*Can we like that dear?

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts
Tuesday, 19 June 2012
Sunday, 14 August 2011
Kisah duit RM1 dengan RM50
Cuba korang bayangkan jikalau wang yang anda gunakan dalam seharian ini boleh bercakap , boleh berkata-kata ..korang fikirkan..apakah yang akan disebut olehnya ..apakah yang dia mahu.. Oleh itu aku mahu kongsikan sedikit kisah mengenai duit rm1 apabila berjumpa dengan duit rm50.
Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... "
Dah nampak dah? sesungguhnya banyak wang kita dihabiskan untuk hiburan semata-mata. Kenapa kita ini sangat kedekut untuk menderma.. kenapa?... tanya hati
Mood: Halusinasi
Pelik Lelaki ini kurus hanya dengan makan kentang
Nak diet..nak kurus... senang sahaja...nampaknya diluar sana ada cara diet paling pelik pernah aku jumpa.. makan kentang pun boleh kurus ya? boleh turun berat badan 10kg dalam masa sebulan ya...
Dikatakan bahawa berat badannya sebelum ini ,89.35 kg telah menurun kepada 79.83 kg setelah mengamalkan diet memakan kentang ini selama 60 hari.
Aku bukan nak kata apa.. kalau aku lah.. nak menghadap kentang je hari-hari ...eww tak boleh... aku nak nasi gak... ahahahaha
Mood: Mau turun 15kg lagi...erk
Tag:
cerita,
Thursday, 11 August 2011
Jawatan Kosong Serta Promosi Di Bulan Ramadhan
Banyak promosi yang diadakan sepanjang bulan ramadhan ini. Masing-masing dengan gayanya tersendiri untuk menyambut hari raya aidilfitri. Tidak kiralah kedai kain yang mempromosi jualan baju rayanya,langsir rumah,kuih raya tudung bawal, hinggalah kepada barangan elektrik.
Promosi boleh diadakan sepanjang ramadhan ini dalam pelbagai kaedah, dari risalah poster rumah kerumah hinggalah penjualan barangan secara online. Apapun itu merupakan langkah yang terbaik bagi anda mencari pendapatan lebih sempena hari raya ini.
Tapi perlulah kita ingati, apakah promosi yang sepatutnya kita ketahui dan kita langgani.. semestinya promosi ini hanya diadakan pada bulan ramadhan ini sahaja. Maka amatlah rugi jikalau kita melepaskan promosi yang hebat ini. Kekosongan jawatan ini tidak terhad...jadi apa lagi??
Mood: Ketuk Paku
Pelik: Dia letak ular sawa depan rumah
Kerana dendam, seorang lelaki yang bekerja di kedai buku tergamak meletak ular sawa hidup di depan rumah jirannya bagi menakut nakutkan serta mengancam jirannya.
Suspek,Hendrix yang berumur 22 tahun itu dipercayai meletakkan ular sawa sebesar 2.7 meter didalam sebuah guni putih dihadapan rumah mangsa K.V Rajoo PPR Bandar Tun Razak, Cheras malam jumaat lalu.Mujurlah mangsa mencurigai bungkusan tersebut lalu memanggil pihak berkuasa.
Memang agak terkejut setelah mengetahui terdapat ular sawa yang besar pada bungkusan tersebut. Suspek kini telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Jika djatuhi hukuman ,hendrix boleh dijatuhi hukuman penjara 6 bulan ataupun denda tidak melebihi RM2000 mengikut kesalahan dibawah seksyen 289, kanun keseksaan
Mood: Jangan buat kecohh..
Tag:
cerita,
Pelik: Kedai ini menjual punggungnya
Kedai ini merupakan kedai yang pelik pertama dalam hidup aku yang aku jumpa telah menjual "punggung"nya .Apapun berkemungkinan pemilik ini mempunyai alasan yang kukuh untuk menjalankan perniagaan dengan nama yang unik, atau mungkinkah nama pemilik kedai runcit tersebut ialah asssley simpson? asslyin cole mahupun ashlyn brooke? erk
Bagi aku, eloklah kejadian ini dijadikan iktibar , oleh itu kita sepatutnya menjadikan ia sebagai teladan dalam memilih nama sebuah kedai, nama jenama anda mahupun nama anak anda yang bakal lahir kelak?. Sekali lagi..jikalau anda tersilap untuk memilih suatu nama, kesannya hanyalah akan dijadikan bahan jenaka masyarakat sahaja.
