Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Saturday, 20 August 2011

Ada couple mengaku single adalah sangat sadis


Ehehe.. hai korangg! 

alahai dah lama aku tak update entri dalam blog ini ya.. agak bersawang sudah...hohoho... i'm sory sory sory sory....sebab aku pun manusia.. ada masalah sendiri... jiwa masih kacau mana boleh menaip entri kot~ =.= haha abaikan .

Oleh itu hari ini aku nak bukak cerita pasal satu isu ini.."ada couple kata single" ...uhuk ..ini cerita basi yang aku dengar dari zaman sekolah sampailah dah tua bangka pangkat nak jadi bapak dah ni =.=.. so kenapa mesti mengaku single sedangkan u alz dah ada couple... dah ada pakwe, makwe, dah ada isteri, dah ada suami... why why why??? 


Disini biarlah aku berikan pendapat aku kenapa perkara ini berlaku.. kenapa mesti mengaku single sedangkan korang dah ada couple:
  • Korang ini tidak yakin dengan perhubungan tersebut
  • Korang ini jenis playboy/playgirl yang suka mainkan hati manusia
  • korang ni tak suka pun kat dia... dia tu cuma stok geli-geli jerrr..=.=
  • korang ini malu kot,, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ...ala macam artis tu..=.= sikit-sikit tak ngaku ..fuuu
  • korang ni ada masalah dalaman... hahahah sakettt jiwa #kejam ..

Oleh itu u alz yang berkapel itu .. sayangilah pasangan korang... lu tak ngaku dah ada couple pasal... kalau dah tak suka itu baik berterus-teranglah... nanti makan hati kowt bila kantoi.. ehehe sekian -OrenzSusu


Mood: Still single now~ #foreveralone 


Sunday, 14 August 2011

Kisah duit RM1 dengan RM50


Cuba korang bayangkan jikalau wang yang anda gunakan dalam seharian ini boleh bercakap , boleh berkata-kata ..korang fikirkan..apakah yang akan disebut olehnya ..apakah yang dia mahu.. Oleh itu aku mahu kongsikan sedikit kisah mengenai duit rm1 apabila berjumpa dengan duit rm50.





Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... "

Dah nampak dah? sesungguhnya banyak wang kita dihabiskan untuk hiburan semata-mata. Kenapa kita ini sangat kedekut untuk menderma.. kenapa?... tanya hati


Mood: Halusinasi


Saturday, 13 August 2011

Topik:Putus Cinta ,siapa yang lagi kecewa


Dalam kehidupan ini, ada yang indah , ada yang buruk ,bagi aku putus cinta adalah salah satu benda terburuk yang akan hadir dalam diri anda. Sama juga bila artis putus cinta contohnya Fasha sandha dan jejai, semua sibuk cerita pasal dia, habis semua media menceritakan tentangnya. tapi ada ke yang sibuk nak tahu, fasha sandha yang kecewa ataupun si Jejai tu yang lebih frust menonggeng..korang tak terfikir pulak kan masa tu.. ahaha 

alt

Kalau nak diceritakan mengapa perlu putus cinta..rasanya korang yang baca ini pun lebih arif, contoh terdekat adalah bila berlakunya ketidakpersefahaman ,bila awek korang itu terlalu cemburu hingga si pakwe itu rasa sangat annoying, ataupun si pakwe itu terpaksa break dengan korang sebab ada tentangan keluarga..ataupun  korang ini ada penyakit kronik seperti aids dan sebab sayangkan dia korang pun break, ahhhh korang pun tahu kan..tepuk dada tanya selera

Jadi,bila putus cinta.. siapa yang lebih kecewa sekarang?siapa yang lebih frust menonggeng..siapa yang akan lebih derita macam dunia nak kiamat esok.. lelaki ke wanita...siapa ya..ahahahaah

Perempuan..kalau putus cinta bagi aku lebih banyak menzahirkan rasa kecewanya pada umum, tengok
saja la kat facebook... mula-mula tulis ayat frust menonggeng...cakap i kecewa la ape la segala bagai...lepas tu ramai je orang bagi support kat dia...dan esoknya dia deactive akaun itu ..bwahahaaah  takpun dia akan block user pakwe dia ..pssttt sakit hati woo tengok profile pakwe dia ...kena gaya pakwe dia tu dah ada makwe baru..siap wat ayat-ayat manja lagi kat situ...ayaya...

