Saturday 13 August 2011

Lawak:Jangan cocok bontot aku lagi lah


Kisah lawak yang agak nakal..tetapi ada baiknya aku share kat korang...ada juga sedikit informasi aku boleh kongsi.. jangan main cocok bontot ya~ erk


Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.
Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

*sumber:facebook

Mood: Jangan main belakang ya~ dosa besar tu


Topik:Putus Cinta ,siapa yang lagi kecewa


Dalam kehidupan ini, ada yang indah , ada yang buruk ,bagi aku putus cinta adalah salah satu benda terburuk yang akan hadir dalam diri anda. Sama juga bila artis putus cinta contohnya Fasha sandha dan jejai, semua sibuk cerita pasal dia, habis semua media menceritakan tentangnya. tapi ada ke yang sibuk nak tahu, fasha sandha yang kecewa ataupun si Jejai tu yang lebih frust menonggeng..korang tak terfikir pulak kan masa tu.. ahaha 

alt

Kalau nak diceritakan mengapa perlu putus cinta..rasanya korang yang baca ini pun lebih arif, contoh terdekat adalah bila berlakunya ketidakpersefahaman ,bila awek korang itu terlalu cemburu hingga si pakwe itu rasa sangat annoying, ataupun si pakwe itu terpaksa break dengan korang sebab ada tentangan keluarga..ataupun  korang ini ada penyakit kronik seperti aids dan sebab sayangkan dia korang pun break, ahhhh korang pun tahu kan..tepuk dada tanya selera

Jadi,bila putus cinta.. siapa yang lebih kecewa sekarang?siapa yang lebih frust menonggeng..siapa yang akan lebih derita macam dunia nak kiamat esok.. lelaki ke wanita...siapa ya..ahahahaah

Perempuan..kalau putus cinta bagi aku lebih banyak menzahirkan rasa kecewanya pada umum, tengok
saja la kat facebook... mula-mula tulis ayat frust menonggeng...cakap i kecewa la ape la segala bagai...lepas tu ramai je orang bagi support kat dia...dan esoknya dia deactive akaun itu ..bwahahaaah  takpun dia akan block user pakwe dia ..pssttt sakit hati woo tengok profile pakwe dia ...kena gaya pakwe dia tu dah ada makwe baru..siap wat ayat-ayat manja lagi kat situ...ayaya...

Lelaki..bukan nak cakap la... semua nak cool.. semua nak hebat..nak baikk punya.. bila putus cinta itu buat rilek je la konon padahal dalam hati punya la kecewa.. kalau dibolehkan x-ray dada itu silap-silap boleh nampak hati dia tu retak dan remuk berkecamuk.. Tapi laki kan.. buat rilek suda... padahal macam la orang taktau dia frust.. tengok muka pun dah tahu..serabai semacam je..tah mandi ke tidak tu..erk

Kesimpulannya ,sebenarnya kedua-duanya akan ada rasa frust dalam hati..siapa yang lagi kecewa itu hanyalah bergantung pada kesetiaan dia, tahap sayang dia ...siapa yang minta breakup dahulu itu tidak penting kerana ini bergantung pada sebab mengapa berlakunya putus cinta.


Mood: Saya tak pernah kapel saya single saya suka dan saya nak kawen terus sebab senang ahahahaha


Friday 12 August 2011

Hot: Justin Bieber Jadi Duta Produk Malaysia


Aku pun pelik dan hairan pada mulanya. member aku cakap yang budak justin bieber ni dah jadi duta produk malaysia? pehh "biar betul pakwe selema gomez ni? banyak negara malaysia juga dia ambik" lepas tu aku usha-usha la yang budak bibir ni jadi duta apa... mana tau jadi duta clear, pastu boleh la tengokdia posing  belai rambut sambil cakap"tiada kelemumur" ahahah cair terus awek-awek yang minat setia dengan budak justin bieber ni.. Last last aku tengok.... errr... ewwww 

Memperkenalkan..Justin Bubur!

Macam budak muda kita selalu cakap~ OMG...OMG... ahahaahaa aku tak boleh bayangkan la kalau justin bieber ni pegang bubur lambuk pastu cakap "anda dah rasa? saya sudah..." ahahahaah epic! 

One more.. sape la peniaga yang jual ni.. agak la weii jual barang kalau guna nama orang tak elok.. kalau justin bieber tahu ni.. fuuu berapa banyak hang nak bayar royalti dia..komisen die .. Jual bubur je... mampu ke? er...


