atau  jellyfish merupakan hidupan di dalam air dan biasanya ia dijumpai di lautan. terdapat berbagai-bagi kategori obor-obor yang wujud seperti schypozoa,straurozoa,dan cubozoa..kalau saya ceritakan lebih panjang pun korang taknak baca kan...hahahaha

kita perlulah berhati-hati dengan hidupan ini kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gatal-gatal dan alahan lain.. seperti dalam kartun spongebob pun obor obor ini boleh mengeluarkan cas elektrik jika kita mengganggunya...renung renungkan..

ok~ berbalik kepada penemuan terbaru saya ini..saya mendapati bahawa spesis ini sangat berlainan sekali dengan obor-obor lain. ini disebabkan sifatnya yang kasar dan tidak merbahaya malahan ia boleh hidup di kawasan air tawar! .. apapun saksikanlah gambar di bawah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*comelkan obor-obor ni

mood: gurau je..jangan ambil serius ya ..hihihi



Review Movie : Tron 3 - Iphone app


Selepas kejayaan filem luar negara ini, , Tron(1982) dan Tron Legacy(2010) dimaklumkan selewat-lewatnya  pada hujung  tahun ini siri ketiga filem ini akan ditayangkan dan menemui peminatnya nanti. 

Ditanya apakah pembaharuan yang akan dipersembahkan dalam siri ketiga ini, jurucakap walt disney picture, En. Hamimi Amin ,mengatakan terdapat begitu jauh perubahan yang anda boleh lihat dalam filem ini. Memandangkan  kini ramai yang menggunakan iphone sebagai gadget utama, oleh yang demikian watak utama(sam) untuk filem ini akan menggunakan iphone sahaja untuk masuk ke dunia permainan tersebut.

Bagi peminat filem Tron yang tidak sabar-sabar untuk menontonnya anda boleh sahaja melihat trailer filem ini dibawah 


HAHAHAHAAHA!!!

*sumber yang diragui: Orenz susu


Friday, 6 May 2011

Parody: Obama terbunuh..hahahaha lol

Aq rasa semalam masa tengok berita kat tv3..breaking news ...banyak kali gak pembaca berita tu tersilap sebut nama osama kepada obama... tp xpe, dia betulkan balik...tapi yang niiii....




hahahaha...konfiden betul ye...muka tak bersalah langsung...taktaula apa nasib dia lepas ni....=.=

Thursday, 5 May 2011

review: k-pop lagi!!

lagi-lagi k-pop.....huh!!! ok aku ada jumpa group ni kat youtube..peh terbaik lah!!! subur pokok cili kat blakang rumah aq.. sebab aq muntah kat pokok tu...=.= eh?? bakper aq muntah?? ok  tengok video ni


yup!! 

 k-pop = kelantan pop

mood: malu nik aziz begini......dunia..oh dunia...