Lelaki..bukan nak cakap la... semua nak cool.. semua nak hebat..nak baikk punya.. bila putus cinta itu buat rilek je la konon padahal dalam hati punya la kecewa.. kalau dibolehkan x-ray dada itu silap-silap boleh nampak hati dia tu retak dan remuk berkecamuk.. Tapi laki kan.. buat rilek suda... padahal macam la orang taktau dia frust.. tengok muka pun dah tahu..serabai semacam je..tah mandi ke tidak tu..erk

Kesimpulannya ,sebenarnya kedua-duanya akan ada rasa frust dalam hati..siapa yang lagi kecewa itu hanyalah bergantung pada kesetiaan dia, tahap sayang dia ...siapa yang minta breakup dahulu itu tidak penting kerana ini bergantung pada sebab mengapa berlakunya putus cinta.


Mood: Saya tak pernah kapel saya single saya suka dan saya nak kawen terus sebab senang ahahahaha


Friday, 12 August 2011

Tips: Tanda Pasangan anda itu sangat cemburu


Bagi pasangan suami isteri ataupun kekasih, kita tidak akan lari daripada penyakit cemburu. Memang betul ramai mengatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang, tak kurang juga yang melihat cemburu itu masalah besar... cemburu buta yang akhirnya boleh menyebabkan keruntuhan hubungan anda dalam berkasih. Oleh itu.. bagi mengatasi masalah ini, kita seharusnya dahulu menghidu ataupun melihat apakah tanda-tanda yang wujud jika pasangan anda itu cemburu. 






  • Kadangkala dia akan menelefon kamu beberapa kali dalam sehari. jikalau anda tidak menjawab panggilannya pastinya dia akan marah 
  • Walaupun dia tahu anda sibuk pada masa itu, dia tetap mahu bercakap dengan anda
  • walaupun anda keluar dengan rakan sekerja ataupun kawan yang berlainan jantina, dia tetap akan marah
  • dia akan selalu menyiasat pergerakan kamu.. dan jika ada kesalahan,,,nahaslah
  • kalau kamu mahu meninggalkan dia, dia akan mengugut akan melakukan perkara yang diluar jangkaan seperti membunuh diri
  • dia hanya mahu kamu bersama dengan dia saja..tak kira lah di majlis , mahupun di laman sosial  seperti facebook
  • jikalau ada majlis keramaian, dia tidak suka kamu pergi kerana bimbang ada orang lain yang tertarik dengan kamu
  • kadangkala dia akan menyoal kamu seperti seorang polis, sebabnya dia mahu tahu apa yang berlaku semuanya
  • jika kamu memberi penjelasan, dia tidak akan mahu ambil peduli,

Macam aku kata sebelum ini, persefahaman itu penting.. korang tak buat hal diorang tak kecoh la.. cemburu ini macam belon, kalau lama-lama simpan.. lama-lama meletop weiii... aduihhhh~ 

Mood: Pergi solat tenangkan diri ^^


Thursday, 11 August 2011

Tips: Perkara yang lelaki mahu pada wanita



Lelaki , macam aku ini hanyalah insan biasa...mempunyai kemahuan, mempunyai nafsu, juga mempunyai impian untuk berpasang-pasangan. Dalam kata lain yang biasa u olz sebut couple dan berbini. Harus anda ingat, terutamanya wanita sekalian ..jikalau anda mahu seorang lelaki itu tertarik dan terus melekat dengan anda macam magnet, cubalah fahami apa yang seorang lelaki mahukan pada perempuan.