Mood: Jadi duta iklan sardin


Lawak dan Jenaka dalam perkataan


Lawak Yang Diubah Suai...hehehe
Banyak perkara dalam hidup kita berkaitan dengan lawak jenaka, namun ada juga lawak jenaka yang mungkin ada bunyi yang agak biadab/lucah apabila di ubahperkataannya:-





  • Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh jumpa banyak kondom terpakai.
  • Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
  • Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
  • Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
  • Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
  • Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.
  • Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
  • Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
  • Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
  • Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
  • Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)
*sori aku takda mood nak menaip hari ni..jadi aku share je lah  lawak ini kat korang ^^


Mood: Senyum.. senyumm :]


Tips: Tanda Pasangan anda itu sangat cemburu


Bagi pasangan suami isteri ataupun kekasih, kita tidak akan lari daripada penyakit cemburu. Memang betul ramai mengatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang, tak kurang juga yang melihat cemburu itu masalah besar... cemburu buta yang akhirnya boleh menyebabkan keruntuhan hubungan anda dalam berkasih. Oleh itu.. bagi mengatasi masalah ini, kita seharusnya dahulu menghidu ataupun melihat apakah tanda-tanda yang wujud jika pasangan anda itu cemburu. 






  • Kadangkala dia akan menelefon kamu beberapa kali dalam sehari. jikalau anda tidak menjawab panggilannya pastinya dia akan marah 
  • Walaupun dia tahu anda sibuk pada masa itu, dia tetap mahu bercakap dengan anda
  • walaupun anda keluar dengan rakan sekerja ataupun kawan yang berlainan jantina, dia tetap akan marah
  • dia akan selalu menyiasat pergerakan kamu.. dan jika ada kesalahan,,,nahaslah
  • kalau kamu mahu meninggalkan dia, dia akan mengugut akan melakukan perkara yang diluar jangkaan seperti membunuh diri
  • dia hanya mahu kamu bersama dengan dia saja..tak kira lah di majlis , mahupun di laman sosial  seperti facebook
  • jikalau ada majlis keramaian, dia tidak suka kamu pergi kerana bimbang ada orang lain yang tertarik dengan kamu
  • kadangkala dia akan menyoal kamu seperti seorang polis, sebabnya dia mahu tahu apa yang berlaku semuanya
  • jika kamu memberi penjelasan, dia tidak akan mahu ambil peduli,

Macam aku kata sebelum ini, persefahaman itu penting.. korang tak buat hal diorang tak kecoh la.. cemburu ini macam belon, kalau lama-lama simpan.. lama-lama meletop weiii... aduihhhh~ 

Mood: Pergi solat tenangkan diri ^^


Thursday 11 August 2011

Tips: Perkara yang lelaki mahu pada wanita



Lelaki , macam aku ini hanyalah insan biasa...mempunyai kemahuan, mempunyai nafsu, juga mempunyai impian untuk berpasang-pasangan. Dalam kata lain yang biasa u olz sebut couple dan berbini. Harus anda ingat, terutamanya wanita sekalian ..jikalau anda mahu seorang lelaki itu tertarik dan terus melekat dengan anda macam magnet, cubalah fahami apa yang seorang lelaki mahukan pada perempuan.



  • Lelaki mahukan wanita yang pandai bergaya, maknanya pandai jaga penampilan dirinya sendiri.. comot? selekeh?  ewww
  • Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak! yang tak reti memasak tu sila pergi belajar masak sekarang!
  • Lelaki mahukan wanita yang happy dan ceria selalu. Eh kalau korang asik nak menangis monyok buat muka ketat je...ada laki nak suka ke? psst
  • Lelaki mahukan wanita yang reti berdikari ,reti buat kerja. dengan ini senang lah nak jaga bila jadi isteri nanti.. jangan asik asik "abang,,,macammana nak buat ini, macammana nak buat itu..." huhhh ..menyusahkan! jadi sila pergi bukak buku belajar apa yang patut!
  • Lelaki mahukan wanita yang respek dia.. yang pandai jaga hati dia... jangan buat dia terabai..jangan buat lelaki tu macam tak wujud je dalam dunia ini!! jangan buat kerja ikut suka hati korang je! huhhhh
  • Lelaki mahukan wanita yang pandai , cerdik.. laki memang suka pada wanita yang banyak memberi informasi kepada dia..dan dia rasa ada kelebihan bila bersama wanita itu.
  • Lelaki mahukan kebebasan! jangan asik asik nak berkepit dengan dia je 24 jam...fuhh rimas tau tak?

Itulah sedikit sebanyak kemahuan lelaki pada wanita. Harus diingatkan.. paras wajah bukanlah pengukur terbaik dalam suatu perhubungan... kalau dan annoying tu...kalau dah macam tu macam ini.. fuhh lama-lama muak gak weiii...ada faham?


Mood: Jangan asyik nak ber facebook je...


