Friday 15 April 2011

Game: Teka perkataan ini ya



Saya putar lagi Halim.....saya putar lagi ya 
wang besar, wang besar

Haha..teringat kembali gameshow roda impian yang dolu-dolunya dihoskan oleh Halim othman dan abby abadi...sekarang halim othman dah jadi deejay radio sinar fm ..dan abby abadi aku tak tahu kemana hala dia membawa diri setelah ditimpa a..badai  rumahtangga..ok tutup cerita pasal roda impian ini.

kali ini aku nak wat game sikit...er korang suka main game kan..hahax23(apasal aku gelak 23 kali ni? huhh!) caranya mudah saja...tak payah putar memutar ..tak payah cakap wang besar-wang besar sebab game ini takda hadiah pun..(cakap macam ahcai aka johan).korang cuma perlu teka perkataan apa yang sepatutnya dibawah ....dah sedia? ok mula!

#1                 H_ _NY

#2                 B_ _CH

#3                 T_T_K

#4                 K_N_K

#5                 B_R_T

dah jawab?...ok ingat..simpan dalam hati ya.....dah yakin dengan jawapan anda?? .ingat ya


saya kunci jawapan ini,..nebengz!

erk? ..ada ke aku suruh kunci jawapan tu...? tulah..terikut sangat rancangan si aznil tu...huhh.lantak korang lahh... nah hambik ini jwpn dia..tengok kat bhgian bwh....sekali ya?


***********

dah tahu dah jawapan sebenar?...korang fikir haper ha? korang fikir haper ha? ...dah kunci kan jawapan..tak boleh tukar dah..sila jujur ya...hahaha..

korang fikir yang mana satu ha?

mood: tepuk dada tanya hati...kau ni baik ke tak..fikir macam ujang ya? hahaha



#1HUNNY
#2BEACH
#3TETAK
#4KANAK
#5BERAT



arghh letih je aku tolong kau





Hey kau ...ingat senang ke aku nak tolong kau ni...
kejap jadi kecil, kejap jadi besar..
lepat tu nak kena penyek-penyek kure-kure...
kure-kure ada sayap pun ada? huhh
pecahkan bata,nak benjol kepala aku tau..

lompat parit ..kalau..jatuh..lemas plak
panjat bendera-eh pekejadah aku panjat bendera?
masuk paip bawah tanah-kau takda tempat lain ke nak nyorok?
sekali silap orang  da....huhh..
jap-jap...ko bagi gini kat aku?? huhh!!


kau tunjuk macam ni kat aku? huhh letih je aku men mario bros ni...aku nak tukar tape! nak men game ninja tetel plak..

Thursday 14 April 2011

Hallu cik tomato...



Hallu cik tomato..apa khabar.
.selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini...
wallah! anda follower saya yang ke 100



umur blog ini tak sampai lagi 3 bulan.
alhamdulillah dah sampai 100 follower
lepas ni nak tunggu no follower bertuah
111,123,dan yang ke 200 ..huhuhuhu





 rajin-rajin la lepak kat blog cik penanam tomato ini ya
boleh tengok kartun doodle
boleh tengok kartun happy tree friend
boleh gelak-gelak baca entri



kalau solek memang cantik kan


korang suka yang mana satu? natural beauty or makeup beauty. ataupun beauty and the beast?.... lantaklah....yang penting hati kita yang beauty..huhh  tengok je lah gambar kat bawah ni...besar gedabak aku letak.


ini muka sebelum dia berjumpa pakar solek mak andam jenny otomen..tengok gambar kat bawah pula





tada!..inilah hasilnya selepas  disolek oleh mak andam jenny otomen...aku tak tipu ya, nihh orang yang sama daripada gambar sebelum ini.....

nak tahu macammana proses solek mencolek ni...? klik aja lah kat sini 

Tag/mention dialog popular di facebook

aku fikir aku fikir aku fikir...apsal aku punya entri kali ini macam KAJIAN KES FACEBOOK di blog arcx?. tak kisah lah...terasa nak update entri cerita  facebook pula kali ini...

IKUTAN DI FACEBOOK update 10/4/2011


sapa punya idea pelik  ni baik mengaku ...


Jangan la korang hairan aku buat status aku kaler biru


Korang mesti perasan kan sekarang sejak kebelakangan ini yang kat status dan komen wall dah boleh tag fanpage,application dan group page.. atau aku yang outdate ni? hah pedulikan.

