Wednesday 10 August 2011

Tips: Cara bayar zakat fitrah guna sms


Dalam bulan ramadhan ini, bayaran zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua individu yang beragama islam. Pembayaran bolehlah dilakukan di kaunter pungutan zakat berdekatan ataupun menerusi individu yang dilantik oleh pusat pungutan zakat. Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi terkini, anda bolehlah membuat pembayaran zakat fitrah hanya menerusi sistem pesanan ringkas (sms). 



Menerusi sistem bayaran zakat fitrah sms ini, terdapat dua syarikat telekomunikasi yang bekerjasama iaitu Celcom dan Maxis . Arahan kaedah bayaran menerusi sms adalah seperti keterangan dibawah.

CELCOM: Taip FITRAH jarak *SELANGOR dan hantar ke 21999 dan ikut arahan selanjutnya
MAXIS : Taip FITRAH jarak *SELANGOR dan hantar ke 22032 dan ikut arahan selanjutnya

*nama negeri anda cth SELANGOR, PAHANG


Untuk kadar bayaran setiap negeri zakat fitrah 2011 anda bolehlah menyemaknya di pautan ini [klik]. Manakala untuk mendapatkan pembayaran menggunakan sms ini anda bolehlah menyemak di pautan ini


Pembayaran adalah selewat lewatnya sebelum 28 ogos 2011, sehingga jam 8 malam sahaja.