Sunday 14 August 2011

Tips Tanda kenalpasti pasangan korang tu dah curang

Curang..semestinya ia merupakan perbuatan yang sangat menghantui pasangan kekasih mahupun yang telah berumah tangga.Curang jugalah merupakan salah satu tanda berlakunya keretakan dalam perhubungan.  Curang atau dalam kata lain main kayu tiga boleh dikenalpasti samada menerusi perbuatannya ataupun sikapnya..nak tahu bagaimana? baca sajalah ulasan dibawah.



  • Dia dah kurang memberi perhatian pada anda -dia dah tak layan korang weii sebab dia dah ada pakwe lain pfftttt!
  • Kalau akan rasa sangat bosan dirumah dan suka keluar berseorangan - bosan lah weii duk rumah orang nak jumpa makwe la... haishhh
  • Susah diajak untuk keluar bersama - memang lah kalau keluar sama-sama bukan best pun sebab orang dah ada pakwe baru kan ..ewwww
  • Suka mencari kesalahan anda - dia suka sangat cari poin nak marah korang kan...sebab dia dah muak dengan korang lahh =.=
  • Akan cuba menyimpan telefon dari pandangan anda- memang lah sebab dia takut kalau korang baca mesej dari pakwe dia ..kantoiii
  • Cuba untuk berjauhan dari anda jika ada panggilan telefon - yahaaa... makwe dia telefon memang lah kena kaver.. =.=
  • Wang perbelanjaan dia akan meningkat -semua dah naik, maklumlah dah pasang satu lagi... double spend la jadinya
  • Tiba-tiba akan lupa tarikh penting anda - Aha yerlah dah asik ingat pasal awek baru je..sampai bezday korang pun dia dah lupa
  • Kurang menelefon mahupun sms anda - dah asik tepon pakwe dia je.. mana dan nak layan yang satu lagi...ahaha
  • Tidak memakai barang perhiasan hadiah anda seperti selalunya - memang...xkan nak jumpa makwe baru kena pakai cincin tunang? fuu kantoilahh
  • Tiba-tiba ada bau wangian yang berbeza padanya- sahh kantoi bau perfume makwe baru dia tu...ahaha

Itulah sedikit sebanyak yang aku kongsikan pada korang semua. Bukan semua tanda pasangan curang diatas boleh digunapakai kerana ia bergantung kepada keadaan.Semestinya andalah yang bijak menentukan keputusan dalam hidup anda. Apapun.. jangan cemburu buta ya.. tak elok .. sekian-OrenzSusu


Mood: Kenalpasti kucing rumah aku dah ada bini ..erk