 tekan @ cara nak tag/mention di wall facebook

aku perhatikan dimana dialog dalam filem hantu mak limah  memang menjadi ikutan masyarakat kita sekarang. contohnya "cerciter cer citer" , "plawok plawok plawok" , "ini bala ni..saya ada seminar ni"

dan entah macam mana wujudnya fanpage  yang dicipta berdasarkan dialog tersebut. eh eh apsal kau cipta fanpage macam tu

plawok plawok plawok

selain dialog daripada filem hantu mak limah, dialog lain yang dianggap menarik dijadikan fanpage juga macam ni



cuba kaitkan dengan apa yang aku ceritakan pada mula entri ini, fanpage, grouppage,dan memacam lagi menda kat facebook  boleh tag dan mention.dan dengan itu korang boleh sampaikan mesej kat post korang dengan kreatif macam ini




cara ni memang popular sekarang di facebook...cuma kalau nak mahirkan ia korang memang kena kuat la hafal setiap dialog dan like fanpage macam ni..huhh susah gak..pedulikan..baik aku hafal nota tapak aku ni lagi baik

Kelebihan ia : 
  • lagi seronok untuk komen di wall facebook(seronok sangat ke?)
  • komen keluar warna biru...(smart ke)
  • macam main puzzle( puas ke kalau kita susun ia jadi ayat yang menarik)


Kelemahan ia: 
  • kat group page tak boleh buat...(memang la takkan fanpage tu boleh join group ko plak)
  • korang like macam macam fanpage segala bagai tu tak rasa semak ke?


p/s: apsal aku rasa macam dictionary kat henset nokia aku je...huhh..apsal macam twitter je nih??? #cerciter @watchlies

Wednesday 13 April 2011

Eh kakak, saya ni pelanggan la..sentap tau

Ini pengalaman aku...semalam, bukan kelmarin, bukan minggu lepas dan yang pasti bukan tahun hadapan. Hari itu aku bermula kerja tolong kawan aku buat kerangka bumbung. olehh itu korang faham-faham la...dah lama tak  wat kerja, badan letih...dan jangkitannya memang mood aku tak baik hari tu...letihh.

malam tu lepas habis kerja...aku dan kawan aku macam biasa la...pergi kedai makan....nak makan ..sambil tu cuci-cuit mata kat situ...hahahaha..alhamdulillah kedai makan tu layanan mesra, kakak tu ambik pesanan bereh, sampai makanan bereh,.....walaupun aku makan nasi bujang dan air teh o ais je...huhuhuhuhu

lepas sahaja selesai sesi meketendarah di kedai makan ...aku pun pergi la cuci pinggan kat belakang kedai.....eh eh..pekejadah aku cuci pinggan kat situ...aku masih ada duit la kak...siap bayar berambusla....orang lain nak makan gak der...lu lepak lama-lama apahal?

lepas itu aku singgah kat kedai runcit tu.....niat dihati rasa nak beli megi..nak wat ngunyah-ngunyah disaat kelaparan pagi-pagi nanti... masuk kat kedai dengan muka innesen...pergi kat bahagian mee segera...dan dengan selamba je mengambil sepeket megi kari..

nak bayar...jap jap..lupa satu benda ni...kak, bagi dunhill sebat...cek cek kat dompet..aiseh ada 50 hinggit...yang lain duit haluss je...singgit..naktaknak hulur je la 50 hinhit tu...pastu kakak tu dengan muka ketat jawab dengan selambanya..."duit lima hinhit lima puluh sen ado?" -ceh kan aku dah kata aku ni takda duit halus...apasal kau tanya lagi.  nasib baik member aku ada...pinjam duit kau la. ok fine bereh dah part yang tu..

masa nak membako dunhill tu...-aduii meceh tertinggal la pulak... macam biasa la aku kalau xda lighter. "kak, meceh ada tak?" ..lepas tu kakak tu jawab macam ni..."meceh xde..kalau nak api ambik batu kat luar ketuk-ketuk" - pehh lepas aku dengar je ayat tu memang tersentap la hati aku yang innesen ni. dengan muka kechiwa+sentap+rezak aku pun blahh dari kedai tu..cett

ceh kata takda meceh    ..padahal belambak kat atas tu cap criket..wahai kakak, kalau takda pun cakap macam ni kan lebih elok." xda la..pakai yang ni la..( sambil bagi pinjam lighter cap criket kat aku)"-sebab kat kedai lain kebiasaannya casher buat macam tu. saya ni customer kak...bukan penjenayahh..apasal lu layan gua macam nih??

ada pepatah inggeris mengatakan "customer always right" so kalau nak kedai ko tu laku...puaskanlah hati pelanggan...pelanggan kalau dah mark kedai ko tu takbest...habislahhh..hancuss

mood: malas dah pergi kedai tu...blacklist!

Monday 11 April 2011

Hikayat seorang pemimpin MLM

Perhatian!!
entri ini merupakan sebuah cerita karut yang sememangnya tiada kena mengena langsung dengan sesiapa.... why you so serious guyz?

***********

Jiban merupakan seorang pemimpin sebuah syarikat MLM, untuk pengetahuan pembaca, jiban merupakan anak bekas pemimpin terdahulu syarikat MLM ini, disebabkan  tertaksub dengan pencapaian yang diperolehi oleh ayahnya..maka jiban pun mengikut kerjaya ayahnya sebagai ahli MLM yang berjaya...Berkat usaha jiban yang tidak mengenal erti putus asa dan pandai menipu helah..maka hari ini jiban telah mencapai status paling tertinggi dalam syarikat MLM tersebut iaitu seorang presiden..

