Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

Jawatan Kosong Serta Promosi Di Bulan Ramadhan


Banyak promosi yang diadakan sepanjang bulan ramadhan ini. Masing-masing dengan gayanya tersendiri untuk menyambut hari raya aidilfitri. Tidak kiralah kedai kain yang mempromosi jualan baju rayanya,langsir rumah,kuih raya tudung bawal,  hinggalah kepada barangan elektrik. 

Promosi boleh diadakan sepanjang ramadhan ini dalam pelbagai kaedah, dari risalah poster rumah kerumah hinggalah penjualan barangan secara online. Apapun itu merupakan langkah yang terbaik bagi anda mencari pendapatan lebih sempena hari raya ini.

Tapi perlulah kita ingati, apakah promosi yang sepatutnya kita ketahui dan kita langgani.. semestinya promosi ini hanya diadakan pada bulan ramadhan ini sahaja. Maka amatlah rugi jikalau kita melepaskan promosi yang hebat ini. Kekosongan jawatan ini tidak terhad...jadi apa lagi??




Mood: Ketuk Paku



Tuesday, 9 August 2011

Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #4:Nafsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#4 Nafsu meningkat
Percaya atau tidak nafsu  korang semestinya akan meningkat..dimulakan dengan nafsu korang untuk makan pada masa berbuka hinggalah nafsu untuk membeli persiapan menyambut hari raya. Kalau pergi ke bazar itu tak lengkap kalau tak bawak balik dengan makanan yang sarat..lepas itu mulalah membazir bila tidak habis. begitu juga untuk persiapan raya..nafsu yang tinggi menyebabkan semua menda korang nak ganti. langsir nak ganti, sofa nak ganti, rumah nak cat baru, suami nak ganti ...erk. Oleh itu disarankan korang kawallah nafsu itu daripada berleluasa, ingatlah pepatah ini, ikut hati mati, ikut rasa binasa...erk


Entri sebelum ini 


Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #1
Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #2
Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #3



Mood: Hidup bersederhana



Nak Duit Raya!!



Kanak-kanak apabila menyambut hari raya aldilfitri 2011 memang tak lari daripada duit raya. tak kira lah samada duit raya itu diberikan secara ikhlas daripada mereka yang lebih tua daripadanya...ataupun mereka sendiri menjalankan tugas dengan beraya sakan seluruh kampung dengan niat untuk mengumpul duit raya 

"assalamualaikum.... kami datang nak beraya.." maka dengan itu masuklah geng kanak-kanak yang beraya...modus operandinya mudah ..."selagi tak dapat duit raya kami takkan balik..haha"  tak sampai 10 minit pun beraya..terus nak balik .. bukan seperti si pakwe pergi beraya rumah makwe..mak aih satu jam pun tak cukup! errr ...lantas tuan rumah tersebut pun berkata "mari anak-anak salam dengan makcik/pakcik/kakak/abang " sambil menghulurkan sampul angpau raya ...selesai sahaja bersalam dengan pantasnya mereka lesap..hilang entah kemana...erk.. maka pada raya 2011 mereka pun melihat apa yang ada dalam angpau itu .."hek eleh..singgit jer??"  mak aih kecik-kecik dah materialistik ...bersyukurlah dengan pemberian ikhlas itu 
Nak duit raya...nak duit raya!! oleh itu anda sekalian yang bekerja...dah pergi ke bank sekarang untuk dapatkan wang pecah? kalau tak dapat di bank tukar kat stesen pam minyak pun takpe...ahahaa aku ada duit raya untuk korang ...tapi tak tau la laku ke tak duit ini,,,errr


Saturday, 6 August 2011

Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#3 Tiba tiba sangat prihatin dengan masa
Memang betul, pasa bulan puasa ini..kita akan menjadi sangat prihatin dan mementingkan masa. Bermula dengan waktu bersahur, waktu imsak..hinggalah kepada waktu berbuka...Pernah kita lihat budak kecil yang berpuasa semestinya ada yang sangat suka mengira waktu berbuka "lagi 3 jam nak berbuka..aduii... takpun kita akan mendengar percakapan ini "mak azan magrib pukul berapa?" padahal sebelum bulan ramadhan ini tak pernah pun tanya.. errr



entri sebelum ini #1
entri sebelum ini #2

Mood: Bila nak raya ni...


Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#2 Ramai yang suka mandi 
pada bulan puasa ini..korang pasti ataupun ramai yang sangat mementingkan kebersihan..itulah yang  aku katakan keistimewaannya. asyik asyik nak mandi..pastu asyik-asyik nak basahkan badan, basahkan muka...panas sangat ke masa bulan puasa ni? entahlah....jangan mandi lama sangat ya...nanti makruh puasa korang tu...^^


Entri sebelum ini [klik]


Mood: Bayar bil air

Thursday, 4 August 2011

Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#1 Senang korang nak solat subuh 
Bukan nak kondem ape .. akan tetapi dalam bulan ramadhan ini korang memang mudah dan senang untuk menunaikan solat subuh. ialah ...korang mesti bangun sahur kan? lepas je sahur tu korang tak payah la tidur balik, sementara menunggu waktu subuh tu eloklah juga korang pergi buat kerja lain ke..mengaji ke... kalau tido selepas sahur...korang bangun balik ke?? erk


*entri ini akan diupdate setiap hari..maaf banyak-banyak ya..aku manusia juga.. sibuk.. :]


Mood: Yang sunat dikejar-kejar...yang wajib buat derk je...huhh

Monday, 1 August 2011

Teringat kali pertama aku membayar zakat fitrah

Aha baru lepas terawih sampai rumah terus je update enntri.. wahh bersemangat betul aku ni ya? ahahaa...ermm kita baru sahaja memasuki bulan ramadhan al mubarak, bulan penuh keberkatan ..maka amalan dan tingkah laku  perlu dijaga niat sahur jangan lupa ya.. kalau tak...err.. :p



aha aku teringatlah pula satu benda yang patut korang lakukan pada bulan ramadhan ini iaitu membayar zakat fitrah. bagi yang wanita itu talpelah...ade orang bayarkan akan tetapi  silalah ingatkan suami korang ataupun ayah korang untuk membayar zakat fitrah ini ya

Kadar zakat fitrah 2011


meningkat lagi rupanya...err


aku teringat masa aku mula-mula bayar zakat.. waktu tu umur aku 18 tahun.. ahahaha ..masa tu ayah aku paksa untuk membayar sendiri..wahh benda kita tak pernah buat ni memang la macam susah je.. padahal senang je...pergi bayar dan beres.. 

masa tu aku pergi la rumah pakcik yang dilantik  untuk memungut pungutan zakat..lepas tu dia keluar bawak beg..keluarkan resit.. dia tanya nama aku...nak tulis dalam resit...aha lepas bagi duit itu aku ingat dah siap dah tup tup je dia hulur tangan,, lahh kena lafaz juga ya...."sahaja aku.........membayar zakat......"  aha first time bayar sendiri memang noob betul la aku ni..=.=

so warga lelaki semua.. bilanya nak bayar zakat nih.... senang je cara pembayaran zakat fitrah sekarang... berlambak kaunter-kaunter yang disediakan pusat pungutan zakat..kat masjid pun boleh .. sekian 




Mood: Tak bayar lagi ansuran motosikal...erk

Perkara yang membatalkan puasa dibulan ramadhan ini part 2

Erm semalam aku dah mengenai ceritakan perkara yang membatalkan puasa beserta gambar tetapi entri itu masih tidak lengkap lagi ...maka hari ini aku akan sambung entri semalam itu.

sambungan entri perkara yang membatalkan puasa di bulan ramadhan part 1

Hilang akal disebabkan gila atau sengaja mabuk


contohnya korang ada penyakit sawan ataupun mereng sikit... jadi kalau masa korang tengah puasa tu dengan tiba-tiba je penyakit korang datang..hah batal la jawabnya 




Kedatangan Haid bagi perempuan

Sememangnya ini merupakan jawapan ataupun alasan yang selalu digunakan oleh gegurl untuk tidak berpuasa... kalau tanya asal x puasa ? diorang akan jawab "owg piyed lahh" ahaha untung la kau pempuan sebab kalau laki yang cakap macam tu sememangnya akan kena penyepak...errr



Mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari tetapi jika bermimpi tidak terbatal puasanya


Aha kaum lelaki sekalian.. agaklah nak beronani itu .. buok bebenor perangainya ... eisshhh.. malas lah nak cerita .. psssstttt~ behave your self!



Murtad
Murtad maknanya seseorang itu telah keluar daripada islam seterusnya menganut agama lain.. oleh itu jikalau seorang itu murtad maka secara otomatiknya dia terbatal puasanya .. tapi ingatlah.. buruk bebenor kalau orang itu murtad




sekian... selamat berpuasa .. ^^

Perlukah bermain Mercun


Aku bangun sahur pagi tadi ... lepas celik mata...cuci muka siap semua pastu makan je la... tak banyak pun ..cukuplah sekadar mengalas perut.. tak lupa juga makan buah kurma  dua ulas ...alhamdulillah kenyang...

lepas tu aku lepas makan sementara menunggu waktu imsak habis ...dan juga lah mengasap sepam dua sambil mengonlinekan diri ni.. err...ramai jugak yang online pagi-pagi buta ni? huhh pelik 

tiba tiba aku terdengar bunyi letupan dentuman yang amat kuat.. Kebabooom!!!! ....lepas tu ada lagi bunyi itu..kebaaaabooommm!!!!!! ..peh puasa baru hari pertama korang dah main mercun ke? agak-agak la nak kejut orang bangun sahur...jangan la sampai tahap macam ni.. huhh..