  • Lelaki mahukan wanita yang pandai bergaya, maknanya pandai jaga penampilan dirinya sendiri.. comot? selekeh?  ewww
  • Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak! yang tak reti memasak tu sila pergi belajar masak sekarang!
  • Lelaki mahukan wanita yang happy dan ceria selalu. Eh kalau korang asik nak menangis monyok buat muka ketat je...ada laki nak suka ke? psst
  • Lelaki mahukan wanita yang reti berdikari ,reti buat kerja. dengan ini senang lah nak jaga bila jadi isteri nanti.. jangan asik asik "abang,,,macammana nak buat ini, macammana nak buat itu..." huhhh ..menyusahkan! jadi sila pergi bukak buku belajar apa yang patut!
  • Lelaki mahukan wanita yang respek dia.. yang pandai jaga hati dia... jangan buat dia terabai..jangan buat lelaki tu macam tak wujud je dalam dunia ini!! jangan buat kerja ikut suka hati korang je! huhhhh
  • Lelaki mahukan wanita yang pandai , cerdik.. laki memang suka pada wanita yang banyak memberi informasi kepada dia..dan dia rasa ada kelebihan bila bersama wanita itu.
  • Lelaki mahukan kebebasan! jangan asik asik nak berkepit dengan dia je 24 jam...fuhh rimas tau tak?

Itulah sedikit sebanyak kemahuan lelaki pada wanita. Harus diingatkan.. paras wajah bukanlah pengukur terbaik dalam suatu perhubungan... kalau dan annoying tu...kalau dah macam tu macam ini.. fuhh lama-lama muak gak weiii...ada faham?


Mood: Jangan asyik nak ber facebook je...


Jawatan Kosong Serta Promosi Di Bulan Ramadhan


Banyak promosi yang diadakan sepanjang bulan ramadhan ini. Masing-masing dengan gayanya tersendiri untuk menyambut hari raya aidilfitri. Tidak kiralah kedai kain yang mempromosi jualan baju rayanya,langsir rumah,kuih raya tudung bawal,  hinggalah kepada barangan elektrik. 

Promosi boleh diadakan sepanjang ramadhan ini dalam pelbagai kaedah, dari risalah poster rumah kerumah hinggalah penjualan barangan secara online. Apapun itu merupakan langkah yang terbaik bagi anda mencari pendapatan lebih sempena hari raya ini.

Tapi perlulah kita ingati, apakah promosi yang sepatutnya kita ketahui dan kita langgani.. semestinya promosi ini hanya diadakan pada bulan ramadhan ini sahaja. Maka amatlah rugi jikalau kita melepaskan promosi yang hebat ini. Kekosongan jawatan ini tidak terhad...jadi apa lagi??




Mood: Ketuk Paku



Pelik: Kedai ini menjual punggungnya



Kedai ini merupakan kedai yang pelik  pertama dalam  hidup aku yang aku jumpa telah menjual "punggung"nya .Apapun berkemungkinan pemilik ini mempunyai alasan yang kukuh untuk menjalankan perniagaan dengan nama yang unik, atau mungkinkah nama pemilik kedai runcit tersebut ialah asssley simpson? asslyin cole mahupun ashlyn brooke? erk


Bagi aku, eloklah kejadian ini dijadikan iktibar , oleh itu kita sepatutnya menjadikan ia sebagai teladan dalam memilih nama sebuah kedai, nama jenama anda mahupun nama anak anda yang bakal lahir kelak?. Sekali lagi..jikalau anda tersilap untuk memilih suatu nama, kesannya hanyalah akan dijadikan bahan jenaka masyarakat sahaja. 


