Saturday 14 May 2011

Apa itu ungkapan~143~ apa itu olive u ~

start of the story~

.Ali, seorang usahawan berjaya, berumur 25 tahun, dan masih bujang. nak dijadikan cerita, Ali dah lama meminati minah ini, siti namanya. oleh sebab dia sudah lama berkawan sejak dari sekolah rendah lagi maka dia segan dan malu  tahap cipan untuk menyampaikan perasaannya kepada siti.


pada hari itu, ali nekad untuk meluahkan hatinya~ maka selepas mengajak siti untuk bertemu janji di sebuah restoran terkenal, ali pun memulakan bicaranya. akan tetapi disebabkan segannya untuk berkata., ali pun bercakap  seperti begini:

"awak, kita dah lama berkawan~ hari ini saya nak cakap~ olive u"

dan siti rupa-rupanya pun sudah lama meminati ali, tetapi disebabkan ingin menjaga ciri-ciri kewanitaan dia terpaksa memendam perasaannya. setelah mendengar luahan hati ali , siti mengambil kertas dan menulis perkataan ini:

143

~ok end of the story

oleh itu , apakejadahnya olive u ni~ apakebendanya 143 ni~


olive u = i  lo*e u 



143:-
ada banyak maksud, ia merujuk kepada 1=i ,4=empat huruf, 3=you. oleh itu terdapat banyak maksud yang tersirat dalam 143 ni contohnya~
  • i lo*e you
  • i miss you
  • i hate you
  • i f**k you
  • i kill you


mood: blog aku bukan blog jiwang~ siyezz

awak~ selamat hari jururawat

12 mei 2011...

*pernah tengok tak j-drama ni klik

umur aku 21 tahun 5 bulan tah berapa hari~ *dah tua dah rupanya =.=  tapi baru sekarang aku tahu yang 12 meimerupakan hari jururawat ..sungguh kuno aku kan...ini pun tahu selepas tengok post kat fesbuk... *kalau takda fesbuk tak boleh  ke? 

oleh itu appreciate la kepada semua jururawat ini kerana :
·         diorang kerja shift pagi petang .letih wo
·         diorang sabar layan karenah korang yang annoying tu
·         diorang ni korang ingat senang ke nak jadi nurse. susah gak la der~blaja sana, exam bla bla bla watever~
·         diorang ni kalau takde sapa nak tolong doktor buat kerja? hah jawab. 



akhir kata aku ucapkan selamat hari jururawat kepada semua jururawat di dunia ini * sekarang dah ada jururawat lelaki kan?..
jap jap~ budak kampung aku ada gak jadi nurse ~ 
nduha azhar dan  az wani...itu je kot~ ~
uik~.. ada blogger yang aku kenal ni nurse wannabe~ cik riben putih..
selamat hari jururawat!


mood: Hari jurutera ada tak? lalala~
https://blogger.googleusercontent.com/tracker/1584274697542929208-2033876921732598986?l=stalknebengz.blogspot.com

Kalau rindukan seseorang korang nak buat apa yek?

Hahahahah hari ini aku nak taip entri jiwang trang tang tang~euwwwww... mengade ngade ah kau ni nebengg~ =.= . walaupun aku ni punyalah serius mengalahkan shuib sepah dan amatlah garang mengalahkan amal ezpraza.. arghh~ peduli hape aku..nak taip gak =.=


*gambar hiasan

Oleh itu ada beberapa tips yang boleh digunapakai untuk kalau korang rasa rindu kepada seseorang :

  • Tengok gambar gambar dia, sebut nama dia sambil peluk tedy bear . bwahaha
  • korang mesti ada lagu khas kan? ala lagu kapel watever tu~ ok dengar lagu tu
  • ingat la balik masa-masa suwid dengan dia ~ cth masa 1st time korang deting~
  • baca mesej korang lama-lama  sebelum ni *kalau korang tak delete.
  • pergi sibukkan diri buat kerja lain sampai letih pastu tidur,cth: main game..~
  • ambik wudu' mengaji *tenangkan fikiran tu ya



mood: aku rindukan zaman blaja aku, tak payah fikir susah-susah cari duit  :[

Wednesday 11 May 2011

Asas matematik dalam status hubungan anda

Hari ini aku nak merepek sekejap...entah la mungkin entri kali ini agak jiwang ..ataupun agak mengarut~pedulikan ...kembali kepada tajuk entri ini, err... ada ke asas matematik dalam status hubungan korang? kalau dulu-dulu masa belajar kat sekolah rendah kan cikgu saodah ada cakap macam ni "ok murid-murid...1+1= berapa? " lepas tu kita yang innocent ni pun jawablah..."dua cikgu..!" ok sapa yang salah jawab tu sila ke kelas juvana . bwahahahaha.