Jawatan Kosong Serta Promosi Di Bulan Ramadhan


Banyak promosi yang diadakan sepanjang bulan ramadhan ini. Masing-masing dengan gayanya tersendiri untuk menyambut hari raya aidilfitri. Tidak kiralah kedai kain yang mempromosi jualan baju rayanya,langsir rumah,kuih raya tudung bawal,  hinggalah kepada barangan elektrik. 

Promosi boleh diadakan sepanjang ramadhan ini dalam pelbagai kaedah, dari risalah poster rumah kerumah hinggalah penjualan barangan secara online. Apapun itu merupakan langkah yang terbaik bagi anda mencari pendapatan lebih sempena hari raya ini.

Tapi perlulah kita ingati, apakah promosi yang sepatutnya kita ketahui dan kita langgani.. semestinya promosi ini hanya diadakan pada bulan ramadhan ini sahaja. Maka amatlah rugi jikalau kita melepaskan promosi yang hebat ini. Kekosongan jawatan ini tidak terhad...jadi apa lagi??




Mood: Ketuk Paku



Pelik: Dia letak ular sawa depan rumah



Kerana dendam, seorang lelaki yang bekerja di kedai buku tergamak meletak ular sawa hidup di depan rumah jirannya bagi menakut nakutkan serta mengancam jirannya.

Suspek,Hendrix  yang berumur 22 tahun itu dipercayai meletakkan ular sawa sebesar 2.7 meter didalam sebuah guni putih  dihadapan rumah mangsa K.V Rajoo PPR Bandar Tun Razak, Cheras malam jumaat lalu.Mujurlah mangsa mencurigai bungkusan tersebut lalu memanggil pihak berkuasa.




Memang agak terkejut setelah mengetahui terdapat ular sawa yang besar pada bungkusan tersebut. Suspek kini telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Jika djatuhi hukuman ,hendrix boleh dijatuhi hukuman penjara 6 bulan ataupun denda tidak melebihi RM2000 mengikut kesalahan dibawah seksyen 289, kanun keseksaan


Mood: Jangan buat kecohh..

Hot: Dia tayang buah dada dikhalayak ramai


Pelik betullah dunia ini.. bermacam-macam perkara lucu dan aneh boleh kita lihat. Aku pun tak tahu nak komen apa pasal gambar ini.. buah dada? err... taknak makkk ...T.T tak menggoda langsung!! ffttt!@#$..




Mood: Cari baldi 

Pelik: Kedai ini menjual punggungnya



Kedai ini merupakan kedai yang pelik  pertama dalam  hidup aku yang aku jumpa telah menjual "punggung"nya .Apapun berkemungkinan pemilik ini mempunyai alasan yang kukuh untuk menjalankan perniagaan dengan nama yang unik, atau mungkinkah nama pemilik kedai runcit tersebut ialah asssley simpson? asslyin cole mahupun ashlyn brooke? erk


Bagi aku, eloklah kejadian ini dijadikan iktibar , oleh itu kita sepatutnya menjadikan ia sebagai teladan dalam memilih nama sebuah kedai, nama jenama anda mahupun nama anak anda yang bakal lahir kelak?. Sekali lagi..jikalau anda tersilap untuk memilih suatu nama, kesannya hanyalah akan dijadikan bahan jenaka masyarakat sahaja. 


Mood: Jual ubat kuat  ..yaww


Fakta : Kenapa Perlu Bergaduh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa perlu bergaduh ? adakah pergaduhan itu merupakan jalan penyelesaian termudah dalam sesuatu perkara? . Kita perlu ingat dalam sesuatu pergaduhan lebih banyak keburukan yang akan kita perolehi daripada kelebihan keuntungan. Sebagai contoh :
Ali merupakan sahabat baik kepada Abu , mereka telah berkawan sejak kecil ..dari bangku sekolah hinggalah ke alam pekerjaan malah bekerja di tempat yang sama. Dijadikan cerita, mereka berdua telah berkenalan dengan Minah, seorang junior di syarikat mereka yang baru bekerja disitu. Disebabkan paras wajah yang cantik serta budi pekertinya yang baik, Ali dan Abu pun terpikat lantas memasang niat untuk memikat Minah. Dalam bekerja itu disebabkan salah faham "nak potong line" mereka berdua pun bergaduh. Dalam pergaduhan itu wujudnya fitnah sehingga menyebabkan Abu dibuang kerja. Sebulan selepas kerja .. Aminah tiba-tiba mengumumkan untuk berhenti kerja dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maka tinggallah Ali keseorangan di tempat kerja tersebut. sekian