Sudah hampir tiga tahun jiban memegang jawatan tertinggi dalam syarikat MLM ini...berbagai dugaan dan cabaran yang jiban terpaksa ditempuhi..yang paling merunsingkannya ialah masalah kewangan..dizaman moden dan penuh keduniaan materialistik plastik ini....macam-macam perkara boleh berlaku...

Jiban tahu...ahli-ahli downline dibawahnya itu bukannya baik sangat..hampir setiap hari macam-macam kes mengenai kes salah laku ahli downline dibawahnya diterima....rata-ratanya bukan ahli dalam syarikat mlm tersebut yang memberitahu...tetapi ahli syarikat mlm lain yang menceritakannya ....perkara ini memang merunsingkan jiban....tetapi untuk menjaga hati ahli downline yang paling bawah ...jiban terpaksa merahsiakannya...jiban terpaksa menipu,terpaksa memutarbelitkan fakta agar ahli downline yang paling bawah tidak keluar dan lari ke syarikat mlm lain..


Hampir setiap hari jiban mempromosikan syarikatnya...disebabkan syarikat mlm milik jiban ini merupakan syarikat terbesar sekali di negara ini maka lebih mudahlah jiban melakukan promosi....."marilah sertai kami...jikalau anda sertai kami ..kami janjikan hidup anda akan mewah selepas ini" begitulah antara secebis ayat dalam ucapan jiban semasa menjalankan aktiviti promosi syarikatnya..

tidak cukup dengan kerunsingan jiban mengenai ahli downlinenya yang acapkali melakukan masalah...jiban dibanjiri lagi masalah rumahtangga....sedih dihati ini siapa yang tahu...isterinya itu...suka sangat berfoya-foya..pendapatan syarikat mlm tersebut banyak dihabiskan oleh isterinya untuk membeli-belah...jiban tahu itu salah sebenarnya..tapi disebabkan perasaan cintanya yang tinggi terhadap isterinya,jiban sanggup menutup kedua matanya...sanggup buat tidak mengerti hal isterinya walhal hati jiban ini siapa yang tahu...sedih.



jiban tahu...syarikat mlm ini sudah terlalu lama.. masalah yang dicetuskan oleh ahli downline dibawahnya dan aktiviti isterinya yang selalu menghabiskan wang syarikat untuk membeli belah memang merunsingkan pemikiran jiban saat ini..walaupun rata-rata masalah tersebut berjaya diatasi dan disembunyikan daripada ahli downline terbawah, namun sedikit sebanyak ia sudah dapat dihidu oleh mereka...itulah yang sangat memeningkan jiban..

ahli downline terbawahlah merupakan nadi terpenting bagi menggerakkan syarikat mlm ini..tanpa mereka..bagaimana syarikat ini akan maju..bagaimana syarikat ini dapat bertahan dalam perniagaan ini..syarikat ini memerlukan ahli downline yang ramai..semakin ramai semakin maju syarikat mlm ini..semakin kaya syarikat ini..semakin kayalah aku...

tetapi hari demi hari...ahli-ahli downline jiban seorang demi seorang mula berubah angin,mereka memilih syarikat mlm yang lain...entah sebab mengapa...mungkin pelan dan rancangan syarikat mlm yang lain itu lebih menarik minat mereka..lebih menguntungkan..lebih selamat...lebih mempersonakan...

ini merupakan masalah yang memang rumit...bagi jiban... ahli-ahli downline adalah segalanya..tanpa mereka syarikat mlm milik dia akan jatuh, akan gulung tikar, akan bankrup!! ini tidak jadi....jiban perlu melakukan pelan drastik bagi menarik kembali ahli-ahli downlinenya!!..


bersambung pada masa akan datang *bila aku pun tak tau


.

Sunday 10 April 2011

Ko cakap ko sayang kat dia tapi......

Pedulikan apa orang cakap ...ok nak jelaskan kat sini..
korang baca...paham betul-betul ayat kat bawah....korang dah besar panjang kan?



saya buta saya buta saya buta 
 i'm blind i'm blind i'm blind 




**********


Ko cakap ko sayang kat dia tapi apasal ko buat dia macam kedai reload kredit ko ? 

Ko cakap ko sayang kat dia tapi apasal ko buat dia macam bank muamalat?

Ko cakap ko sayang kat dia tapi apasal ko buat dia macam baju bundle?

Ko cakap ko sayang kat dia tapi apasal ko buat dia macam bibik je...?

Ko cakap ko sayang kat dia tapi apasal ko buat dia macam luna maya@ariel? 




Mood: hahh aku pun tak nyata  aku tulis apa tapi yang pasti...mata korang mesti berpinar-pinar tengok kaler kat entri ini kan? annoying? itulah motif aku ...hahaha....okbai assalamualaikum