Mood: Jual ubat kuat  ..yaww


Fakta : Kenapa Perlu Bergaduh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa perlu bergaduh ? adakah pergaduhan itu merupakan jalan penyelesaian termudah dalam sesuatu perkara? . Kita perlu ingat dalam sesuatu pergaduhan lebih banyak keburukan yang akan kita perolehi daripada kelebihan keuntungan. Sebagai contoh :
Ali merupakan sahabat baik kepada Abu , mereka telah berkawan sejak kecil ..dari bangku sekolah hinggalah ke alam pekerjaan malah bekerja di tempat yang sama. Dijadikan cerita, mereka berdua telah berkenalan dengan Minah, seorang junior di syarikat mereka yang baru bekerja disitu. Disebabkan paras wajah yang cantik serta budi pekertinya yang baik, Ali dan Abu pun terpikat lantas memasang niat untuk memikat Minah. Dalam bekerja itu disebabkan salah faham "nak potong line" mereka berdua pun bergaduh. Dalam pergaduhan itu wujudnya fitnah sehingga menyebabkan Abu dibuang kerja. Sebulan selepas kerja .. Aminah tiba-tiba mengumumkan untuk berhenti kerja dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maka tinggallah Ali keseorangan di tempat kerja tersebut. sekian





Dalam cerita tersebut kita dapat rungkaikan :
  • Ali dan abu bergaduh untuk merebut wanita -pehh cerita basi
  • Mereka berdua putus sahabat sebab awek? -lagilah tah hape hape
  • Akhirnya Minah berhenti kerja - so what?
  • Bos tersebut kehilangan seorang staff yang berwibawa- kesian bos dia
  • Rupanya Minah itu awek OrenzSusu -ok yang ini mengarut =.=
Akhir kata, cubalah bersifat profesional dan banyakkan bersabar.. sikap bertolak ansur itu sangatlah penting dalam suatu hubungan silatulrahim . ^^

Sekian dari saya..terima kasih kerana membaca ^^

Mood: Pulau kan dia,,,wahahaha

Wednesday, 10 August 2011

Fakta: Pembedahan plastik terburuk

Acap kali orang katakan, pembedahan plastik memang tak elok, mengubah tubuh badan dengan kepada plastik spastik logistik apekehal weii.. perlu anda tahu, pembedahan plastik ini lebih banyak keburukannya daripada kelebihan. kalau nak lihat kesan pembedahan plastik yang berlebihan tengok lah gambar di bawah ini.pandai buat pandai la tanggung risikonya.. haaa..semputtt


Nama awek makcik pada gambar itu ialah Jocelyn Wildenstien. Entah macam mana dia boleh diberi nama jolokan , the bride wildenstien. Dikatakan wanita ini memang sangat taksub dengan pembedahan plastik dan dia telah menghabiskan wang sekitar us$4000000 untuk mencantikkan wajahnya . tapi apakan daya..kerana kesilapan pembedahan plastik *mungkin , wajahnya telah berjaya menjadi topeng plastik yang spastik...erk

 Suaminya merupakan seorang usahawan seni yang sangat kaya raya. Mungkin sebab itulah dia boleh membuat pembedahan plastik dengan sesuka hati. Apapun.. lihatlah kesan pembedahan plastik ini.. aku cuma boleh kata ini merupakan kesilapan terburuk bagi dirinya.. dan sebagai iktibar, ingatlah tuhan memberi kita sebaik baik kejadian, buat apa kita mahu mengubahnya?


Mood: Tukar tiub tayar

Fakta: Beza Antara Rakan Dengan Kekasih



Ramai yang suka bila bercakap perihal mengenai perbezaan antara rakan dengan teman istimewa .Apa yang dikatakan teman istimewa adalah mudah disebutkan dalam perkataan urbannya ialah pakwe dan makwe ataupun rigkasannya gf dan bf. .Ada jelas terdapat perbezaan antara member dengan bf/gf , samada anda perasan ataupun tidak, ia akan dijelaskan dalam situasi dibawah.




#Dapat  sms pagi-pagi lepas subuh "mornin awak ^^"

Kalau BF/GF : 
  • korang punya la suka ..itu tandanya dia ingatkan korang...hihi

Kalau member
  • korang rilek je..kadangkala siap cakap "buat tebiat ke?" =.=



#Kalau korang lambat reply sms 

Kalau BF/GF :
  • mula la cakap "sori la syg lmbt rply td ade meeting"

Kalau member :
  • terus sahaja masuk ke topik sebelum ini.. takde langsung nak bgtau sebab apa lambat reply.. kena gaya tak reply langsung!.



