Monday 8 August 2011

Saya Amat Mencintaimu (SAM) Review


sayang..
saya amat mencintaimu..
kau lah jantung ku kaulah denyut nadiku 
Jika kau SAMbal belacan
Akulah ulamnya..

**ok dah mula melalut..=.= jom baca review ini

Kita sudah terbiasa ataupun popular dengan filem-filem bergendre seperti  komedi romantik, komedi seram, dan aksi. Banyak kejayaan sekarang dalam industri perfileman ini sebagai Contoh yang terbaik ialah filem aksi KL GANGSTER arahan anak Yusof Haslam , Shamsul Yusof yang mana telah berjaya mengutip keuntungan lebih 12 juta.Kali ini wadah industri filem kita akan diwarnai sejarah baru apabila julung kalinya kita dihidang kan dengan  filem yang bergendre romantik thriller iaitu Saya Amat Mencintaimu atau lebih dikenali sebagai SAM.


Filem dibawah produksi Skop Production ini mencipta sejarah sekali lagi apabila filem ini akan diarah oleh pengarah paling muda di malaysia malah di rantau asia tenggara. Siapa lagi kalau bukan adik pengarah 12 milion man ini, Syafiq Yusof yang baru sahaja berumur 18 tahun.

syafiq yusuf yang tengah gelak besar tu


Hero dan heroin  yang membarisi filem Saya Amat Mencintaimu  ini ialah pelakon yang tidak asing lagi iaitu Shaheizi sam dan Lisa surihani, dua nama besar di persada industri hiburan tanahair.Antara pelakon lain ialah Syamsul Yusof, Neolafa dan Azad Jasmin.


Filem yang dianggarkan menelan belanjaRM1.7 juta ini akan memulakan penggambaran pada 6 julai hingga 10 ogos 2011. Oleh itu kita tunggu sajalah tarikh tayangan ia pula ya.. ^^

Mood: Masa raya pergi panggung..erk