Tuesday 9 August 2011

Nak Duit Raya!!



Kanak-kanak apabila menyambut hari raya aldilfitri 2011 memang tak lari daripada duit raya. tak kira lah samada duit raya itu diberikan secara ikhlas daripada mereka yang lebih tua daripadanya...ataupun mereka sendiri menjalankan tugas dengan beraya sakan seluruh kampung dengan niat untuk mengumpul duit raya 

"assalamualaikum.... kami datang nak beraya.." maka dengan itu masuklah geng kanak-kanak yang beraya...modus operandinya mudah ..."selagi tak dapat duit raya kami takkan balik..haha"  tak sampai 10 minit pun beraya..terus nak balik .. bukan seperti si pakwe pergi beraya rumah makwe..mak aih satu jam pun tak cukup! errr ...lantas tuan rumah tersebut pun berkata "mari anak-anak salam dengan makcik/pakcik/kakak/abang " sambil menghulurkan sampul angpau raya ...selesai sahaja bersalam dengan pantasnya mereka lesap..hilang entah kemana...erk.. maka pada raya 2011 mereka pun melihat apa yang ada dalam angpau itu .."hek eleh..singgit jer??"  mak aih kecik-kecik dah materialistik ...bersyukurlah dengan pemberian ikhlas itu 
Nak duit raya...nak duit raya!! oleh itu anda sekalian yang bekerja...dah pergi ke bank sekarang untuk dapatkan wang pecah? kalau tak dapat di bank tukar kat stesen pam minyak pun takpe...ahahaa aku ada duit raya untuk korang ...tapi tak tau la laku ke tak duit ini,,,errr