Saturday 18 June 2011

Bila dah termaktub korang nak buat apa wei





Finally its your last decision..you declare it..its real right?





*peh zidane kena kat merah~ 

Macam korang tengok kat dalam gambar tu.. bila pengadil dah bagi kat merah, ko merayu melutut keluar air mata darah pun ...ko tetap kena keluar padang.. seumur hidup aku tengok bolasepak aku tak pernah tengok lagi orang yang diberi kad merah boleh main semua dalam perlawanan itu...sebab itulah aku kata tadi ..perkara yang termaktub..dah terjadi korang kena terima...tapi kan.. erm..kalau dalam kes ini..kebiasaannya selepas perlawanan akan adalah suara bantahan yaqng dibuat oleh pengurus pasukan ...contohnya kalau kat malaysia..fam la...hahaha..

sama jugalah kalau korang tengok keputusan peperiksaan ....sangat mendukacitakan.. korang belajar sampai separuh nyawa ..target pointer 3.5++ last-last tengok cam gini jer?... lain la kalau korang ni memang jenis pemalas mengalahkan ular sawa lepas makan... tak payah nak marah-marah la kalau result korang teruk ye... jadi mesti ada segelintir yang bertindak untuk menyatakan bantahan. cara terbaik ialah dengan menyemak semula kertas jawapan....jadi apa yang kita dapat lihat  ialah usaha.. usaha untuk mengubah sesuatu yang korang tak suka..korang taknak ia berlaku... korang benci ia..

sekarang kita tengok ramai yang marah kat gomen pasal kes skmm menyekat laman web perkongsian fail [file sharing] ...dan kita tengok usaha mereka ialah dengan menyatakan bantahan, menggodam web gomen ..dan macam-macam fanpage di facebook.. tak kisah lah...itu usaha kan?..

jadi... kalau korang tak suka..taknak perkara itu berlaku.. nak tukar balik.. apa lagi?? berusahalah jika kamu rasa tidak bersalah~ jika kamu rasa ianya betul~ selagi mampu...selagi roh dikandung badan.. selagi jasad masih bernafas...insyaallah!!!!  berani kerana benar !!

mood: Aku termerepek~ sori

Friday 17 June 2011

Bloody Monday


Bloody monday.. ehe ia memang takda kena mengena pun dengan wordless wednesday dan spontaneless thursday.. yang pasti ia merupakan drama jepun yang diadaptasi daripada manga jepun-bloody monday. 


drama ini mengisahkan Tagaki Fumimaru , seorang pelajar sekolah menengah yang juga merupakan genius dalam kerja hacker godam menggodam ini..Permulaan cerita telah menunjukkan pengganas telah menyerang rusia dengan senjata biokimia iaitu  virus yang dinamakan sebagai bloody-x.Setelah berjaya memusnahkan rusia ,pengganas tersebut bertindak untuk menyerang negara seterusnya...iaitu jepun dan operasi ini dinamakan sebagai bloody monday..

hacker!! err...


Oleh itu apa kena mengena Hacker dengan pengganas pula? .. Takagi atau lebih dikenali sebagai Falcon kini terpaksa ditugaskan oleh pihak polis untuk menyelamatkan jepun daripada serangan pengganas..disamping itu  pihak pengganas juga bertindak untuk mendapatkan khidmat takagi dalam merealisasikan rancangan mereka.

falcon~

Apakah yang akan berlaku pada takagi? adakah dia berjaya menyelamatkan jepun ataupun dipaksa menjadi kambing hitam pihak pengganas? ..tak payah cerita panjang..korang tengok je

Komen aku untuk cerita ini... senang je .. HACKER ,TERRORIST, CRIME, REVENGE,AID,PANIC....semua ada.. hehehe

Erm..aku ada jumpa link download die..format mkv..kecik je...dalam 150mb gitu...kalau nak download silalah  
ke pautan ini 


Mood: tengok drama sampai muntah..*bosan :[

Thursday 16 June 2011

Perlancaran Album baru k-pop~ ops! k-1malaysia

Aiseh~ asyik-asyik buat review je..heh enkau takde idea ke orenz susu? ..bwahahaha ...*ok fine aku malas sila lempang saya.

Aku hari ini nak bagitau korang yang baru-baru ini telah dilancarkan sebuah album yang berkonsepkan kontemperari pop~ yakni k-1malaysia...pop.. nampak pelik tapi inilah yang berlaku..dan lebih memeranjatkan ialah album ini diberi nama iaitu cweet cangat~..agak mengada-ngada kan...tetapi mungkin inilah strategi yang digunakan olehnya untuk mempromosikan album tersebut

Ditanya mengenai album tersebut, Artis yang hanya mahu dikenali sebagi lulufifi mengatakan bahawa lagu ini sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat ..memandangkan konsepnya iaitu..k-1malaysia...pop..oleh itu dalam album ini telah dimuatkan beberapa buah lagu iaitu:

#1:sorry sorry
#2ling ling aku geli
#3hantu lampu
#4 i want nobody but hang
#5 lagu bonus

oleh itu kepada mereka yang teruja untuk menonton preview album ini bolehlah menonton video dibawah..sekian dari saya ^^


mood: Aku rindu ko la~ *takde kena mengena

Spontaneous Thusday say it!


Cik Kiah~ buat apa tu... okbai




lebih lanjut~klik sini

PERANG BLOGGER


Mood: 1st join segmen En Ben~ ahahaha


Kena hacked gak~ jbiotech.gov.my/admin/


Kesian~ erk


mood: tolong jangan hack blog nie~ pelizzz

tourmalaysia.com kena hack~ wakakakaka

wah wah wah... perang hacker dah bermula...