*gambar hiasan

"mai keih nak citerr sikit kat demeh godio ni"


1+0=?dia  single la =.=

1+1=?single jumpa single=couple 

2-1=?korang putus ..hahahah

1+1+1=?ada pihak ketiga 

1+1+1-1=?ada yang curang..=.=

1+4=?  er..yang ni kes poligami..hahahha


mood: jangan suruh aku bahagi darap plak yek~ okbai

Tips Meniru dalam peperiksaan


ok kepada calon peperiksaan anda diminta letakkan kat matrik dan slip peperiksaan di bucu kanan meja anda~
calon tidak dibenarkan membawa apa-apa nota ,bekas minuman,sarung kalkulator,handset,calon juga tidak dibenarkan keluar daripada bilik peperiksaan seawal 15 minit pertama dan 15 minit terakhir, calon juga dilarang  untuk meniru dan memberi tiru. ******

=.= siyes aku dah bosan dah mendengar dialog bla bla bla watever tu ~ dah 3 tahun aku dengar ayat itu..ok apa-apa hal korang patut tahu apa padahnya kalau korang kantoi meniru.

calon yang ditangkap meniru akan dimansuhkan kertas peperiksaannya termasuk kertas peperiksaannya sebelum ini.:- maknanya kalau korang kantoi meniru ~ kertas yang ko kantoi meniru tu fail ~ lagi parah...kertas yang ko ambil sebelum itu pun fail!...so fikirkanlah kalau ko ambil last paper last sem ..meniru..tetiba kantoi?.... repeat satu sem la der...hahaha


akan tetapi jenis kita ni kan...konon la blaja kat unberciti ...tapi malas~ bukan tak pandai der, tapi malas, esaimon pun tiru orang punya..kelas pun ponteng suoh orang sain~  ok fine itu bukan aku, itu brader mael lambung ..hahahah...lepas tu masa nak exam mula lah menggelabah, blur , tensen dan sebagainya...hah padan muka ko mael lambung...sapa suruh malas study..=.=


oleh itu atas pemerhatian aku ada macam-macam kaedah yang digunakan untuk meniru ..nak tau? cekedout:-
  • buat toyol @ nota kecik yang haluss jer...
  • pastu masa exam tu..pastikan air muka korang tu relekz je dan innocent..kalau muka dah menggelabah memang kantoi la..=.=
  • gunakan skil jari korang dan pastikan lipatan nota itu betul...letak bawah kertas soalan ye
  • sambil belek ~ tengok sikit-sikit ~jangan lama sangat nanti kantoi
  • dah habis pakai ..apa lagi~ hapuskan la bukti~  gumpalkan kecik-kecik pastu wat wat la kononnya gatal kat leher~ sambil garu leher tu , masukkan kedalam baju..done~!
  • ada orang suka bincang ataupun tukar terus kertas soalan ~
  • dua pelajar serentak wat wat jatuhkan kertas soalan. campak ke tempat berasingan ..jangan bagi pengawas nampak tau
  • pastu angkat tangan~ suruh pengawas tu ambik(padahal yang orang sebelah punya)
  • senang je kan?
tapi aku tak pernah meniru pun masa exam..bukan apa....aku kan baik, innocent, bla bla bla watever~~...hahaha..siyez la...takut gila kalau kantoi...

akhir kata...pensyarah aku pernah bagitahu ~

"piyer dop niru lam pekse memang bodo r"
"tapi piyer hok niru berigak lagi bodo"


renung renungkan~ selamat maju jaya ..okbai




Tuesday 10 May 2011

Bola bola kampung

 Yeahhh!! aku dah beli keybord baru!!!! pasni senang la nak menaip dan tertaip...hehehehehehe :- ok iklan dah tamat 

sekarang aku tengah cuti cuti holiday bla bla bla watever~ kat kampung halaman..study dah habis...minggu depan nak pergi kursus pula....lepas habis kursus entahlah... jalan jalan kuala lumpur cari kerja mungkin? 

aktiviti kat kampung memang padat (tangan atas dada mata ke atas) =.= . "sapok bosan yang teramat puah dop tau wak menda dah ni..hummm" online~jemput anak sedara~makan tido dan melepak ngan member ...hahaha ...entah berapa lama tah aku dapat bertahan duduk kat kampung ni ...

petang tadi aku ngan member aku seperti biasa. aktiviti yang biasa dilakukan oleh remaja sekarang dilakukan ..iaitu melepak ..tapi aku takdelah parking moto kat tepi longkang, kat busten, ataupun kat kedai kopi ..kalau masa belaja dulu memang lah...lepak kat mana? pantai,mekdi,karoke,snuker, paling bangang pun kat taman..tapi ni kampung der~ mana ada menda macam tu kat sini...hurmm...nak taknak lepak kat padang tempat orang main bola lah..lalala

"dah apsal kau tak main bola sekali der?:- soalan biasa yang pasti akan terdetik dihati korang ...ok aku bukan taknak main  ...tapi kasut aku takde ...dahla kaki besar gedabak...nak pinjam pun takde saiz ..hahaha ...nak main kaki ayam? ..ok no no no....aku sayang kaki aku der~ nak pakai lama ni....mau tak parah kalau kena pijak kaki aku ni?? ...ok done 

yang menariknya kalau main bola kat kampung ni....disebabkan takda jersi~ maka adat turun temurun yang dikekalkan dari zaman berzaman. mula-mula main seperti biasa...dan selepas itu bila   pasukan itu menjaringkan gol, pihak lawan perlulah menanggalkan baju . dengan itu dapatlah kita bezakan mana satu ahli  pasukan yang bermain..senang kan?


tapi masa aku balik kampung ni ada kelainan sikit..."eh, bila masa pula ada orang main bola jaring ni?" dulu takda pun..hurm ..mungkin diorang training kot..ada pertandingan peringkat liga kampung ..hik3

tapi yang kelakarnya bila orang perempuan ni ...masa main bola jaring~ aku tengok diorang lebih banyak bercakap dan ketawa ..kalau cakap pasal permainan takpe gak..ini entah melencong kemana arah...ok abaikan..baik aku tengok dak laki main bola sepak..lagi best..



hari dah gelap..dah senja...apa lagi~ balik la...ko ingat ini bandar ke? orang bandar pun balik rumah kalau dah senja....okbye