Friday 5 August 2011

Aku Bukan Tomboy Review

Baru sahaja kita dihidangkan dengan filem aksi arahan  pengarah muda yang hot meletop , syamsul yusof ini. Selepas ini dikhabarkan pengarah yang diberi jolokan 12 million man ini telah mengarah sebuah filem baru. akan tetapi yang menariknya ialah filem yang diarah kali ini bukanlah filem aksi seperti kebiasaannya. Filem yang diarah kali ini merupakan filem bergendre komedi romantik yang diberi judul Aku Bukan Tomboy. Sedikit sebanyak mengenai filem ini akan aku ceritakan dalam review kali ini ^^





Barisan Pelakon Filem Aku Bukan Tomboy
  • Syamsul Yusof
  • Scha Al Yahya
  • Zarina AF
  • Harun Salim Bachik
  • Shaheizi Sam
  • Eira Shazira
  • Sheera Iskandar
  • Salina Saibi


peh.. scha al yahya pakai arai ngan gto...errr

Sipnopsis Filem Aku bukan Tomboy

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.



Trailer Filem Aku Bukan Tomboy



*Tarikh tayangan adalah pada 17 november 2011


Mood: Buat filem dokumentari lepas ni.. huhu