Dalam cerita tersebut kita dapat rungkaikan :
  • Ali dan abu bergaduh untuk merebut wanita -pehh cerita basi
  • Mereka berdua putus sahabat sebab awek? -lagilah tah hape hape
  • Akhirnya Minah berhenti kerja - so what?
  • Bos tersebut kehilangan seorang staff yang berwibawa- kesian bos dia
  • Rupanya Minah itu awek OrenzSusu -ok yang ini mengarut =.=
Akhir kata, cubalah bersifat profesional dan banyakkan bersabar.. sikap bertolak ansur itu sangatlah penting dalam suatu hubungan silatulrahim . ^^

Sekian dari saya..terima kasih kerana membaca ^^

Mood: Pulau kan dia,,,wahahaha

Wednesday 10 August 2011

Fakta: Pembedahan plastik terburuk

Acap kali orang katakan, pembedahan plastik memang tak elok, mengubah tubuh badan dengan kepada plastik spastik logistik apekehal weii.. perlu anda tahu, pembedahan plastik ini lebih banyak keburukannya daripada kelebihan. kalau nak lihat kesan pembedahan plastik yang berlebihan tengok lah gambar di bawah ini.pandai buat pandai la tanggung risikonya.. haaa..semputtt


Nama awek makcik pada gambar itu ialah Jocelyn Wildenstien. Entah macam mana dia boleh diberi nama jolokan , the bride wildenstien. Dikatakan wanita ini memang sangat taksub dengan pembedahan plastik dan dia telah menghabiskan wang sekitar us$4000000 untuk mencantikkan wajahnya . tapi apakan daya..kerana kesilapan pembedahan plastik *mungkin , wajahnya telah berjaya menjadi topeng plastik yang spastik...erk

 Suaminya merupakan seorang usahawan seni yang sangat kaya raya. Mungkin sebab itulah dia boleh membuat pembedahan plastik dengan sesuka hati. Apapun.. lihatlah kesan pembedahan plastik ini.. aku cuma boleh kata ini merupakan kesilapan terburuk bagi dirinya.. dan sebagai iktibar, ingatlah tuhan memberi kita sebaik baik kejadian, buat apa kita mahu mengubahnya?


Mood: Tukar tiub tayar

Fakta: Beza Antara Rakan Dengan Kekasih



Ramai yang suka bila bercakap perihal mengenai perbezaan antara rakan dengan teman istimewa .Apa yang dikatakan teman istimewa adalah mudah disebutkan dalam perkataan urbannya ialah pakwe dan makwe ataupun rigkasannya gf dan bf. .Ada jelas terdapat perbezaan antara member dengan bf/gf , samada anda perasan ataupun tidak, ia akan dijelaskan dalam situasi dibawah.




#Dapat  sms pagi-pagi lepas subuh "mornin awak ^^"

Kalau BF/GF : 
  • korang punya la suka ..itu tandanya dia ingatkan korang...hihi

Kalau member
  • korang rilek je..kadangkala siap cakap "buat tebiat ke?" =.=



#Kalau korang lambat reply sms 

Kalau BF/GF :
  • mula la cakap "sori la syg lmbt rply td ade meeting"

Kalau member :
  • terus sahaja masuk ke topik sebelum ini.. takde langsung nak bgtau sebab apa lambat reply.. kena gaya tak reply langsung!.



#Masa ajak keluar jalan-jalan

Kalau BF/GF: 
  • Pakaian mestilah terbaik, nak yang hot, nak yang cool mesti cantik dan smart. minyak wangi takya cakap la.. fuhh semerbak!. nak makan kat mana.. mekdi, piza, kepci. secret resepi...pehhh
Kalau member :
  • Pakai sempoi sempoi je.. cukuplah t-shirt pergi kerja yang kadang-kadang tak basuh seminggu pun korang pakai. kena gaya kalau lelaki ketiak pun bau hangit...fuuuu.makan? hah kedai mamak oder roti canai kosong sudahhh


#Cakap dalam telefon:

Kalau BF/GF :
  • Alahai suara kalau yang macam singa tu tiba-tiba je boleh bertukar menjadi kucing...meaowww..punyalah nak romantik kununnya...fuuu...yang aweks pula mulalah buat suara manje yabedabedu shukew shukew,,,,dan pastinya korang mampu bercakap lebih daripada 3 jam ataupun sehingga telepon korang habis bateri? erk
Kalau member :
  • korang takkan berselindung..cakap mesti kasar..ayat tu kalau tak buat orang sakit hati tak boleh.. kalau  nak cakap tu mesti kejap-kejap tegelak...hahahahaahha hahahahaha...dan semestinya korang xkan cakap lebih daripada 10 minit melainkan ada urusan penting


#Cakap belakang :

Kalau BF/GF :
  •  Alahai  sampai kiamat pun korang takkan kutuk bf/gf korang.. takkan la korang nak cakap "huh makwe aku tu bapak la pemalas,..nakal pulak tu,masa kecik2 suma bekubang kat paya..=.=". asik asik nak puji.. asik-asik dia la yang terbaik...fuuuu

Kalau member  :
  • korang tanpa segan silu untuk mengutuk dan mengumpat *jangan amalkan  kadangkala itu akan menjadi satu keperluan dalam hidup korang...."peh kalau tak kutuk dia sehari macam tak lengkap hidup wo"


Kesimpulannya.. korang semestinya akan melebihkan dengan bf/gf korang .maklumla..sayang kan.. dan dengan rakan pula korang akan menjadi sempoi dan bersahaja, sebab apa? kawan kan... ahahahaha 


Mood: Mahu cari skandal pula.. erk!