#Masa ajak keluar jalan-jalan

Kalau BF/GF: 
  • Pakaian mestilah terbaik, nak yang hot, nak yang cool mesti cantik dan smart. minyak wangi takya cakap la.. fuhh semerbak!. nak makan kat mana.. mekdi, piza, kepci. secret resepi...pehhh
Kalau member :
  • Pakai sempoi sempoi je.. cukuplah t-shirt pergi kerja yang kadang-kadang tak basuh seminggu pun korang pakai. kena gaya kalau lelaki ketiak pun bau hangit...fuuuu.makan? hah kedai mamak oder roti canai kosong sudahhh


#Cakap dalam telefon:

Kalau BF/GF :
  • Alahai suara kalau yang macam singa tu tiba-tiba je boleh bertukar menjadi kucing...meaowww..punyalah nak romantik kununnya...fuuu...yang aweks pula mulalah buat suara manje yabedabedu shukew shukew,,,,dan pastinya korang mampu bercakap lebih daripada 3 jam ataupun sehingga telepon korang habis bateri? erk
Kalau member :
  • korang takkan berselindung..cakap mesti kasar..ayat tu kalau tak buat orang sakit hati tak boleh.. kalau  nak cakap tu mesti kejap-kejap tegelak...hahahahaahha hahahahaha...dan semestinya korang xkan cakap lebih daripada 10 minit melainkan ada urusan penting


#Cakap belakang :

Kalau BF/GF :
  •  Alahai  sampai kiamat pun korang takkan kutuk bf/gf korang.. takkan la korang nak cakap "huh makwe aku tu bapak la pemalas,..nakal pulak tu,masa kecik2 suma bekubang kat paya..=.=". asik asik nak puji.. asik-asik dia la yang terbaik...fuuuu

Kalau member  :
  • korang tanpa segan silu untuk mengutuk dan mengumpat *jangan amalkan  kadangkala itu akan menjadi satu keperluan dalam hidup korang...."peh kalau tak kutuk dia sehari macam tak lengkap hidup wo"


Kesimpulannya.. korang semestinya akan melebihkan dengan bf/gf korang .maklumla..sayang kan.. dan dengan rakan pula korang akan menjadi sempoi dan bersahaja, sebab apa? kawan kan... ahahahaha 


Mood: Mahu cari skandal pula.. erk!




Kepompong



kadangkala aku rasa aku perlu keluar dari kepompong baldu ini
mungkin terlalu lama aku enak dibelai dalam kepompong ini
siapa tahu di luar sana ada yang lebih indah untuk dinikmati
siapa tahu hari esok bukan lagi hariku untuk bersamamu
halusinasi ini perlu dijauhi,aku taknak mati dalam kepompong ini
biarlah aku hidup walau macammanapun
janji aku puas dan bebas melebar dan mengepak sayap ini
walaupun nipis tidak bertulang ,aku akan harunginya..




Mood : down



Thursday, 14 July 2011

perjalanan



wahh takda idea xda idea....grrrr....



Berjalan jalan kumerantau
aku tiada gps, kompas malahan peta sekalipun
gerak hati dan situasi penggerak perjalananku
terserah padanya takdir hidupku ini

berhenti dipersimpangan tiga
kekanan menghala onak dan duri
kekiri  menghala haluan panjang
perjudikan nasib haluan kanan kuredahi

luka gatal sakit tegar biasa
panas terik berjeruk apalah lagi
kalau itu yang perlu dilalui
usahlah gentar teruskanlah

sinar suria memancar kelihatan
sang pelangi juga turut serta
indahnya dunia meraikan
kutarik nafas menghembus kelegaan

lihat kanan lihat kiri 
pandang kehadapan dan tenunglah
percaya tanpa usaha dan semangat
katakan pada diri adakah kamu sedang bermimpi



kemana harus dituju





mood: mengarut =.=


Saturday, 14 May 2011

Apa itu ungkapan~143~ apa itu olive u ~

start of the story~

.Ali, seorang usahawan berjaya, berumur 25 tahun, dan masih bujang. nak dijadikan cerita, Ali dah lama meminati minah ini, siti namanya. oleh sebab dia sudah lama berkawan sejak dari sekolah rendah lagi maka dia segan dan malu  tahap cipan untuk menyampaikan perasaannya kepada siti.


