Monday 1 August 2011

Teringat kali pertama aku membayar zakat fitrah

Aha baru lepas terawih sampai rumah terus je update enntri.. wahh bersemangat betul aku ni ya? ahahaa...ermm kita baru sahaja memasuki bulan ramadhan al mubarak, bulan penuh keberkatan ..maka amalan dan tingkah laku  perlu dijaga niat sahur jangan lupa ya.. kalau tak...err.. :p



aha aku teringatlah pula satu benda yang patut korang lakukan pada bulan ramadhan ini iaitu membayar zakat fitrah. bagi yang wanita itu talpelah...ade orang bayarkan akan tetapi  silalah ingatkan suami korang ataupun ayah korang untuk membayar zakat fitrah ini ya

Kadar zakat fitrah 2011


meningkat lagi rupanya...err


aku teringat masa aku mula-mula bayar zakat.. waktu tu umur aku 18 tahun.. ahahaha ..masa tu ayah aku paksa untuk membayar sendiri..wahh benda kita tak pernah buat ni memang la macam susah je.. padahal senang je...pergi bayar dan beres.. 

masa tu aku pergi la rumah pakcik yang dilantik  untuk memungut pungutan zakat..lepas tu dia keluar bawak beg..keluarkan resit.. dia tanya nama aku...nak tulis dalam resit...aha lepas bagi duit itu aku ingat dah siap dah tup tup je dia hulur tangan,, lahh kena lafaz juga ya...."sahaja aku.........membayar zakat......"  aha first time bayar sendiri memang noob betul la aku ni..=.=

so warga lelaki semua.. bilanya nak bayar zakat nih.... senang je cara pembayaran zakat fitrah sekarang... berlambak kaunter-kaunter yang disediakan pusat pungutan zakat..kat masjid pun boleh .. sekian 




Mood: Tak bayar lagi ansuran motosikal...erk