Tuesday 9 August 2011

Tips: Cara untuk untuk elak kehamilan



Semua orang mahukan cahaya mata, kepada pasangan yang baru bernikah, tentulah berita kehamilan merupakan perkara yang sangat menggembirakan kedua belah pihak. Akan tetapi perancangan keluarga perlulah diatur bagi mengelak tanggungan yang tinggi lebih lagi pada era globalisasi sekarang. perlu diingatkan pencegahan adalah  lebih baik jikalau tidak mampu.

Oleh itu berbagai kaedah telah digunakan bagi menghalang kehamilan daripada berlaku tidak kiralah samada menggunakan cara tradisional ataupun dengan cara moden.



Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk mencegah  kehamilan berlaku antaranya:
  • Mengunakan kaedah yang "selamat" semasa mengadakan hubungan intim
  • Penggunaan pil berhormon ataupun pil perancang
  • Suntikan depo
  • Pengimplanan alat di dalam rahim

Perlu diingatkan bahawa penggunaan ubat-ubatan berkemungkinan mendapat kesan sampingan seperti gangguan haid dan penambahan berat badan serta perubahan pada kulit muka. Maka anda perlulah bijak memilih mana-mana kaedah yang dirasakan serasi dengan badan, perbincangan dengan doktor amatlah digalakkan.

Oleh itu rancanglah kehamilan anda, dan janganlah menganggap menjaga anak merupakan beban yang tinggi kerana anak merupakan anugerah Allah  yang tidak ternilai. -OrenzSusu-