Monday 11 April 2011

Hikayat seorang pemimpin MLM

Perhatian!!
entri ini merupakan sebuah cerita karut yang sememangnya tiada kena mengena langsung dengan sesiapa.... why you so serious guyz?

***********

Jiban merupakan seorang pemimpin sebuah syarikat MLM, untuk pengetahuan pembaca, jiban merupakan anak bekas pemimpin terdahulu syarikat MLM ini, disebabkan  tertaksub dengan pencapaian yang diperolehi oleh ayahnya..maka jiban pun mengikut kerjaya ayahnya sebagai ahli MLM yang berjaya...Berkat usaha jiban yang tidak mengenal erti putus asa dan pandai menipu helah..maka hari ini jiban telah mencapai status paling tertinggi dalam syarikat MLM tersebut iaitu seorang presiden..

Sudah hampir tiga tahun jiban memegang jawatan tertinggi dalam syarikat MLM ini...berbagai dugaan dan cabaran yang jiban terpaksa ditempuhi..yang paling merunsingkannya ialah masalah kewangan..dizaman moden dan penuh keduniaan materialistik plastik ini....macam-macam perkara boleh berlaku...

Jiban tahu...ahli-ahli downline dibawahnya itu bukannya baik sangat..hampir setiap hari macam-macam kes mengenai kes salah laku ahli downline dibawahnya diterima....rata-ratanya bukan ahli dalam syarikat mlm tersebut yang memberitahu...tetapi ahli syarikat mlm lain yang menceritakannya ....perkara ini memang merunsingkan jiban....tetapi untuk menjaga hati ahli downline yang paling bawah ...jiban terpaksa merahsiakannya...jiban terpaksa menipu,terpaksa memutarbelitkan fakta agar ahli downline yang paling bawah tidak keluar dan lari ke syarikat mlm lain..


Hampir setiap hari jiban mempromosikan syarikatnya...disebabkan syarikat mlm milik jiban ini merupakan syarikat terbesar sekali di negara ini maka lebih mudahlah jiban melakukan promosi....."marilah sertai kami...jikalau anda sertai kami ..kami janjikan hidup anda akan mewah selepas ini" begitulah antara secebis ayat dalam ucapan jiban semasa menjalankan aktiviti promosi syarikatnya..

tidak cukup dengan kerunsingan jiban mengenai ahli downlinenya yang acapkali melakukan masalah...jiban dibanjiri lagi masalah rumahtangga....sedih dihati ini siapa yang tahu...isterinya itu...suka sangat berfoya-foya..pendapatan syarikat mlm tersebut banyak dihabiskan oleh isterinya untuk membeli-belah...jiban tahu itu salah sebenarnya..tapi disebabkan perasaan cintanya yang tinggi terhadap isterinya,jiban sanggup menutup kedua matanya...sanggup buat tidak mengerti hal isterinya walhal hati jiban ini siapa yang tahu...sedih.



jiban tahu...syarikat mlm ini sudah terlalu lama.. masalah yang dicetuskan oleh ahli downline dibawahnya dan aktiviti isterinya yang selalu menghabiskan wang syarikat untuk membeli belah memang merunsingkan pemikiran jiban saat ini..walaupun rata-rata masalah tersebut berjaya diatasi dan disembunyikan daripada ahli downline terbawah, namun sedikit sebanyak ia sudah dapat dihidu oleh mereka...itulah yang sangat memeningkan jiban..

ahli downline terbawahlah merupakan nadi terpenting bagi menggerakkan syarikat mlm ini..tanpa mereka..bagaimana syarikat ini akan maju..bagaimana syarikat ini dapat bertahan dalam perniagaan ini..syarikat ini memerlukan ahli downline yang ramai..semakin ramai semakin maju syarikat mlm ini..semakin kaya syarikat ini..semakin kayalah aku...

tetapi hari demi hari...ahli-ahli downline jiban seorang demi seorang mula berubah angin,mereka memilih syarikat mlm yang lain...entah sebab mengapa...mungkin pelan dan rancangan syarikat mlm yang lain itu lebih menarik minat mereka..lebih menguntungkan..lebih selamat...lebih mempersonakan...

ini merupakan masalah yang memang rumit...bagi jiban... ahli-ahli downline adalah segalanya..tanpa mereka syarikat mlm milik dia akan jatuh, akan gulung tikar, akan bankrup!! ini tidak jadi....jiban perlu melakukan pelan drastik bagi menarik kembali ahli-ahli downlinenya!!..


bersambung pada masa akan datang *bila aku pun tak tau


.