Sunday 14 August 2011

Info: Senarai Barang Kawalan Sempena Hari raya 2011

Tadi lepas berbuka puasa 2011 sementara menunggu isyak aku lepak-lepak la dulu sambil menonton tv3. Bagus juga la kan sedikit sebanyak dapat juga info yang berkaitan dalam negara ini kecuali hal politik =.=.Dan aku tertarik dengan berita mengenai senarai harga kawalan sempena hari raya 2011 ini, wahh ini memang isu yang setiap tahun akan timbul dan tidak basi dalam negara ini.Kita boleh lihat barang kawalan yang popular ialah seperti ayam, daging, dan gula. akan tetapi pada musim perayaan ini dikatakan terdapat penambahan lagi dalam senarai barang kawalan. Oleh itu tidak salah aku kongsikan sedikit harga kawalan ini. jom usha:

  • Ayam
  • Daging
  • Telur
  • Semua jenis bawang
  • Tepung gandum
  • Minyak Masak
  • Gula Putih bertapis
  • Garam
  • Petrol
  • Diesel
  • Gas Petroleum Cecair (LPG)
  • Beras dan padi (sabah sahaja)

*untuk info lanjut sila semak disini--->[klik] dan sini --->[klik]
*Bagi musim perayaan ini harga kawalan akan berjalan dari tarikh 22 ogos 2011 sehingga 5 september 2011

Oleh itu bijaklah anda membeli keperluan dalam menyambut hari raya ini. ingat..gunakan kuasa anda sebagai pengguna .. Bijak memilih, kalau harga tinggi je...buat aduan.. sekian -OrenzSusu


Mood: Makin meningkat ke harga gula? sadis,,,