Tips: Cara bayar zakat fitrah guna sms


Dalam bulan ramadhan ini, bayaran zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua individu yang beragama islam. Pembayaran bolehlah dilakukan di kaunter pungutan zakat berdekatan ataupun menerusi individu yang dilantik oleh pusat pungutan zakat. Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi terkini, anda bolehlah membuat pembayaran zakat fitrah hanya menerusi sistem pesanan ringkas (sms). 



Menerusi sistem bayaran zakat fitrah sms ini, terdapat dua syarikat telekomunikasi yang bekerjasama iaitu Celcom dan Maxis . Arahan kaedah bayaran menerusi sms adalah seperti keterangan dibawah.

CELCOM: Taip FITRAH jarak *SELANGOR dan hantar ke 21999 dan ikut arahan selanjutnya
MAXIS : Taip FITRAH jarak *SELANGOR dan hantar ke 22032 dan ikut arahan selanjutnya

*nama negeri anda cth SELANGOR, PAHANG


Untuk kadar bayaran setiap negeri zakat fitrah 2011 anda bolehlah menyemaknya di pautan ini [klik]. Manakala untuk mendapatkan pembayaran menggunakan sms ini anda bolehlah menyemak di pautan ini


Pembayaran adalah selewat lewatnya sebelum 28 ogos 2011, sehingga jam 8 malam sahaja.





Hot: Gambar Emma Watson Bercium




Siapa yang tidak kenal dengan pelakon remaja ini, Emma Watcon 21, yang popular menerusi filem popular Harry Potter. Kali ini dikhabarkan dia tengah hangat bercinta dengan aktress popular ini, iaitu Jonny Simmons. Dikhabarkan mereka berdua akan bergandingan dalam filem terbaru the Perk Of Being Walflower yang bakal ditayangkan pada 2012.


Aksi yang sempat dirakam lensa kamera berdekatan restoran di kawasan santa monica, dilihat mereka berdua tidak segansilu apatah lagi malu untuk bercium dikhalayak ramai. Malahan mereka sempat lagi merenung mata sesama mereka beberapa ketika.


Mood: Dah maju sangat ke nak bercium di tempat awam? fuuuu =.=



Kepompong



kadangkala aku rasa aku perlu keluar dari kepompong baldu ini
mungkin terlalu lama aku enak dibelai dalam kepompong ini
siapa tahu di luar sana ada yang lebih indah untuk dinikmati
siapa tahu hari esok bukan lagi hariku untuk bersamamu
halusinasi ini perlu dijauhi,aku taknak mati dalam kepompong ini
biarlah aku hidup walau macammanapun
janji aku puas dan bebas melebar dan mengepak sayap ini
walaupun nipis tidak bertulang ,aku akan harunginya..




Mood : down



wordless wednesday # Kerja




Mood: Tolong Menolong



Tuesday 9 August 2011

Hot : Yoyo Drummer Band Padi Dijatuhi Hukuman Penjara


Yoyo,  yang juga merupakan ahli kumpulan band musik indonesia Padi, baru-baru ini telah dijatuhi perintah penjara selama setahun disebabkan penyalahgunaan dadah oleh mahkamah derah jakarta pusat

pada 27 februari lalu , yoyo atau nama sebenarnya Surendro Smith yang juga merupakan bekas suami penyanyi terkenal indonesia ,Rossa ditahan dalam serbuan polis di pangsapuri park atas kesalahan memiliki shabu seberat o.5 gram.




Tempoh setahun dijatuhkan kepada yoyo bagi memulihkan diri daripada gejala penagihan dadah setelah mengenalpasti penyanyi tersebut menggunakan dadah tersebut untuk kegunaannya sendiri 


Mood: Isap coki-coki lagi baik...


Luahan Hati Seorang bapa


Berikut merupakan luahan hati seorang bapa yang bimbangkan masa depan anaknya. apakah yang akan berlaku pada si anak tersebut suatu hari nanti .Sama-sama kita doakan agar diberikan kejayaan didunia dan akhirat.

