Friday 18 March 2011

Balik kampung :part 2


Nak paham lebih mendalam sila ikuti entri sebelum ini .....

Apa yang menarik yang korang akan jumpa masa naik bas lompat..cth bas rapid:
  • menaiki bas ini tidak memerlukan anda membeli tiket bas sebelum perjalanan bermula. anda cuma perlu tunggu bas, naik dan bayar pada masa itu juga...
  • penumpang bas akan bertukar dari semasa ke semasa....tak la bosan sangat kan? awek tu turun...awek ni naik...abg hensem tu turun...abg hensem ni naik...yaww!!
  • korang boleh merasai perasaan seperti bermain roller coaster ..gedegang gedegung...bas tu terloncat-loncat...pasni takyah da la pagi funfair ke timesquare ke genting...nek bas loncat jek!
Apa etika yang perlu ada kalau korang nak naik bas loncat..dan pendapat aku
  • Pastikan korang tidak memakai pakaian yang menjolok mata ...baik laki atau pempuan..pakai je lah pakaian yang sedap orang memandang..takya la pakai baju mandi pegi naik bas! ada paham??
  • Pastikan korang tidak membuat pencemaran bau yang melampau...contohnya apa? kalau pempuan tak payah la pakai minyak wangi berlebih lebih...yang lelaki pulak...jangan la korang nak dilabelkan seperti mat bangla.."bau macam bangla la mamat ni' wuek....nak ke macam tu? pakai la deodorant der....cam nebengz..pakai axe (sambil buat gaya asmirandah)

  • anda dilarang sekali lagi membawa barangan terlarang seperti kucing, anjing? mengkarung , atau apa-apa binatang peliharaan yang boleh membuat kacau bilau  di dalam bas nanti.. 
  • sekali lagi...pencemaran bau...semalam aku tengok genk budak2 kecik suke hati dia je isap rokok dalam bas....eh korang bajet macho ke wat camtu?? sangat annoying dan menjengkelkan tau!!
  • Pastikan korang tidak membuat pencemaran bunyi yang melampau...kalau nak dengar mp3..sila pakai handfree...takya ngade-ngade nak loudspeaker...jangan la korang belagak bajet lagu yang korang pasang tu cambest je...selera orang lain-lain der.. lagi satu...kalau bajet nak main msg masa naik bas..silent la wei......ko ingat aku nak dengar ke ringtone msg ko selang satu minit? demm! so annoying!
  • makcik makcik oiii....kalau nak bersembang ke..nak mengumpat ke....sila kurangkan volume yek?.....kang tak pasal saya dapat dosa kering hasil dengar korang mengumpat tu...grrrrr
  • eh kapalayar kapalayar sekalian??? tak payah la korang nak bernoti noti kat belakang bas tu....ishh maksiat!!