Hacker vs security malaysia

cni semua kes mogok atas tindakan SKMM yang sibuk je nak blocked web filesharing tula...hah hambek ko~ =.=

Mood: Aku tak pandai hack..cuma mampu memerhati...ehe

Wednesday 15 June 2011

Jom kutuk aku ~ aku tak kisah pun!

Kali ini aku nak tanya pendapat korang:


*gambar hiasan


  • apa yang tak kena dengan blog ini
  • cantik tak header blog ini
  • menarik tak cara penulisan blog ini
  • apa yang korang rasa perlu ditambah dalam blog ini
  • owner blog ini smart tak? *bonus 


aiseh~ untuk menambahkan tekanan kepada korang..aku sajikan lagu ini..bwahahahahaa kutuk jangan tak kutuk!! kritik biarlah yang membina!! okbai assalamualaikum..




*sila tekan butang "stop" kalau sengsara~ haha


mood: aku rindukan cik kiah~ wuu wuu *sambil makan oreo

Wordless Wednesday #WW2 Apecer?


Mood: Apapun tak boleh~

Tuesday 14 June 2011

Gempar!! penemuan terbaru spesies obor-obor

Ehem ehem...

saya, Cik Kiah..pakar hidupan lautan dalam kali ini ingin mengumumkan satu penemuan terbaru yang jarang sekali ditemui..barangkali ini merupakan penemuan pertama yang saya jumpai. ermm..sebelum itu marilah saya perkenalkan apakah itu obor-obor..


*obor-obor itu hidupan yang spongebob suka tangkap =p


obor obor atau  jellyfish merupakan hidupan di dalam air dan biasanya ia dijumpai di lautan. terdapat berbagai-bagi kategori obor-obor yang wujud seperti schypozoa,straurozoa,dan cubozoa..kalau saya ceritakan lebih panjang pun korang taknak baca kan...hahahaha

kita perlulah berhati-hati dengan hidupan ini kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gatal-gatal dan alahan lain.. seperti dalam kartun spongebob pun obor obor ini boleh mengeluarkan cas elektrik jika kita mengganggunya...renung renungkan..

ok~ berbalik kepada penemuan terbaru saya ini..saya mendapati bahawa spesis ini sangat berlainan sekali dengan obor-obor lain. ini disebabkan sifatnya yang kasar dan tidak merbahaya malahan ia boleh hidup di kawasan air tawar! .. apapun saksikanlah gambar di bawah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*comelkan obor-obor ni

mood: gurau je..jangan ambil serius ya ..hihihi



Review Movie : Tron 3 - Iphone app


Selepas kejayaan filem luar negara ini, , Tron(1982) dan Tron Legacy(2010) dimaklumkan selewat-lewatnya  pada hujung  tahun ini siri ketiga filem ini akan ditayangkan dan menemui peminatnya nanti. 

Ditanya apakah pembaharuan yang akan dipersembahkan dalam siri ketiga ini, jurucakap walt disney picture, En. Hamimi Amin ,mengatakan terdapat begitu jauh perubahan yang anda boleh lihat dalam filem ini. Memandangkan  kini ramai yang menggunakan iphone sebagai gadget utama, oleh yang demikian watak utama(sam) untuk filem ini akan menggunakan iphone sahaja untuk masuk ke dunia permainan tersebut.

Bagi peminat filem Tron yang tidak sabar-sabar untuk menontonnya anda boleh sahaja melihat trailer filem ini dibawah 


HAHAHAHAAHA!!!

*sumber yang diragui: Orenz susu


Monday 13 June 2011

Kesudahan cerita Nora Elena drama slot akasia


Dah bocor!!  macam soalan final exam bocor tu..=.= hahaha

Diceritakan pada kesudahan episod ini Nora elena akan berkahwin dengan Malik.. rakan setugas Eid.. Eid pula telah ditangkap oleh inspektor Amir kerana bersetongkol dengan yvonne dalam kes pembunuhan Seth.memang sadis kerana Seth dibunuh....Manakala kawan rapat Nora Elena pula akhirnya pergi ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam jurusan seni lanskap. setelah Seth meninggal dunia kesemua hartanya jatuh kepada pak ali dan isterinya.. maka hidup Nora Elena kembali ke masa dahulu.. Tamat


*sumber yang memang diragui: Orenz susu 

HAHAHAHAHAHAA!!!


Nak tahu apa kesudahannya? tengok je la Kat tv nanti.. 

Sunday 12 June 2011

Review: Neonode N2


ehe~ nak diceritakan~ anak sedare aku baru sampai kampung..maklumlah kan cuti sekolah ni.. masa tu dia ada cakap yang mak dia nak belikan henset..touchscreen lagi.."peh aku punyer henset pun cikai..*jeles haha pi lantak .. aku pun tanya la dia ..dah mananya henset yang mak ko nak bagi tu... pastu die tunjuk~ ...okfine aku ingat mp4 mane la die pegang...tak paham tengok kat bawah ni..

*sumber google

mungkin henset ni sangat tidak familiar bagi aku~ yang pasti..ia agak kecil dan comel~ dan 99% menggunakan touch screen...oleh itu ia sangat tidak sesuai digunakan untuk main mesej~ erk

*yang ni saje je upload~ wahahaha




untuk spesifikasi penuh sila pergi ke laman ni.... watpe aku nak copy paste..hahaha.. untuk harganya pula..takla mahal sanat~ dalam RM200 je.. oleh itu kepada penggemar gadget tak rugi kalau korang miliki neonode n2 ni...ehehe


mood: aku nak sony w8...mama nak duit~