Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, 14 August 2011

Info: Senarai Barang Kawalan Sempena Hari raya 2011

Tadi lepas berbuka puasa 2011 sementara menunggu isyak aku lepak-lepak la dulu sambil menonton tv3. Bagus juga la kan sedikit sebanyak dapat juga info yang berkaitan dalam negara ini kecuali hal politik =.=.Dan aku tertarik dengan berita mengenai senarai harga kawalan sempena hari raya 2011 ini, wahh ini memang isu yang setiap tahun akan timbul dan tidak basi dalam negara ini.Kita boleh lihat barang kawalan yang popular ialah seperti ayam, daging, dan gula. akan tetapi pada musim perayaan ini dikatakan terdapat penambahan lagi dalam senarai barang kawalan. Oleh itu tidak salah aku kongsikan sedikit harga kawalan ini. jom usha:

  • Ayam
  • Daging
  • Telur
  • Semua jenis bawang
  • Tepung gandum
  • Minyak Masak
  • Gula Putih bertapis
  • Garam
  • Petrol
  • Diesel
  • Gas Petroleum Cecair (LPG)
  • Beras dan padi (sabah sahaja)

*untuk info lanjut sila semak disini--->[klik] dan sini --->[klik]
*Bagi musim perayaan ini harga kawalan akan berjalan dari tarikh 22 ogos 2011 sehingga 5 september 2011

Oleh itu bijaklah anda membeli keperluan dalam menyambut hari raya ini. ingat..gunakan kuasa anda sebagai pengguna .. Bijak memilih, kalau harga tinggi je...buat aduan.. sekian -OrenzSusu


Mood: Makin meningkat ke harga gula? sadis,,,



Tuesday, 9 August 2011

Hot : Yoyo Drummer Band Padi Dijatuhi Hukuman Penjara


Yoyo,  yang juga merupakan ahli kumpulan band musik indonesia Padi, baru-baru ini telah dijatuhi perintah penjara selama setahun disebabkan penyalahgunaan dadah oleh mahkamah derah jakarta pusat

pada 27 februari lalu , yoyo atau nama sebenarnya Surendro Smith yang juga merupakan bekas suami penyanyi terkenal indonesia ,Rossa ditahan dalam serbuan polis di pangsapuri park atas kesalahan memiliki shabu seberat o.5 gram.




Tempoh setahun dijatuhkan kepada yoyo bagi memulihkan diri daripada gejala penagihan dadah setelah mengenalpasti penyanyi tersebut menggunakan dadah tersebut untuk kegunaannya sendiri 


Mood: Isap coki-coki lagi baik...


Monday, 8 August 2011

Padah:Cedera mata kiri akibat mercun


Itulah..aku dah cakap mercun ini bahaya...yang korang pi main buat ape...kejap ada yang putus tangan..kejap ada yang putus kaki...dan ini yang terbaru dikhabarkan ada kemalangan berlaku dimana mata kirinya cedera 




Mangsa tersebut, Abd Muzi Mat Zin ,42 dikatakan telah menjadi mangsa akibat kenakalan rakan sekerjanya yang bermain mercun bola. Kejadian yang berlaku sekitar waktu berbuka puasa itu menyebabkan dia dikejarkan terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Macam aku cakap, nak main mercun..silakan tapi tanggunglah sendiri risikonya. Anda mungkin tidak cedera akan tetapi bagaimana dengan rakan serta saudara mara anda?.. Nak ke korang menyambut raya dengan tangan berbalut...err macam mumia sudahhh



Mood: Main Counter Strike