Thursday 11 August 2011

Fakta : Kenapa Perlu Bergaduh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa perlu bergaduh ? adakah pergaduhan itu merupakan jalan penyelesaian termudah dalam sesuatu perkara? . Kita perlu ingat dalam sesuatu pergaduhan lebih banyak keburukan yang akan kita perolehi daripada kelebihan keuntungan. Sebagai contoh :
Ali merupakan sahabat baik kepada Abu , mereka telah berkawan sejak kecil ..dari bangku sekolah hinggalah ke alam pekerjaan malah bekerja di tempat yang sama. Dijadikan cerita, mereka berdua telah berkenalan dengan Minah, seorang junior di syarikat mereka yang baru bekerja disitu. Disebabkan paras wajah yang cantik serta budi pekertinya yang baik, Ali dan Abu pun terpikat lantas memasang niat untuk memikat Minah. Dalam bekerja itu disebabkan salah faham "nak potong line" mereka berdua pun bergaduh. Dalam pergaduhan itu wujudnya fitnah sehingga menyebabkan Abu dibuang kerja. Sebulan selepas kerja .. Aminah tiba-tiba mengumumkan untuk berhenti kerja dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maka tinggallah Ali keseorangan di tempat kerja tersebut. sekian





Dalam cerita tersebut kita dapat rungkaikan :
  • Ali dan abu bergaduh untuk merebut wanita -pehh cerita basi
  • Mereka berdua putus sahabat sebab awek? -lagilah tah hape hape
  • Akhirnya Minah berhenti kerja - so what?
  • Bos tersebut kehilangan seorang staff yang berwibawa- kesian bos dia
  • Rupanya Minah itu awek OrenzSusu -ok yang ini mengarut =.=
Akhir kata, cubalah bersifat profesional dan banyakkan bersabar.. sikap bertolak ansur itu sangatlah penting dalam suatu hubungan silatulrahim . ^^

Sekian dari saya..terima kasih kerana membaca ^^

Mood: Pulau kan dia,,,wahahaha