Saya mula bimbangkan anak sy. Di rumah dididik dengan agama, ke sekolah dididik dgn sekular. Di rumah dididik Allah pemberi rezeki manakala ke sekolah dididik kerja/kerajaan yang memberi rezeki.Di rumah dididik takutkan Allah,ke sekolah diajar takutkan manusia.Di rumah sy mengharapknnya jadi mujahidah yang waqafkan diri untuk Islam, ke sekolah pula diajar jadi orang kejar dunia. Say ajar dia bcinta hanya 'kahwin' walaupun mude, ke sekolah dilarang kawen mude dan digalakkan 'bercouple'. Saya pernah laluinya, Allaah..Peliharalah kami..Amiin
 .sumber: Facebook


Mood: Halusinasi dramatik



Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #4:Nafsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#4 Nafsu meningkat
Percaya atau tidak nafsu  korang semestinya akan meningkat..dimulakan dengan nafsu korang untuk makan pada masa berbuka hinggalah nafsu untuk membeli persiapan menyambut hari raya. Kalau pergi ke bazar itu tak lengkap kalau tak bawak balik dengan makanan yang sarat..lepas itu mulalah membazir bila tidak habis. begitu juga untuk persiapan raya..nafsu yang tinggi menyebabkan semua menda korang nak ganti. langsir nak ganti, sofa nak ganti, rumah nak cat baru, suami nak ganti ...erk. Oleh itu disarankan korang kawallah nafsu itu daripada berleluasa, ingatlah pepatah ini, ikut hati mati, ikut rasa binasa...erk


Entri sebelum ini 


Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #1
Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #2
Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #3



Mood: Hidup bersederhana



Download : Drama Supermak Tv3 2011


Sudah tiga minggu drama Supermak, yang bersiaran di tv3 menerusi slot aksi keudara selepas menggantikan drama hebat sebelum ini, Juvana. Semestinya ramai rakan blogger yang telah membuat review mengenai drama ini daripada sipnopsis hinggalah kepada barisan pelakonnya. Jadi rasanya tidak perlulah aku menghuraikan lagi mengenai drama berepisod ini, cukuplah korang baca pautan dibawah 




Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton drama ini  *maklumlah kena pergi solat sunat terawih , jangan risau kerana anda boleh memuat turun dengan mudah. Disini  aku kongsikan pautan untuk  download memuat turun video drama ini.


Oleh itu, kakak, adik, makcik sekalian..jangan terlepas menonton drama berepisod ini pada waktu 9malam setiap isnin dalam slot aksi di tv3. ^^

Mood: Aku nak bagi ulasan pasal drama ini tapi,,,,nantilah..haha

Nak Duit Raya!!



Kanak-kanak apabila menyambut hari raya aldilfitri 2011 memang tak lari daripada duit raya. tak kira lah samada duit raya itu diberikan secara ikhlas daripada mereka yang lebih tua daripadanya...ataupun mereka sendiri menjalankan tugas dengan beraya sakan seluruh kampung dengan niat untuk mengumpul duit raya 

"assalamualaikum.... kami datang nak beraya.." maka dengan itu masuklah geng kanak-kanak yang beraya...modus operandinya mudah ..."selagi tak dapat duit raya kami takkan balik..haha"  tak sampai 10 minit pun beraya..terus nak balik .. bukan seperti si pakwe pergi beraya rumah makwe..mak aih satu jam pun tak cukup! errr ...lantas tuan rumah tersebut pun berkata "mari anak-anak salam dengan makcik/pakcik/kakak/abang " sambil menghulurkan sampul angpau raya ...selesai sahaja bersalam dengan pantasnya mereka lesap..hilang entah kemana...erk.. maka pada raya 2011 mereka pun melihat apa yang ada dalam angpau itu .."hek eleh..singgit jer??"  mak aih kecik-kecik dah materialistik ...bersyukurlah dengan pemberian ikhlas itu 
Nak duit raya...nak duit raya!! oleh itu anda sekalian yang bekerja...dah pergi ke bank sekarang untuk dapatkan wang pecah? kalau tak dapat di bank tukar kat stesen pam minyak pun takpe...ahahaa aku ada duit raya untuk korang ...tapi tak tau la laku ke tak duit ini,,,errr


Kisah posmen dengan Pak Pandir



Seorang posmen yang datang menghantar surat ke rumah pak pandir


Posmen: Assalamualaikum
Pak Pandir : Walaikumsalam 
Posmen : Ni rumah Encik Pandir Jukiman  ye?
Pak Pandir : Ya saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
Pak Pandir  : Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?
Posmen : !@#$%



Mood: Luar pemikiran


Tips: Cara untuk untuk elak kehamilan



Semua orang mahukan cahaya mata, kepada pasangan yang baru bernikah, tentulah berita kehamilan merupakan perkara yang sangat menggembirakan kedua belah pihak. Akan tetapi perancangan keluarga perlulah diatur bagi mengelak tanggungan yang tinggi lebih lagi pada era globalisasi sekarang. perlu diingatkan pencegahan adalah  lebih baik jikalau tidak mampu.

Oleh itu berbagai kaedah telah digunakan bagi menghalang kehamilan daripada berlaku tidak kiralah samada menggunakan cara tradisional ataupun dengan cara moden.



Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk mencegah  kehamilan berlaku antaranya:
  • Mengunakan kaedah yang "selamat" semasa mengadakan hubungan intim
  • Penggunaan pil berhormon ataupun pil perancang
  • Suntikan depo
  • Pengimplanan alat di dalam rahim

Perlu diingatkan bahawa penggunaan ubat-ubatan berkemungkinan mendapat kesan sampingan seperti gangguan haid dan penambahan berat badan serta perubahan pada kulit muka. Maka anda perlulah bijak memilih mana-mana kaedah yang dirasakan serasi dengan badan, perbincangan dengan doktor amatlah digalakkan.

Oleh itu rancanglah kehamilan anda, dan janganlah menganggap menjaga anak merupakan beban yang tinggi kerana anak merupakan anugerah Allah  yang tidak ternilai. -OrenzSusu-


Monday 8 August 2011

Saya Amat Mencintaimu (SAM) Review


sayang..
saya amat mencintaimu..
kau lah jantung ku kaulah denyut nadiku 
Jika kau SAMbal belacan
Akulah ulamnya..

**ok dah mula melalut..=.= jom baca review ini

Kita sudah terbiasa ataupun popular dengan filem-filem bergendre seperti  komedi romantik, komedi seram, dan aksi. Banyak kejayaan sekarang dalam industri perfileman ini sebagai Contoh yang terbaik ialah filem aksi KL GANGSTER arahan anak Yusof Haslam , Shamsul Yusof yang mana telah berjaya mengutip keuntungan lebih 12 juta.Kali ini wadah industri filem kita akan diwarnai sejarah baru apabila julung kalinya kita dihidang kan dengan  filem yang bergendre romantik thriller iaitu Saya Amat Mencintaimu atau lebih dikenali sebagai SAM.


Filem dibawah produksi Skop Production ini mencipta sejarah sekali lagi apabila filem ini akan diarah oleh pengarah paling muda di malaysia malah di rantau asia tenggara. Siapa lagi kalau bukan adik pengarah 12 milion man ini, Syafiq Yusof yang baru sahaja berumur 18 tahun.

syafiq yusuf yang tengah gelak besar tu


Hero dan heroin  yang membarisi filem Saya Amat Mencintaimu  ini ialah pelakon yang tidak asing lagi iaitu Shaheizi sam dan Lisa surihani, dua nama besar di persada industri hiburan tanahair.Antara pelakon lain ialah Syamsul Yusof, Neolafa dan Azad Jasmin.


Filem yang dianggarkan menelan belanjaRM1.7 juta ini akan memulakan penggambaran pada 6 julai hingga 10 ogos 2011. Oleh itu kita tunggu sajalah tarikh tayangan ia pula ya.. ^^

Mood: Masa raya pergi panggung..erk


18 SX: Gambar lucah yang comel

Mesti ada yang berkata begini, mak aih ko takde kerja lain ke.. kalau dah nama lucah tu mana lah nak nampak comelnya lagi Gambar lucah tetap lucah!! !@#$%^& .Tapi korang jangan risau la..blog ini takkan ada gambar yang tahap lucahnya melampau-lampau macam gambar artis bogel, artis indonesia hot , artis bikini...wade!@#$!! .

Ello bro yang tengah minum air tebu tu, makcik yang tengah goreng cekodok pisang, dan adik sekalian yang mungkin tengah main mercun *mungkin ..belum tengok belum tahu la.. oleh itu..jom usha gambar ni..dimanakah kecomelannya ??


Comel atau tidak?? err.....


Mood: Muntah darah :[

Padah:Cedera mata kiri akibat mercun


Itulah..aku dah cakap mercun ini bahaya...yang korang pi main buat ape...kejap ada yang putus tangan..kejap ada yang putus kaki...dan ini yang terbaru dikhabarkan ada kemalangan berlaku dimana mata kirinya cedera 




Mangsa tersebut, Abd Muzi Mat Zin ,42 dikatakan telah menjadi mangsa akibat kenakalan rakan sekerjanya yang bermain mercun bola. Kejadian yang berlaku sekitar waktu berbuka puasa itu menyebabkan dia dikejarkan terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Macam aku cakap, nak main mercun..silakan tapi tanggunglah sendiri risikonya. Anda mungkin tidak cedera akan tetapi bagaimana dengan rakan serta saudara mara anda?.. Nak ke korang menyambut raya dengan tangan berbalut...err macam mumia sudahhh



Mood: Main Counter Strike


Hot: Bienda Mengandung 2 bulan

Siapa yang tak kenal dengan Bienda..anak kepada artis veteran kita ,Sheeda..selepas hangat dengan kisah perkahwinannya kini dikhabarkan bahawa Bienda telah sah mengandung 2 bulan.Wahh tahniah diucapkan.