Mood: Jual ubat kuat ..yaww
Wednesday, 10 August 2011
Fakta: Pembedahan plastik terburuk
Acap kali orang katakan, pembedahan plastik memang tak elok, mengubah tubuh badan dengan kepada plastik spastik logistik apekehal weii.. perlu anda tahu, pembedahan plastik ini lebih banyak keburukannya daripada kelebihan. kalau nak lihat kesan pembedahan plastik yang berlebihan tengok lah gambar di bawah ini.pandai buat pandai la tanggung risikonya.. haaa..semputtt
Nama awek makcik pada gambar itu ialah Jocelyn Wildenstien. Entah macam mana dia boleh diberi nama jolokan , the bride wildenstien. Dikatakan wanita ini memang sangat taksub dengan pembedahan plastik dan dia telah menghabiskan wang sekitar us$4000000 untuk mencantikkan wajahnya . tapi apakan daya..kerana kesilapan pembedahan plastik *mungkin , wajahnya telah berjaya menjadi topeng plastik yang spastik...erk
Suaminya merupakan seorang usahawan seni yang sangat kaya raya. Mungkin sebab itulah dia boleh membuat pembedahan plastik dengan sesuka hati. Apapun.. lihatlah kesan pembedahan plastik ini.. aku cuma boleh kata ini merupakan kesilapan terburuk bagi dirinya.. dan sebagai iktibar, ingatlah tuhan memberi kita sebaik baik kejadian, buat apa kita mahu mengubahnya?
Mood: Tukar tiub tayar
Thursday, 16 June 2011
tourmalaysia.com kena hack~ wakakakaka
wah wah wah... perang hacker dah bermula...
Hacker vs security malaysia
cni semua kes mogok atas tindakan SKMM yang sibuk je nak blocked web filesharing tula...hah hambek ko~ =.=
Mood: Aku tak pandai hack..cuma mampu memerhati...ehe
Monday, 30 May 2011
Kursus IBS
Hihihi... seminggu lebih dah aku tak update blog..apa yang pasti blog yang tak fofuler ni semestinya traffiknya akan jatuh mendadak menyembah bumi...hahh pedulik hapa aku...blog ni bukan blog seo..bukan blog buat duit...bukan blog gosip mosip....ok tittttttttttttttt.
sebab apa aku tak update blog ni?..untuk makluman semua aku telah mengikuti satu kursus selama seminggu..hehe..
PROGRAM LATIHAN INSTALLER IBS
Nama Kursus: Kursus Asas Pemasangan Sistem Kekuda Keluli Cold Formed
Tempat : Rumbia Resort Paka Terengganu & Bengkel Delta Inovasi Interprise
Tarikh : 22/5/2011 - 27/5/2011
Tajaan dan Kerjasama : Mara, CIDB dan Delta Inovasi
*korang cuma perlu ada kad hijau dan kos pergi ke tempat penginapan..yang lain ditanggung oleh MARA..hihihi
untuk diringkaskan..kursus ini adalah latihan untuk memasang kekuda keluli bumbung bangunan..dan kalau lulus ujan SKK, anda akan mendapat sijil untuk memasang kekuda keluli bumbung tahap 2 dan kalau korang tu kontraktor boleh la tambah markah sikit...hihihih
untuk 2 hari pertama kitorang belajar teori dulu..
*tenaga pengajar kitorang..
*bila dah bosan..nilah hasilnya...
dan hari seterusnya adalah amali...
*kat bengkel
*siyez aku tak pandai guna mesin canai ni
dua hari belajar teori..sehari belajar amali dan sehari ujian..kesudahannya hari akhir semua lemah longlai..erk
apapun makan dan penginapan memang terbaikk....hari terakhir diorang belanja makan steambot der...huhuhuhuhu dan ini merupakan kali pertama aku karaoke secara terbuka ..biasa karaoke jamban je...hahahaha ...lantak..
Friday, 20 May 2011
Maafkan jika saya seorang yang pelupa
awek: erm..awak ingat tak apa awak cakap kat saya sebelum ni
laki: saya cakap apa awak?
awek: erm...takpelah~ abaikan saja..=.=
laki: awak..cakap kat saya~ apa yang saya cakap sebelum ni?
awek: awak tak perlu tahu... biarlah ia jadi kenangan
laki: erm..saya dah tahu..saya cakap macam ni kan ..
awek: eleh~ cakap la..apanya
laki: saya cakap...hari hari saya rindu awak~ apa kata kalau kita kawen?
awek:......
mood: tak tahu nak cakap apa~ bye nak g solat jumaat!
Cerita seorang penipu dan pencuri
laki: awak...saya nak bagitau ni...
laki: haritu saya saya ada bagitahu yang saya ni kerja kat putrajaya kan?
awek: erm..ye la..napa?
laki: sebenarnya saya tak kerja pun kat situ..saya tipu awak...maafkan saya ya?
awek: hurm..dah tu yang sebenarnya awk ni kerja apa?
laki: sebenarnya saya ni kerja pencuri..
awek: apa? huhh -.-
laki: ye...kerja saya hanya satu...iaitu mencuri hati awak.. tapi saya tak tahu samada saya berjaya ataupun tidak
awek: ..........
mood: entri ditaip dalam masa 10 minit je..hahh terima kasih kepada yang membaca! walaupun agak merepek entri ni okbye! ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)