Saturday 9 April 2011

Tolong aku.. aku dah gila


aku ada masalah...aku dah gila...tolonglahh weiii...makin berserabut kepala ni...



Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

aku tak tau la dah berapa kali aku mainkan lagu ni..sah!! aku dah gila...gila dengar lagu ni... "ni bala ni..bala ni..kejap lagi saya ada seminar ni" *ada kena mengena ke ayat ini?


tengok...pelik je rupa dia...haishhh

Friday 8 April 2011

Alat musik persembahan yuna ABPBH


Ok  anugerah berita harian 2010 dah lama tamat..satu malaysia dah tahu kan yang abang aku shaheizi sam telah dinobatkan sebagai artis paling popular berita harian 2010...ok tutup cerita pasal yang itu.. korang ingat kan...Masa persembahan yuna haritu....selain fesyen tudung sanggul dan gincu merah yang bagi aku sangatlah annoying dan menyebabkan yuna nampak tua....Aku juga fikir mesti korang tertanya-tanya apekebenda alat muzik yang yuna main tu?..macam mainan piano kanak-kanak je...huhuhuhu


instrument ini dinamakan qcord. keluaran suzuki musical instrument corp

"owh,,,qcord rupanya nama alat musik ni...alat musik baru ke kat dunia ni..?" 

eh bukan bukan...qcord ni dah lama dah dicipta....dan qcord ini merupakan rekaan selepas omnichord dan tronichord

tronichord..nampak old school kan..

"senang ke nak main alat musik qcord ni"

senang ke tak kalau korang tak belajar mana tau...macam aku, nak main gitar pun dah terkial-kial...lepas ni tanya kat yuna ya macam mana nak guna qcorn ni..

so that's mean yuna  so versatile to use that instrument? *sorry english broken ..ermm maybe because hanya beberapa orang sahaja yang biasa menggunakan alat qcord ini seperti:

jenny mitchell

rosalind


oleh itu..gua salute kat lu la yuna....*apsal gua plak ni? ... sebab lu memang terbaikk la...


mood: nak cari orang buat persembahan pakai tin kosong je..lalalala

goyang goyang kepala goyang

fuh bergoyang kepala aku hari nih..mengantuknya.. letih gila...banyak kerja...nasib baik esok cuti.....takpelah...esok nak tengok maharaja lawak...layan lagu goyang-goyang ni best gak..okbai assalamualaikum

Thursday 7 April 2011

KFC VS MCDONALD

sapa yang tak kenal kfc ..ataupun kalau nama manja annoying dia kepci... sapa juga yang tak tahu mcdonald atau budak-budak yang euwwww panggil mekdi...ok ia merupakan antara restoran  makanan segera aka fast food restaurant yang popular di malaysia...kalau di uganda kedua-dua kedai ni popular jangan tanya aku...tak tau.

*sumber google

mesti korang pernah pergi di kedua-dua jenis tempat ini kan...biasanya kalau orang muda macam aku ni motifnya hampir kurang sama..iaitu dating dan nak main wifii free..ahh pedulikan itu..sebab kat situ je biasa orang bawak awek..nak pergi restoran 5 bintang dompet nipis..nak pakai broadband lepak kat luar plak intenet cam siput viva..hahaha

dari pemerhatian aku..

maskot mcdonald ialah badut yang macam baru keluar penjara pudu je...kalau kfc maskot dia chef pakcik tua tersengih-sengih  takpun ayam yang tetiba boleh bercakap..so yang lebih logiknya siapa?

kfc ayam goreng dia lagi sedap. mungkin sebab tu sampai sekarang resepi ia dirahsiakan. mcdonald? ayam dia kecik...hahaha

burger kat mcdonald bagi aku lagi nampak menyelerakan sebab dia suka reka macam-macam jenis burger..kat kfc? hah balik-balik yang tu...haish...

kalau kat kfc korang boleh tuang sos sesuka hati sebab kfc bagi botol ..kena gaya nak bawak balik botol sos tu pun boleh. kalau kat mcdonald dia letak lam peket-peket kecik..nak tambah sos kena pergi kat tempat yang disediakan..haishh

kat mcdonald korang boleh refill balik air yang korang minum..so kalau jenis yang suka makan berulamkan air tu, mcdonald lagi sesuai untuk korang...kalau kat kfc takda refill..air dah habis korang telan je la botol sos tu..hahaha
*sumber: gempak starz

ingat tak dulu-dulu....kat tv ada rancangan kfc hour..sapa tah pengacara aku pun tak ingat...agak lama gak kfc hour tu bersiaran kat tv...eh eh mcdonald ada gak la...jam @mcd  asenye nama rancangan tu...tapi tak femes..dan 2 bulan je kat tv ..pastu gaib..

kalau korang tengok bangunan mcdonald nampak lagi menarik ..sebab ia ada rekaan tersendiri...cuba tengok bangunan kat kfc...eh eh...macam tu je rupenye..

kat mcdonald korang boleh tengok tv...epl? bola? rajalawak?  boleh la tengok kat mcdonald...kat kfc? takda kot..hahaha

mcdonald ada konsep drive thru *betulke aku eja ni.maknanya korang boleh beli makanan dari kereta terus dan yang pasti ia memang pantas...kfc? baru je buat...bagus-bagus dah maju 

so kesimpulannya bagi aku kat kfc kalau nak makan puas-puas meketendarah boleh la... kat mcdonald pula lebih syok untuk makan sambil lepak lama-lama men wifii ...hahhaa

erk....


Wednesday 6 April 2011

Kecoh kat wall facebook


Berikut merupakan perbualan aku dengan rakan aku di laman maya facebook. aku saja je nak pangkah ayat dia , dah dia balas, aku balas la balik..katakan rakan aku ni Abu dan aku Ali 

                        

 * perbahasan terpaksa ditutup bagi mengelak rakan aku bertukar menjadi hulk ..ha3

P/S : Jangan buat begini kalau dia bukan rakan ada yek 

*untuk pengetahuan korang ini merupakan entri daripada blog lama aku..so jangan pelik la ya

comelnya adik mia sara ni



sapa tak kenal adik miasara ni...adik mia ni telah fofuler pada tahun lepas menerusi slot akasia kat tv3 iaitu adamaya ...masa tu mesti korang keliru kan...nak tengok lisa surihani ke ..nak tengok adik mia sara...ahhh ...sekarang cerita tu dah habis...dan mia sara ni dah umor 5 tahun sekarang


tadi aku saja je..bukak kat oh media punya fanpage.. tengok kat gambar anugerah berita harian tu...eh eh eh...ada gambar adik miasara lah..yawww ..comel nyer



tanda apa kat tangan dia ni? hurmm...



yang ni terbaikk...ingat kawan-kawan..solat jangan tinggal ya..


Bukan yuna yang tu la

adik adik sekalian, aku baru je nak buat entri pasal lagu yang yuna bawak masa kat ABPBH haritu..jap jap jap...pasal alat muzik pelik yang yuna main haritu jangan tanya aku.. aku tak tau...yang penting ia bukan sempua ataupun seruling..tapi disebabkan adik monster raww tu dah buat entri pasal yuna..so korang pegi jelah tengok kat blog dia ya...klik sini.

yuna yuna yuna...mungkin korang tahu atau saja buat-buat taktau atau tak diberitahu takpun taknak tahu..aku saja je google jap gambar dia..korang mesti pasan kan..?

ini yuna final fantasy

ini yoona girl generation ..gee gee gee

dan inilah yuna from malaysia

dan ini siapa? 

sebenarnya aku kekurangan idea nak olah entri ni..sorry bebanyak kalau kekarutan timbul ataupun mesti korang cakap camni "apa motif entri kau ni ha?" papehal korang layan la lagu ni


ok fine..ini bukan lagu yuna ...ini lagu dido walaupun ada persamaan musik  dengan lagu yuna..okbai




Tuesday 5 April 2011

Berita sensasi di malaysia

Berita sensasi di malaysia...kalau di englishkan adakah ia seperti begini "malaysia sensation news" ***betulke ayat aku tu? sorry english aku memang teruk..

dari kecil sampai umur aku sekarang, 16 tahun. aku membesar dengan kasih sayang yang secukupnya..ibu-bapaku memberikan aku penjagaan yang cukup rapi..aku ingat lagi pada umur aku 6 tahun aku diperkenalkan dengan satu peralatan elektronik.. iaitu ipad ...jap jap...ipad..? aku rasa masa aku umur 6 tahun tu apple corp baru je buat usul pasal ipad..huh . ok lupakan ipad ya kalian semua....masa tu ayah aku baru beli tv..tak besar mana pun ..14 inci jek..korang ingat tak lagi..dulu-dulu kalau nak ada tv kena ada lesen..maknanya kena bayar macam astro tu la...aku fikir-fikir balik...pekejadahnya dulu-dulu kena ada lesen tv... korang tolong jawabkan ya?

biasalah...lumrah kanak-kanak..mestilah tengok rancangan kartun...usop sontorian, power rangers, robocop,bugs bunny, dragonball..dan pekebenda lagi kartun kat tv tu sumer aku layan....kalau hari sabtu dan ahad je mesti bangun awal sebab nak tengok dragon ball...peh penangan dragon ball..sanggup aku bangun awal..cehh

ok..sekarang aku dah besar...dah panjang...so thats mean i'm besar panjang *betulke ayat aku ni? sekarang pun aku dah jarang tengok tv sebab dah takda mood dengan tv..sekarang aku suka pakai komputer berinternet pula...nak tengok citer? download..nak tengok berita? thestar online..mudah kan. dan satu lagi poin penting... berita pantas .

aku dah bosan tengok berita kat tv sebab  its more politikus news than people news ... sakit hati woii..kalau kat tvpokok jam 8 malam, 15 minit pertama adalah slot untuk politikus ...lagi teruk kalau nak pilihanraya...tak kisah la pilihan raya umum ke pilihanraya kecil...makin menjadi-jadi slot politikus tu... and its more to gambirbulan....dan pak bun keng seperti biasa akan dikutuk.... aku bukan cakap saja wei..ini pengalaman aku tengok berita ini daripada masa tak sunat lagi sampai masa dah boleh mengandungkan anak dara orang! cett*** sebab tu la aku kalau tengok berita mula dari jam 8.15 ...hah ...

owh lupa..sekarang kan musim pilihanraya kecil di sarawak..mesti makin advance news politikus ni.. tuk dalang , tuk karut, tuk cacai makin sibuk la maknanya..yang terbaru parah lagi...pengarah filem pun turut serta...untuk filem berlabel 18 sx..parah..parah....akhir kata...teruskan usaha anda!! biarkan negara ini terus maju dan membangun ...jap jap...silap kata la..biarkan rakyat membangun dan hidup aman damai







apa yang berlaku di facebook

hari ini aku macam biasa.. sebagai pelajar ipta...lepas balik kuliah, sampai je kat rumah sewa...cari bantal,dan  tidur....eh eh eh..no no no.......bukan macam begitu...

tadi aku macam biasa..ambik laptop member aku dari peti besi yang berkunci mangga sebesar gajah...takper..aku ada kunci pendua..takda kunci aku kapak je peti besi nih..hahaha..on laptop...cari tempat yang baik punya sebab nak cari line free..dah online terus aku bukak dua menda ni..the star online dan cnn.  eh eh eh giler skema aku bukak the star online? paling koman pun bukak kosmo online je..

saya orang muda..baru umo baru 16 tahun..*auta so kerja bagi orang muda semestinya membuka friendster...jap jap...pekejadah friendster? itu cerita tiga tahun lepas..budak sekarang tau bukak apa? jawapan yang relevan ialah fesbuk, fb, fusbek....atau nama skema dia yang mark sukerbek bagi..facebook. takpun satu  lagi laman sosial  yang biasa artis pakai..twitter ...sekali lagi...twitter..

login je..bukak...tengok lah kat atas..ada warna merah...kat friends request ada 20..ok abaikan..ada masa aku tengok...kalau nama korang pelik, default picture letak gambar upin-ipin..takpun lambang parti politikus..takda mutual friend...so akan difilter serta merta ..pedulik haper aku..pastu tengok kat button sebelah kanan pulak..fuyyo 90 kat warna merah tu..tapi yang pasti banyaknya orang komen kat gambar gosip shaheizi sam dan lisa surihani...dan satu lagi...video usop kat abhbp tu...

ok..baca..komen sikit-sikit..tengok lagi kat noti noti ni...eh eh kata ada mention aku...punyer la seksa aku cari post dia...ok fine aku tak jumpa..dan pengakhirannya...aku yang mental mencari ..tengok pula ada orang tag gambar...penuh berkobar-kobar aku nak tengok..mana tau gambar aku pergi korea holiday  haritu diorang tag..huhuhuh ....erk? pekejadah ni, rahsia kasih sayang mengikut zodiak cina, my top friends dan macam-macam lagi spam gambar..cettt

tengok kat message plak...ok takda pape...kalau ada  msg invite invite ni....pi lantak korang la..macam kat terengganu cakap "eh layan r mung"  =.=

agenda seterusnya...klik kat home..home home...bukan rumah la adik adik sekalian..home ini merujuk kepada    laman utama kalau dimelayukan bahasanya..tengok kat new feed...ada dua jenis new feed, top news untuk topik yang banyak orang komen dan most recent untuk post terbaru kawan korang kat fesbuk tu....jeling-jeling, pandang-pandang..baca-baca..mataku bertentang depan skrin...jariku menaip membalas komen..poyo sikit aku tinggalkan jejak kat situ..

tengok kat sidebar kanan pulak...eh eh...hari ni birthday kau...eh aku kenal ke kau? dah 5 tahun tak nampak rupa dia..takperlah...google jap..cari gambar kek ..pastu tampal kat wall dia camni "selamat hari lahir lisa surihani.." sambil letak gambar kek besar gedabak ...

tengok kat bahagian chat plak....fuyyo...ada 100 yang online... tapi 10 je yang aktif yakni yang ada kaler hijau. tu belum campur yang appear offline lagi..ahh lantakla..pedulik haper aku..taip-taip..tengok skrin ..pastu sengih sengsorang...taip lagi..eh sengih lagi...eh sakit ke aku nih? huh!.

sudah..cukup... pedulikan yang lain..chat appear offline..nak buat kerja lain plak ni...aku nak berjudi kat zynga poker plak..sambil tu nak bercucuk tanam kat farmville...dan sekali sekala nak jadi datuk bandar kat cityville

aku jumpa kat facebook..cambest je kek ni..lapar plak..

Monday 4 April 2011

gimik bintang paling popular milik...siapa dia

mesti korang dah tahu kan anugerah bintang paling popular 2010 milik pelakon yang femes amos ni kalau bukan shaheizi sam...fuyyo...dari kecik belakon...baru sekarang baru boleh merasai kemanisan macam menang anugerah oscar...tahniah la kat ko sam..

ingat...buat macam tadi ya kalau menang lagi...bawak mak terus kat pentas bagus ko ni sam....biar jadi padi..makin berisi makin menunduk...jangan jadi lalang...sebab apa? lalang lama-lama orang tengok makin annoying dan kesudahnnya akan dicantas ataupun dijadikan santapan lembu dan kambing..

cuba fikir ini lakonan sam dalam filem apa?

bagi aku....sam mula dikenali selepas insiden meletopnya panggung-panggung di malaysia dalam filem adnan sempit...hah aksi pacak motor dia yang tak jadi jatuh berguling-guling tu memang kelakar la...tak caya? korang tengok la balik filem tu

ini poster filem adnan sempit. sumber pakcik google

aku suka gimik dalam anugerah berita harian kali ini...yang pertama masa kemunculan usop dan abi.. korang kenal kan ? yang nyanyi lagu soley soley tu..filem hantu kak limah balik rumah..peh kelakar pula rasanya..

