Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, 9 August 2011

Download : Drama Supermak Tv3 2011


Sudah tiga minggu drama Supermak, yang bersiaran di tv3 menerusi slot aksi keudara selepas menggantikan drama hebat sebelum ini, Juvana. Semestinya ramai rakan blogger yang telah membuat review mengenai drama ini daripada sipnopsis hinggalah kepada barisan pelakonnya. Jadi rasanya tidak perlulah aku menghuraikan lagi mengenai drama berepisod ini, cukuplah korang baca pautan dibawah 




Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton drama ini  *maklumlah kena pergi solat sunat terawih , jangan risau kerana anda boleh memuat turun dengan mudah. Disini  aku kongsikan pautan untuk  download memuat turun video drama ini.


Oleh itu, kakak, adik, makcik sekalian..jangan terlepas menonton drama berepisod ini pada waktu 9malam setiap isnin dalam slot aksi di tv3. ^^

Mood: Aku nak bagi ulasan pasal drama ini tapi,,,,nantilah..haha

Monday, 8 August 2011

Saya Amat Mencintaimu (SAM) Review


sayang..
saya amat mencintaimu..
kau lah jantung ku kaulah denyut nadiku 
Jika kau SAMbal belacan
Akulah ulamnya..

**ok dah mula melalut..=.= jom baca review ini

Kita sudah terbiasa ataupun popular dengan filem-filem bergendre seperti  komedi romantik, komedi seram, dan aksi. Banyak kejayaan sekarang dalam industri perfileman ini sebagai Contoh yang terbaik ialah filem aksi KL GANGSTER arahan anak Yusof Haslam , Shamsul Yusof yang mana telah berjaya mengutip keuntungan lebih 12 juta.Kali ini wadah industri filem kita akan diwarnai sejarah baru apabila julung kalinya kita dihidang kan dengan  filem yang bergendre romantik thriller iaitu Saya Amat Mencintaimu atau lebih dikenali sebagai SAM.


Filem dibawah produksi Skop Production ini mencipta sejarah sekali lagi apabila filem ini akan diarah oleh pengarah paling muda di malaysia malah di rantau asia tenggara. Siapa lagi kalau bukan adik pengarah 12 milion man ini, Syafiq Yusof yang baru sahaja berumur 18 tahun.

syafiq yusuf yang tengah gelak besar tu


Hero dan heroin  yang membarisi filem Saya Amat Mencintaimu  ini ialah pelakon yang tidak asing lagi iaitu Shaheizi sam dan Lisa surihani, dua nama besar di persada industri hiburan tanahair.Antara pelakon lain ialah Syamsul Yusof, Neolafa dan Azad Jasmin.


Filem yang dianggarkan menelan belanjaRM1.7 juta ini akan memulakan penggambaran pada 6 julai hingga 10 ogos 2011. Oleh itu kita tunggu sajalah tarikh tayangan ia pula ya.. ^^

Mood: Masa raya pergi panggung..erk


Friday, 5 August 2011

Aku Bukan Tomboy Review

Baru sahaja kita dihidangkan dengan filem aksi arahan  pengarah muda yang hot meletop , syamsul yusof ini. Selepas ini dikhabarkan pengarah yang diberi jolokan 12 million man ini telah mengarah sebuah filem baru. akan tetapi yang menariknya ialah filem yang diarah kali ini bukanlah filem aksi seperti kebiasaannya. Filem yang diarah kali ini merupakan filem bergendre komedi romantik yang diberi judul Aku Bukan Tomboy. Sedikit sebanyak mengenai filem ini akan aku ceritakan dalam review kali ini ^^





Barisan Pelakon Filem Aku Bukan Tomboy
  • Syamsul Yusof
  • Scha Al Yahya
  • Zarina AF
  • Harun Salim Bachik
  • Shaheizi Sam
  • Eira Shazira
  • Sheera Iskandar
  • Salina Saibi


peh.. scha al yahya pakai arai ngan gto...errr

Sipnopsis Filem Aku bukan Tomboy

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.



Trailer Filem Aku Bukan Tomboy



*Tarikh tayangan adalah pada 17 november 2011


Mood: Buat filem dokumentari lepas ni.. huhu


Monday, 13 June 2011

Kesudahan cerita Nora Elena drama slot akasia


Dah bocor!!  macam soalan final exam bocor tu..=.= hahaha

Diceritakan pada kesudahan episod ini Nora elena akan berkahwin dengan Malik.. rakan setugas Eid.. Eid pula telah ditangkap oleh inspektor Amir kerana bersetongkol dengan yvonne dalam kes pembunuhan Seth.memang sadis kerana Seth dibunuh....Manakala kawan rapat Nora Elena pula akhirnya pergi ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam jurusan seni lanskap. setelah Seth meninggal dunia kesemua hartanya jatuh kepada pak ali dan isterinya.. maka hidup Nora Elena kembali ke masa dahulu.. Tamat


*sumber yang memang diragui: Orenz susu 

HAHAHAHAHAHAA!!!


Nak tahu apa kesudahannya? tengok je la Kat tv nanti.. 

Sunday, 12 June 2011

Review: Neonode N2


ehe~ nak diceritakan~ anak sedare aku baru sampai kampung..maklumlah kan cuti sekolah ni.. masa tu dia ada cakap yang mak dia nak belikan henset..touchscreen lagi.."peh aku punyer henset pun cikai..*jeles haha pi lantak .. aku pun tanya la dia ..dah mananya henset yang mak ko nak bagi tu... pastu die tunjuk~ ...okfine aku ingat mp4 mane la die pegang...tak paham tengok kat bawah ni..

*sumber google

mungkin henset ni sangat tidak familiar bagi aku~ yang pasti..ia agak kecil dan comel~ dan 99% menggunakan touch screen...oleh itu ia sangat tidak sesuai digunakan untuk main mesej~ erk

*yang ni saje je upload~ wahahaha




untuk spesifikasi penuh sila pergi ke laman ni.... watpe aku nak copy paste..hahaha.. untuk harganya pula..takla mahal sanat~ dalam RM200 je.. oleh itu kepada penggemar gadget tak rugi kalau korang miliki neonode n2 ni...ehehe


mood: aku nak sony w8...mama nak duit~