Thursday, 7 April 2011

KFC VS MCDONALD

sapa yang tak kenal kfc ..ataupun kalau nama manja annoying dia kepci... sapa juga yang tak tahu mcdonald atau budak-budak yang euwwww panggil mekdi...ok ia merupakan antara restoran  makanan segera aka fast food restaurant yang popular di malaysia...kalau di uganda kedua-dua kedai ni popular jangan tanya aku...tak tau.

*sumber google

mesti korang pernah pergi di kedua-dua jenis tempat ini kan...biasanya kalau orang muda macam aku ni motifnya hampir kurang sama..iaitu dating dan nak main wifii free..ahh pedulikan itu..sebab kat situ je biasa orang bawak awek..nak pergi restoran 5 bintang dompet nipis..nak pakai broadband lepak kat luar plak intenet cam siput viva..hahaha

dari pemerhatian aku..

maskot mcdonald ialah badut yang macam baru keluar penjara pudu je...kalau kfc maskot dia chef pakcik tua tersengih-sengih  takpun ayam yang tetiba boleh bercakap..so yang lebih logiknya siapa?

kfc ayam goreng dia lagi sedap. mungkin sebab tu sampai sekarang resepi ia dirahsiakan. mcdonald? ayam dia kecik...hahaha

burger kat mcdonald bagi aku lagi nampak menyelerakan sebab dia suka reka macam-macam jenis burger..kat kfc? hah balik-balik yang tu...haish...

kalau kat kfc korang boleh tuang sos sesuka hati sebab kfc bagi botol ..kena gaya nak bawak balik botol sos tu pun boleh. kalau kat mcdonald dia letak lam peket-peket kecik..nak tambah sos kena pergi kat tempat yang disediakan..haishh

kat mcdonald korang boleh refill balik air yang korang minum..so kalau jenis yang suka makan berulamkan air tu, mcdonald lagi sesuai untuk korang...kalau kat kfc takda refill..air dah habis korang telan je la botol sos tu..hahaha
*sumber: gempak starz

ingat tak dulu-dulu....kat tv ada rancangan kfc hour..sapa tah pengacara aku pun tak ingat...agak lama gak kfc hour tu bersiaran kat tv...eh eh mcdonald ada gak la...jam @mcd  asenye nama rancangan tu...tapi tak femes..dan 2 bulan je kat tv ..pastu gaib..

kalau korang tengok bangunan mcdonald nampak lagi menarik ..sebab ia ada rekaan tersendiri...cuba tengok bangunan kat kfc...eh eh...macam tu je rupenye..

kat mcdonald korang boleh tengok tv...epl? bola? rajalawak?  boleh la tengok kat mcdonald...kat kfc? takda kot..hahaha

mcdonald ada konsep drive thru *betulke aku eja ni.maknanya korang boleh beli makanan dari kereta terus dan yang pasti ia memang pantas...kfc? baru je buat...bagus-bagus dah maju 

so kesimpulannya bagi aku kat kfc kalau nak makan puas-puas meketendarah boleh la... kat mcdonald pula lebih syok untuk makan sambil lepak lama-lama men wifii ...hahhaa

erk....


3 suka minum Orenzsusu:

husna mukhtar said...

kfc ada drive thru la =.='

Nebengz... said...

@husna mukhtar ayya..tenkiu aku baru tau :d

ZACK ENTRY said...

kfc yang menariknya ayam dia..mcd yang menariknya berger dia..masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya..^^,