Tuesday, 9 August 2011

Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #4:Nafsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan puasa memang banyak kelainan.. banyak keistimewaan ..macam orang lama cakap... banyak baraqah.. ihihi.. nak tahu apa kelainan yang terdapat pada bulan ramadan ini? jom baca di bawah :

#4 Nafsu meningkat
Percaya atau tidak nafsu  korang semestinya akan meningkat..dimulakan dengan nafsu korang untuk makan pada masa berbuka hinggalah nafsu untuk membeli persiapan menyambut hari raya. Kalau pergi ke bazar itu tak lengkap kalau tak bawak balik dengan makanan yang sarat..lepas itu mulalah membazir bila tidak habis. begitu juga untuk persiapan raya..nafsu yang tinggi menyebabkan semua menda korang nak ganti. langsir nak ganti, sofa nak ganti, rumah nak cat baru, suami nak ganti ...erk. Oleh itu disarankan korang kawallah nafsu itu daripada berleluasa, ingatlah pepatah ini, ikut hati mati, ikut rasa binasa...erk


Entri sebelum ini 


Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #1
Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #2
Apa Yang menarik pada bulan ramadhan #3



Mood: Hidup bersederhana



0 suka minum Orenzsusu: