Thursday 7 July 2011

Wanita memang kuat membebel .. huhh


pempuan memang kuat membebel... betul kan? bla bla bla pot pet pot pet ...watever lahhh ... tapi jenis kita ni kan... masuk telinga kanan keluar teliga kiri.. jenis x reti bermadah helah ~ erk.. aku taknak merepek panjang.. jom tengok doodle kat bawah


#tak boleh buat


#2 Hobi

#3 perangai


#4  Online


Tapi bila difikirkan balik.. apa yang ditegur itu memang ada baiknya..ada hikmahnya.... dia tegur..dia marah sebab dia sayang kat kita... eh betul ke sayang? erk....okbai

p/s: sapa yang tak undi 0RENZ SUSU sila pergi ke laman ini... ingat ya undi ORENZ SUSU ^^


Spontaneous Thusday say it! #3






Gua dah cuci tangan... baik gua layan elena hahaha








Undi OrenZ Susu


Wahh tak sangka dalam peringkat kedua kumpulan kami , YUPPI telah menang .. apa pun terima kasih la pada sapa-sapa yang menyokong saya ini.. like i said i know i'm hot i'm cute i'm suwid i'm retis bwahahahaha  ...erk itu semua auta ya.

so dengan itu secara rasminya aku telah masuk ke peringkat ketiga.. apa yang perlu aku lakukan ialah menyediakan poster .. ehehehe aku ni mana la ade bakat kreatif sanat -sanat ...apapun dengan usahanya tersiaplah poster ini... terpulang pada korang nak menilainya...^^

^^ ini poster kan.. err..

oleh itu marilah kita pakat pakat berjemaah pergi ke link ini untuk mengundi .. ingat!! undi Orenz Susu .setiap undian anda dikira.. jangan bazirkan kewujudan anda..ingat pesanan saya...Undi Orenz Susu ... assalamualaikum


Wednesday 6 July 2011

Komen Logo Group kami


Hey alz.. terima kasih kepada yang menyokong dan mengundi saya dalam segmen Datin Tyka yang lepas.. kan aku dah lat i'm hot i'm retis i'm femes..hahahahaha...  *sila lempang...

oleh itu maka sekali lagi aku dijemput untuk mengikuti segmen Datin Tyka ini dalam peringkat yang kedua.. alhamdulillah. Dalam peringkat ini aku telah dicampakkan ke kumpulan B .. antara ahli lain yang join kumpulan ini ialah:

SYE PULL <---Ketua Kumpulan
AMALINA ATHMAN<--- Setiausaha
EICHI KATSU<---promoter
AREMIEROUL<----Duta kami haha
ORENZ SUSU<--- aku? aku ni penolong ketua haha




inilah logo kumpulan kami..

nama kumpulan ni YUPPI..^^

ahli ada 5 orang dan mereka-mereka semua adalah blogger..

kalau nak tengok blog mereka klik nama-nama atas tu okey..^^

[4 lelaki dan 1 wanita..^^]



HURAIAN LOGO :

kami memilih nama YUPPI kerana ia membawa maksud yang menggembirakan.. lebih kurang macam HOREY lah..he3..^^ dan YUPPI bermaksud :


Y = Youthful [kami berjiwa remaja..]

U = Unique [setiap ahli kumpulan ini ada kelebihan masing2..]

P = Passion [keghairahan kami untuk berblog adalah tinggi..]

P = Profesional [kami bersikap profesional dalam setiap perkara..]

I = Indiependent [setiap tugasan kami lakukan sendiri dengan ahli kumpulan..]


warna HIJAU dipilih sebagai warna tema kumpulan kami kerana HIJAU merupakan warna yang menengkan yang bermaksud, kami sentiasa tenang dalam melakukan sesuatu tugas..warna HIJAU juga merupakan simbolik untuk keamanan dan kesejahteraan..

gambar SMILEY di dalam logo tersebut bererti, kami sentiasa mengamalkan amalan SENYUM dalam setiap perkara..SENYUM merupakan satu sedekah dan kami menghadapai cabaran dengan secangkir SENYUMAN..^^ tak pernah bermasam muka sesama ahli kumpulan..^^

ROBOT ANDROID RSS tu melambangkan kami sebagai blogger yang masih mengamal kan undang-undang untuk membuat sebarang entry atau menjaga penulisan kami dalam dunia blogger ini.. dan kami sentiasa menggunakan teknologi terkini untuk berblogging..^^ 

jadi, apa kata anda semua..? ok tak logo ni..

sila lah komen ye..^^

satu komen anda amat berharga buat kami semua tau..^^

hanya ALLAH je yang mampu balas semua jasa anda ni..

okey..

kalau rajin boleh lah tolong promote ye..^^

terima kasih..


salam..~


wordless wednesday #6 Ingatlah



mood: jadi budak baik

Tuesday 5 July 2011

BLOGundi - Orenz Susu

Baru-baru ini kita menyaksikan pilihanraya di thailand..ya keputusannya memihak kepada parti Pheu Thai yang  diketuai oleh Yingluck Shinawatra , merupakan adik kepada Thaksin Shinawatra dan lebih mengejutkan beliau bakal menjadi perdana menteri wanita pertama di thailand. yang pasti..perdana menteri sebelum ini Abhisit Vejjajiva telah gulung tikar dan boleh lah pergi bercucuk tanam di facebook selepas ini...hahaha

