Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, 4 August 2011

Cerita mengenai filem malaysia 2010



setelah melarikan diri daripada geng v3 samseng jalanan

nasib baik sempat lari kalau tidak jadilah aku adnan sempit

aku meredah estet sawit di niyang rapik

sini bukannya zoo , sini belukar

orang kata dekat sini ada hantu

janganlah terserempak dengan hantu mak limah

baru aku tahu, semua itu khurafat

aku tak akan melakukan mantra

aku tiada damping malam

aku tak kisah , sebab aku bukanlah seorang yang kecoh betul

aku juga tidak mempunyai kuasa apatah lagi magika

sebab aku bukan bodoh

aku tak bodoh sampai membuang janin di merata tempat

walaupun aku ini bukannya 2alam

apa aku merepek ni.. dah la, nak cuti-cuti cinta

so, lu pikir la sendiri .




Mood: Yang lepas jadikan pengalaman



Sunday, 27 March 2011

Kau Bunuh aku


wadah hari ini...

semakin banyak kes pembunuhan berlaku....

semakin banyak berita pembunuhan  di paparan media...

si mangsa tak kira sesiapa sahaja...jutawan,anak gadis..bayi..tokey kosmetik... semuanya dibunuh kejam..

ada yang dipukul dengan objek keras..ada yang ditikam dengan pisau...ada yang ditembak....malah ada yang dibom dengan c4!!....

sudahlah dibunuh...mereka dikerat-kerat...dibakar..dicincang....dicampak ke laut!!..kejamnya ..

ketamakan harta..pangkat ...dan hawa nafsu menguasai sang iblis bertopengkan masusia...

kadangkala mereka berada diatas...undang-undang mereka pandang sebelah mata...

apa kau nak takut......? peguam kan ada..

cakap sana. cakap sini..terbelit sana ..terbelit sini...okay, aku sudah bebas...

 cis! kau cuma bebas di dunia....tapi kau akan menerima hukuman setimpal di akhirat sahaja


Monday, 14 March 2011

He got a crush

Empunya badan bernama akasha
Baru sekolah tingkatan dua
Suka pergi sekolah sebab nak jumpa misya
Misya pujaan hati akasha

Dalam kocek ada surat
Kalau misya baca jumpa kat pizza hut
Nak kenal-kenal sebab sangat minat
Tak tahu misya ramai peminat

Jumpa misya kat starbuck
Misya mintak teh tarik
Cisdem akasha sengkek
Misha terus balik

Nebengz punya cerita memang mengarut
Memang tak layak jadi tukang karut
Baik nebengz minum air limau purut
Harap korang yang baca jangan mencarut