usop..cer citer sapa artis paling popular..cer citer

dan satu lagi...persembahan terakhir oleh datuk siti nurhaliza...fuyyo siti nyanyi lagu rentak nobody-wonder girl..eh siti nyanyi lagu korea...hah anugerah berita harian 2010 tiada unsur illuminati ...tapi ada unsur korea... aper komen korang?... aku taknak komen...lalalala

tapi yang kurangnya dalam anugerah berita harian ini..walaupun aku tak la mengikuti secara mendalam hal berita harian ini...tapi aku tengok dalam segelintir anugerah ini ada pemenang yang dah basi.....fuyyo dari tahun 2005 sampai sekarang asyik-asyik ko je menang...femes sangat ke atau sebab malaysia ni desperate dengan artis-artis kategori itu?... ohh patutla datuk siti nurhaliza tarik diri kali ini...aku paham...paham...paham..


p/s : eh eh berita harian...? bila korang nak buat kategori blogger paling popular..? hah...hahahaha


Sunday 3 April 2011

Tips membeli kain pasang

Hohoho....saja je buat gimik dengan tajuk entri ni...ok terus terang aku katakan.. aku noob pasal bab nak pilih-memilih kain pasang ni...yew la..laki kan..kalau kain pelikat cap gajah duduk tu aku pandai la..ni kain pasang...manelah aku tau..hurm..

nak diceritakan pada dua hari lepas kan...kawan aku ajak la pergi bandar jap
" ko nak wat aper gi bandar ni?
"ada la..ko teman aku ...kejap je..pasti aku banjer makan..ok?"

macam biasa la kan...dengar je ayat belanja makan...maka secara otomatiknya terus setuju..ye la..orang sengkek macam aku ni ..memang suka sangat kalau dapat  benda free contohnya makan free...topup free...penampor free je yang aku tak suka....ko?

lepas sampai je kat bandar....member aku tanya kat mana kedai jual kain pasang.."ceh.. nak beli kat awek rupanya...aku jadi teman...takpe...die banjer makan pasni...jimat.."-aku bermonolog. pusing memusing sekitar bandar dan aku jumpa kedai kain pasang yang nampak cambest je....KUMDOR nama kedai tu..

macam biasa...orang lelaki pergi kedai kain nak beli kain nak wat baju kurung...ibaratnya ko suruh datuk nicol david main golf...paham kan? memang la boleh..tapi tak pandai sangat.. Lelaki ni mana la tahu sangat citarasa pempuan ni...nie pun 1st time pergi kedai camni...haha

Bagi orang yang noob pasal memilih kain ni...kitorang akan tanya macam ni:

"kak...saya nak cari kain warna hijau pucuk pisang...ada tak?"
"kalau tudung dia warna pink..kain dia match warna apa ye kak?"
"kalau badan dia besar macam saya..elok jenis mana ya?"
"ala...yang ni nak beli kat "mak" saya la...."
"yang ni paten baru ke?" 

ok fine..aku dengan kawan aku pilih kain kat kedai tu dekat sejam...macam-macam spesis kain kitorang nampak...pekejadah kain cifon la..kain cotton la...kain lalola la...kain thai silk...argh...banyak sangat nama kain ni...masa tu dah buntu...tengok ni tak berkenan...tengok yang tu...warna plak buruk...

ok aku nak tanya korang terutama pempuan  :

korang minat tak kalau kain tu bunga dia bapak la besar...besar saiz kepala ...
korang minat ke kain yang jarang kaw kaw tu...orang kata kain cifon kan? tak...
kakak kat kedai tu cakap  kalau nak beli kain...warna cokelat ialah warna yang paling hodoh ...betulke?

aku tak ingat la..member aku beli kain jenis apa....yang pasti dengan menghulurkan kertas warna biru tiga helai . kami pulang ke rumah dengan sebuat beg berisi kain...kain apa? kain pasang la..

p/s : pasni ada tak awek pergi kedai sukan pastu nak beli kasut bola untuk "bapak" dia...haha