Kalau kat Thailand dah selesai pilihanraya kat Malaysia ni belum lagi PRU-13 dah kecoh kecoh da.. dengan penubuhan ngo yang lebih dikenali sebagai BERSIH ...mereka dikatakan akan mengadakan perhimpunan dan berarak dijalanraya pada 9/07/2011 ini bagi menghantar memorandum berkenaan ketelusan dan keadilan dalam sistem pilihanraya di malaysia ini .Dengan itu wujudnya fenomena demam warna kuning, perkaitan keterlibatan sentimen komunis serta berbagai lagi propaganda pelik.. inilah yang dikatakan...Oh Politik ..=.=

Hah cukuplah tu...!! kau dah meleret jauh ni Orenz Susu!! objektif entri ini bukan pasal citer politik lahhh ...grrrr!!

*****************


ehe lupa pula..sebenarnya aku dah terpilih dalam segmen Datin Tyka . Tenkiu so much muahh muahh muahhh ....erk ...

klik kat header ini untuk ke segmen tersebut ^^


Korang kan tau aku ni kan retis, hot, stylo , suwid , otai, dan ape ape lagilah....hahahahahaahahah!!!...so dengan itu anda perlulah mengundi aku dalam segmen ini! undi tauuu...

caranya amatlah mudah ...sila pergi kat laman ini dan tick kat nama Orenz Susu.. ingat tau...tick pada nama Orenz Susu..

Ingat tanggungjawab anda...setiap Undi amatlah dihargai...Ingat Undi~ Ingat Orenz Susu...ok bye~  (^_^)




Monday 4 July 2011

Gempar!! pendedahan gambar Kampung Halaman

Gempar!! hangat!!! hari ini aku akan mendedahkan gambar seorang artis hangat tanah air !!!  jeng je jeng...... ok aku tipu bwahahahahaa.... 

Entri ini lebih kepada gambar...sebab hari ni aku tetiba je ada mood jadi potogeraper walaupun memang takde bakat jadi jurugambar..wahahaha ..oleh itu kawasan sesi tembak menembak ialah di sekitar halaman rumah .....dan disebabkan model yang gua booking haritu cuti sebab sakit gigi..so hanya gambar pemandangan dapat disediakan...erk... tak kisah la

welcome to my house~ hahaha




ini pokok rambutan..masa kecik aku suka panjat-panjat jadi monyet haha


belakang rumah


pokok pisang..pisang ape jangan tanya aku tak tau laaa


hah yang ini pokok salak...nampak kecik je kan buah dia tu..


ini pokok koko..daun dia tu selalu aku guna nak kibas arang  masa bakar ikan haha


ini betik.. tunggu masa je nanti nak makan colek..haha


ini cili... erkk


ini....cube teka pokok apa ni...ahahahha


Sunday 3 July 2011

Bila aku tonton rancangan luar tabii =.=

semalam hari sabtu..aku ingat apa perkara pelik yang aku lakukan... hari itu aku bangun awal...errr 8.30 am kira awal lah tu...bla bla bla.....padahal lewat gak hahahahahahahahahaa......

pagi tu lepas mandi aku pun mengemas bilik...lepak online fesbuk jap...sambil hisap rokok...tup tup sedar-sedar dah jam 11 asenyer...ahahahha hari tu family aku keluar bandar...so aku pun melepak la sengsorang dengan gumbiranya..ahahhahahaha bajet home alone lah yek kau !!! erkkk

ermmm nak online bosan lah pula ..iyer lah pagi-pagi ni mana la sanat orang online ...nak mesej cik kiah mestinya dia ni tengah mimpi berdengkorrrr punyer...aduiii....so gua pun bukak television sambil mengharapkan cerita yang menarik..... ehe jumpa!!!  dan tak ingat lah pula channel berapa...ia siarkan rancangan ini........


sailormoon

yahhh !!! dengan kuasa bulan....akan menghukum mung !!!!  

aku ingat lagi kartun ini aku tengok masa zaman innesen comel kiut miut lagi....peh tak sangka masa aku dah tahap nak jadi bapak orang pun ada lagi siaran kartun ini...wahh lama tak tengok layan kejap lahhh #########


yang aku tertariknya ialah korang sedar tak masa dia nak #hensyin aka bertukar tu.... awek ni mesti bogel tidak berpakaian sepenuhnya... dan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dilakukan banyak  mereka gunakan...woii intro eksen sampai seminit dan penjahat tu luku kepala hang tau? 


dan kalau awek tu *usagi kan nama dia  macam nak kalah je..jeng je jeng....ade hero penyelamat yang misteri la kononnya akan tiba tiba muncul menyelamatkan keadaan ...wah wahh hero datang masa keadaan genting je...stalker ke hero tu? ups!
*ini dia hero si tuxedo bertopeng...ahahahah


Apa-apapun..ini hanyalah rancangan kartun rekaan semata mata..si why you so serious?? memang la tak logik duduk kat bulan...erkk...ahahahahaha...



mood: kalaulah dapat tengok awek gua wat rambut bebola cam usagi tu kan best...ups!! larikk!!!