Sunday 14 August 2011

Kisah duit RM1 dengan RM50


Cuba korang bayangkan jikalau wang yang anda gunakan dalam seharian ini boleh bercakap , boleh berkata-kata ..korang fikirkan..apakah yang akan disebut olehnya ..apakah yang dia mahu.. Oleh itu aku mahu kongsikan sedikit kisah mengenai duit rm1 apabila berjumpa dengan duit rm50.





Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... "

Dah nampak dah? sesungguhnya banyak wang kita dihabiskan untuk hiburan semata-mata. Kenapa kita ini sangat kedekut untuk menderma.. kenapa?... tanya hati


Mood: Halusinasi