Tapi ingatkah korang ...:
  • sebab mercun ada orang putus jarinya
  • sebab mercun ada orang buta matanya
  • sebab mercun ada orang kehilangan anaknya
  • sebab mercun ada orang sakit hati tacing kat hang
pasal kecederaan tu...jujur aku cakap aku main gak mercun ..tapi aku tegaskan elakkan la mengajar budak-budak kecik yang masin innesen ni bermain mercun sebab diorang ni kurang matang lagi... asyik nak bermain je..bayangkan dengan mercun pun diorang nak main main?.. dan lagi satu banyak kes kemalangan disebabkan mercun melibatkan kanak-kanak ya... so renungkan..

Mood: Selamat berpuasa!! ^^


Sunday, 31 July 2011

Perkara yang membatalkan puasa dibulan ramadhan ini part 1



Bulan puasa bulan keberkatan
siapa yang tak puasa cari masalah 
bagi yang berpuasa janganlah batal puasanya
kalau tidak alahai kesian

Niat puasa dah ..sahur pun dah.. akan tetapi saudara perlu pastikan janganlah lakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti berikut:


Makan dan minum secara sengaja:


maknanya korang dengan sukahati dan berbangga makan dan minum pada siang hari. Melainkan korang ini kononnya la balik dari kerja/sekolah dan dengan tidak sengaja menelan air ..itu takpa sebab tak sengaja..yang batal puasanya sebab korang suka-suka je makan dan minum di siang hari.




Bersetubuh dengan sengaja di siang hari


Mak aih, korang takda masa lain ke nak bersenggama ni ha? kalau yang sudah bernikah itu ...ermm berpada-padalah ya..malam nanti boleh ..erk...kalau yang tak nikah lagi tu korang jangan buat pasal! haram tu...zina zina!!




Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari kedalam mulut/tekak


yang ni aku pun tak paham..apasal korang nak muntahkan diri dengan sengaja..? adoii rasa loya ke tekak tu..





Bersalin


erm..yang ni korang paham-paham la ya..kalau dah nak bersalin ataupun dalam  bahasa  yang cik kiah  selalu gunakan terberanak tu .. nak wat macam mana..panggil ambulan je lahh..aduii semputt




Memasukkan sesuatu kedalam kawasan berongga seperti hidung , telinga , dan sebagainya


Aha yang ini semestinya korang kena elakkan..elakkan mengorek hidung, mengorek telinga malah mengorek pusat anda...lagi satu...jangan pakai earphone cocok telinga  sebab itu tergolong juga dalam kategori ini .. 



**** entri bersambung pada masa akan datang ..sori aku tak sempat siapkan :[




Sahur nanti nak makan apa yek..nanti lapar



Yeahhh esok puasa !!! esok puasa!! esok puasa!! 
malam ni boleh solat tarawikh!! solat tarawih!! solat tarawihh!!
lepas tu nanti...nak sahur makan apa ya?? 
err.... 



Oleh itu aku ada cadangan makanan yang sesuai untuk bersahur...

  • Makan makanan yang berfiber tinggi aka berserat tinggi. dengan itu badan akan rasa kenyang 
  • Makan buah buahan dan sayur sayuran.. kurma lagi elok!
  • elakkan makanan yang masin aka bergaram tinggi nanti korang rasa lapar
  • minum air susu dan air masak 
  • elakkan minum air kopi lebih lagi air kopi ginseng tongkat ali  sebab kopi ini panas dan menyebabkan korang cepat rasa dahaga
  • makan makanan yang panas iaitu makanan yang baru dimasak ataupun dipanaskan kembali.. elakkan makan nasi sejuk!! nanti masuk angin @ sakit badan
  • elakkan makanan yang pedas!! nanti sakit perut sapa yang susah? 

Mood: Jangan Lupa bangun sahur ^^


Saturday, 30 July 2011

Doa berbuka puasa ramadhan

selamat berpuasa semua!!

niat puasa dah..amalan dah ok...ermm ingat lagi ke doa nak berbuka puasa wahai saudaraku?  

kalau masih samar-samar mari kita baca dan ingati doa ini agar lekat dihati

Doa berbuka puasa

Allaahu–mma, la–ka shumtu,
wa bi–ka `aamantu,
wa ’alaa rizqi–ka `afthartu,
bi rahmati–ka
yaa `arhama `alr-rahimiyna.


upin ipin pun reti..korang xkan la..err

untuk niat sebelum puasa sila klik sini^^

Mood: Jangan ponteng puasa ya! ^^