Hasil perkahwinanya dengan penerbit kanan di Media Prima Berhad, Kamarul Zariman Abdul Rahman kini nampaknya akan bertambah seri lagi dengan tanda-tanda kehadiran cahaya mata. Nampaknya Sheeda akan dapat cucu..jadi nenek sudeyh...errr

Mood: Nak Kawen.. :[

Man United vs Man city


Perlawanan Manchester united vs Manchester City yang berlangsung semalam , 7.08.2011 menyaksikan kemenangan berpihak kepada Manchester United dalam merebut Piala Perisai.



Dalam perlawanan semalam yang membawa kemenangan pasukan Man U dengan jaringan  3-2, ia bukanlah perkara yang mudah. Skuad kelolaan sir alex ferguson itu terpaksa mengejar 3 gol setelah ditinggalkan 2 gol pada separuh masa pertama. 

Jaringan  pertama dapat disaksikan pada minit ke-38 menerusi Lesscot,  go ke-2 pula pada Minit akhir separuh masa pertama oleh Dzeko Kemudian detik kebangkitan Manchester United apabila berjaya mengejar  pihak lawan  menerusi Smalling(52) ,Nani(57) dan pada minit terakhir Nani sekali lagi berjaya menyumbat gol pihak lawan sekaligus Mengalahkan pasukan Manchester City.

Akhir kata dari OrenzSusu.. Tahniahh 


Gempar: Firaun rupanya berkuturunan eropah

Selepas diselidik , dikaji secara mendalam menggunakan teknologi terkini akhirnya penyelidik dari switzeland berjaya mendapati bahawa Firaun Tutankhamun *bukan tukanghamun  bukanlah berasal dari mesir tetapi dari eropah.

wajah sebenar Firaun Tutankhamun yang diwarwarkan pihak media

Ini dibuktikan dengan hasil kajian di pusat genetik dna yang menyatakan firaun tutankhamun memiliki 50 peratus dna yang berasal dari eropah barat lantas mengukuhkan lagi fakta mereka memiliki keturunan yang sama.

*sumber berita harian


Koleksi wallpaper Anime Naruto



Korang minat anime naruto? ala..cerita animasi dari jepun pasal budak ninja tu...ini hah aku ada simpan sedikit wallpaper naruto ini Daripada ia terperam dalam pc ni baik aku share je kan..uhuhuhu

sasuke,naruto san sakura versi chibi

naruto dari kecil sampai besar

sakura versi chibi

naruto masa remaja

geng naruto masa sekolah

naruto,sasuke dan sakura

naruto kage mod vs pain

naruto dan hokage ke empat

Mood: Simpan Banyak gambar tahun 2011

Sunday 7 August 2011

Video klip Munajat cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Entri kali ini agak pendek..petang tadi disebabkan aku malas dan letih kekurangan ilham untuk mengolah idea dalam menyiapkan entri..jadi aku pun saja je suka-suka untuk menghasilkan video klip ini. semestinya apa yang aku pandai hanyalah melukis doodle yang ringkas . setelah diedit sedikit maka terhasillah video ini..wallah!

gambar salinan asal dalam video klip  ini









Dan hasilnya ialah...



Terima kasih kerana membaca dan menonton ^^


FAKTA yang korang perlu tahu !!!!


sapa yanng suka baca mengenai fakta?. ala maksudnya sesuatu yang benar..yang nyata...contohnya kalau terfaktap itu korang perlu tahu  faktanya ia adalah nama blog..*paham ke tak nie...erk


Oleh itu cuba korang baca fakta ini

1. Korang membaca fakta ini
2. Mungkin korang berkata/fikir macam bodoh je mana faktanya 
4. Korang tak perasan aku dah skip no.3
5. Comfirm korang check semula 
6. Korang tersenyum sinis
7. Tapi korang masih membaca fakta ini
8. Korang tahu apa yang korang baca adalah benar
10 Dan sekali lagi korang tak perasan aku skip no 9
11 Korang comfirm check semula sekarang
12.Dan korang sekali lagi tak perasan tidak perasan hanya ada 10 fakta

Inilah faktanya!

*sumber facebook

Mood: Senyum Selalu ^^