Wednesday 3 August 2011

Sedap juga kuih koci ni ya

Bulan puasa ini asik asik terfikir makan je.. tak ado keroje lain ke hah adik-adik sekalian? *bajet dah tua padahal main game online gak .. cuba la korang tolong mak korang masak juadah untuk berbuka nanti... tak ke dapat paha'ala tu...

Aha aku baru je berjaya meresap ilmu cara untuk membuat kuih koci...ahahha lepas nih boleh wat sendirik....*bangga ... tapi teori je lah ..pandang-pandang je mak buat macam mana...boleh je kan? errr..

Jadi cara untuk buat lkuih koci agak ringkas...tengok je pun dah reti..mula-mula korang kena buat inti kelapa dulu... bahan adunan ialah kelapa parut, daun pandan dan gula perang ...panaskan kuali dan gaul ia hingga rata ..ermm inti kelapa ini kalau nak tambah durian pun boleh...ahahaha..dah siap sejukkan dan simpan ia dalam peti sejuk



untuk lebih mudah inti kelapa ini silalah gentel ia bulat bulat bagi memudahkan kerja membuat koci nanti.. dah siap buat inti kita beralih pula kepada penyiapan adunan doh ia.. bahannya ialah tepung pulut,air pandan serta garam.. gaul hingga rata dan elok macam adunan roti tu...kalau nak sedap lagi campur la sekali labu ataupun ubi keledek...pehh

lepas tu apa yang korang perlu sediakan adalah daun pisang yang dipotong berbentuk segi empat ...dah potong susun ia elok-elok ya...hahh ok pastu tepung tadi itu pun sila buat ia bulat-bulat dan celup ia dalam minyak masak pula.. minyak masak yang bersih tau jangan yang bekas korang goreng ikan kering pulak! er...

hurmmdah siap semua....tepung yang berjaya korang bulatkan tadi sila penyek ia pula leper sebab lepas tu kita nak ambik inti kelapa tadi dan gabungkan ia..ahaha pastu bungkus ia dalam daun pisang itu tadi

dah siap semua...masukkan dalam bekas kukus dan sedia untuk dimasak....dan lepas tu makan lahhhh...err..