pada hari itu, ali nekad untuk meluahkan hatinya~ maka selepas mengajak siti untuk bertemu janji di sebuah restoran terkenal, ali pun memulakan bicaranya. akan tetapi disebabkan segannya untuk berkata., ali pun bercakap  seperti begini:

"awak, kita dah lama berkawan~ hari ini saya nak cakap~ olive u"

dan siti rupa-rupanya pun sudah lama meminati ali, tetapi disebabkan ingin menjaga ciri-ciri kewanitaan dia terpaksa memendam perasaannya. setelah mendengar luahan hati ali , siti mengambil kertas dan menulis perkataan ini:

143

~ok end of the story

oleh itu , apakejadahnya olive u ni~ apakebendanya 143 ni~


olive u = i  lo*e u 



143:-
ada banyak maksud, ia merujuk kepada 1=i ,4=empat huruf, 3=you. oleh itu terdapat banyak maksud yang tersirat dalam 143 ni contohnya~
  • i lo*e you
  • i miss you
  • i hate you
  • i f**k you
  • i kill you


mood: blog aku bukan blog jiwang~ siyezz

awak~ selamat hari jururawat

12 mei 2011...

*pernah tengok tak j-drama ni klik

umur aku 21 tahun 5 bulan tah berapa hari~ *dah tua dah rupanya =.=  tapi baru sekarang aku tahu yang 12 meimerupakan hari jururawat ..sungguh kuno aku kan...ini pun tahu selepas tengok post kat fesbuk... *kalau takda fesbuk tak boleh  ke? 

oleh itu appreciate la kepada semua jururawat ini kerana :
·         diorang kerja shift pagi petang .letih wo
·         diorang sabar layan karenah korang yang annoying tu
·         diorang ni korang ingat senang ke nak jadi nurse. susah gak la der~blaja sana, exam bla bla bla watever~
·         diorang ni kalau takde sapa nak tolong doktor buat kerja? hah jawab. 



akhir kata aku ucapkan selamat hari jururawat kepada semua jururawat di dunia ini * sekarang dah ada jururawat lelaki kan?..
jap jap~ budak kampung aku ada gak jadi nurse ~ 
nduha azhar dan  az wani...itu je kot~ ~
uik~.. ada blogger yang aku kenal ni nurse wannabe~ cik riben putih..
selamat hari jururawat!


mood: Hari jurutera ada tak? lalala~
https://blogger.googleusercontent.com/tracker/1584274697542929208-2033876921732598986?l=stalknebengz.blogspot.com

Kalau rindukan seseorang korang nak buat apa yek?

Hahahahah hari ini aku nak taip entri jiwang trang tang tang~euwwwww... mengade ngade ah kau ni nebengg~ =.= . walaupun aku ni punyalah serius mengalahkan shuib sepah dan amatlah garang mengalahkan amal ezpraza.. arghh~ peduli hape aku..nak taip gak =.=


*gambar hiasan

Oleh itu ada beberapa tips yang boleh digunapakai untuk kalau korang rasa rindu kepada seseorang :

  • Tengok gambar gambar dia, sebut nama dia sambil peluk tedy bear . bwahaha
  • korang mesti ada lagu khas kan? ala lagu kapel watever tu~ ok dengar lagu tu
  • ingat la balik masa-masa suwid dengan dia ~ cth masa 1st time korang deting~
  • baca mesej korang lama-lama  sebelum ni *kalau korang tak delete.
  • pergi sibukkan diri buat kerja lain sampai letih pastu tidur,cth: main game..~
  • ambik wudu' mengaji *tenangkan fikiran tu ya



mood: aku rindukan zaman blaja aku, tak payah fikir susah-susah cari duit  :[